Bahagian 3

39 3 0
                                    

"Arghhh..tak sabarnyaa minggu depan!! Woohoooo!! Yeay yeayy gi jalann" jerit Kila keriangan kerana sudah lama dia menanti saat ini untuk bercuti dengan rakannnya. Tunggu punya tunggu..tak sangka harinya akan tiba juga. Jeritannya membuatkan yang lain sakit telinga mendengar.

"Kau nieee..cuba perlahankan skit..kalau ye pon tak sabarr..janganlah nak jeritt..annoying auu dengar.." Tegur Farah yang sedang sibuk membaca novel kegemarannya iaitu "Pulau Puaka". Itulah yang menjadi tatapannya setiap hari. Kadang2 sampai lupa orang keliling. Haishh..apelah nak jadi kann.

"Assalamualaikumm..kitorg dh balikk..wow serious penat gila drive. Guys aku ade story ..Sor citekan..penatlah nk cakap" kata Ain sambil mengeluh kepenatan disebabkan lama menunggu trafik jem. Dia, Sor dan Ad terpaksa ke kelas pada hari ini kerana ganti untuk minggu lepas. Sudah elok plan nak rehat, kena ke kelas pula. Apakan daya..nasib..

"Whatt..aku pon penat okayy..lma au aq tunggu korang tadii..slow gilaa..dah lah makan tak ajakk..ish.." keluh Sor kerana hampir sejam menunggu mereka sambil kelaparan. Tambah membara lah bila nampak mereka berdua datang dengan makanan di tangan tanpa mengajaknya. Yelah..ingatkan dia sudah pun makan kerana tunggu terlalu lama sebab tu dibiarkan sahaja.

"Dah tak yah nak gaduh, biar aku je citerr..ok camniee..tadi time aku dengan Ain pegi Starbucks an..time beratur tu..tiba2 ternampak ada sorang mamat hensem au..srs hensem..aku Ain mmg dah cair ah kat situ..pastu boleh pulak mamat tu senyum kat kitorangg sebab Ain ah tenung dia lama2..babun gila ah..lepas beli..kitorang cepat2 blah au..malu dowh.." Kata Ad yang bersungguh2 cerita kepada mereka. Punyalah malu mereka waktu itu. Yang lain pon gelak jelah dengan telatah dua ekor nie. Memang pantang bagi Ain jika terlihat mana2 lelaki yang kacak, akan ditenungnya lama2. Mestilah nervous kan lelaki tu. 😂😂

"Sor, kau lapar an. Gilah makan. Dalam peti ais tu ade donut. Korang dua NO! Dah makan ann..so takyah yeee" Kata Rose yang sedang sibuk menyapu rumah. Memang setiap hari Sabtu adalah tugasnya untuk menyapu manakala hari yang berikutnya akan digantikan oleh orang lain. Setiap mereka ada tugas masing2 setiap hari. Kalau tak buat, hmm..memang kenalah jawabnya.

"Whatever, aku dah penat gila nie..baik aku tidur.." Kata Ain yang termengah2 bangun dari sofa. Malam itu, giliran Ain pula yang memasak makan malam. Hanya pasta sahaja yang termampu dek kerana terlalu malas. Yang lain pon tidak kesah janji makan.

Sudah hampir pukul 12 mereka berjaga. Yelah ada movie best malam tu, "Kong". Ada yang sampai sanggup menahan mata semata2 untuk tengok sehingga tamat. Ada juga yang sudah tertidur, pastu orang suruh masuk bilik, cakap tak ngantuk lagilah ..apelahh.

Tepat pukul 1, barulah mereka berganjak masuk bilik. Kesian Farah terpaksa kejut yang tertidur di sofa. Acahh je tak ngantuk. Orang terakhir yang masuk bilik ialah Shila. Dia perlu kemas semua plastik keropok yang bersepah.

"Susah betul tinggal dengan orang pemalas nie..haish..aku pon ngantuk..TT" keluhnya. Usai mengemas, dia pon menutup semua suis dan masuk tidur.

"Korangggg~~~janganlah tinggalkan aku sorg2~~aku takuttt~~Shila!!! Rose!!! Ain!!!! Farahh!!! Kila!!!! Add!!! Mane korang!!! Ya Allah..Aku takuttt..selamatkan aku dari sini..selamatkan kawan2 aku~~"

"Sor..? Kau buat apa kat luar nie? Asal nangis nie? Dah2 jom masukk~"

"Kila? Kkkk-auu dari mane? Mne yg lain??"

"Aku dari belakang hotel tadi. Dorang dekat dalam tunggu kau"

"ARGHHHHHHHHH!" Jerit Sor setelah bangun dari mimpinya. Apa yang dimimpikan, memang sangat menakutkan baginya. Tidak pernah pon dia bermimpi seperti ini. Badannya berpeluh dan jantungnya berdegup laju.

"Astaghfirullah..wth ape benda aku mimpi tadii? Peliknya mimpi aku..baik aku ambil wudhuk and solat.." Katanya dalam hati. Tiada siapa pon yang terjaga dari jeritannya tadi walaupun suaranya sangat kuat ketika menjerit. Lalu dia bangun dan terus berwudhuk untuk solat sunat. Dia meminta perlindungan dan petunjuk dari Allah dalam doanya. Memang dia dapat rasa sesuatu dalam mimpinya itu. Dia hanya mampu berharap ianya cuma mainan tidur.

Esoknya dia menceritakan balik kepada rakannya yang lain.

"Seriously dude?? Kau okey akk??" Soal Rose.

"Ala..mimpi jelahh..nothingg to worry about.." Pujuk Kila.

"Aye manetahu ada something behind mimpi dia ke? We donno okayy.."-Farah

Diimbas mimpinya kembali, ketika itu dia sedang terduduk melutut sambil menangis teresak2. Hanya dia sahaja di situ manakala rakannya yang lain hilang. Hatinya risau, takut, sedih dan bercampur baur ketika itu. Sor terlalu takut bersendirian apatah lagi di kawasan yang sunyi dan gelap. Dia dapat merasa seolah2 ada yang mengejarnya dalam mimpi itu. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa kepada yang Maha Berkuasa untuk menyelamatkan mereka semua. Tiba2, Kila menegurnya dari belakang. Hatinya sedikit lega setelah memandang wajah Kila kerana dia tidak lagi berasa keseorangan. Lalu dia mengikut sahaja Kila ke dalam sebuah bilik di dalam sebuah bangunan. Hampir gugur jantungnya melihat keenam-enam rakannya berlumuran darah disitu. Itulah yang membuatkannya menjerit dan terus terjaga. Sehingga kini, dia masih lagi trauma dengan mimpinya itu.

"Harap2 jelah tak ada pape jadi.." Kata Shila. Kecut perut juga apabila Sor menceritakan mimpinya itu.

Hampir seminggu , barulah Sor pulih dari mimpinya itu. Dia hanya menganggap sebagai permainan tidur sahaja. Kini, tidurnya lena seperti biasa. Mungkin ketika itu, dia lupa membaca doa sebelum tidur. Yang lain pon tidak pernah mengalami mimpi seperti Sor lagi.

**OK DAHH..HAHA..SORRY SIKIT JE PART NI ..IDEA STUCK..KALAU TYPO TU ..FAHAM2 JELAH..
***PLEASE ENJOY AND TUNGGU NEXT PART..BABAMMMMM..ANNYEONG!!🔥🔥💖👑🌹🎉⚡

Hotel Kayangan..Where stories live. Discover now