Ketika pintu hampir ditutup, sesuatu menahan pintu tersebut. Mereka hanya memandang antara satu sama lain dan terpaku sementara.
"Dik.." Suara yang kecil seakan-akan memanggil mereka berdua. Rose yang memegang tombol pintu perlahan-lahan membukanya. Rupanya makcik yang baru sahaja mereka jumpa sebentar tadi berada di depan bilik itu.
"Eh makcik..makcik ni..bukan dah turun ke tadi? Makcik nak ape?" Soal Ain kehairanan kerana baru sahaja tadi dia lihat makcik tersebut di dalam lift dan kini tiba-tiba sahaja di depan pintu biliknya. Rose hanya berdiam diri di balik pintu.
"Kamu tercicir ni tadi. Nah.." Jelas makcik tua itu sambil menyerahkan sesuatu kepada Rose. Rose seakan-akan enggan mengambil barang tersebut. Mujurlah Ain berjaya meyakinkannya.
"Ingat pesan makcik tadi ye. Makcik pergi dulu". Kata makcik itu memperingati mereka. Rose segera menutup pintu dan menguncinya. Lega rasanya sesudah makcik itu berlalu pergi. Entah kenapa dia tidak pasti dengan kata-kata makcik tersebut. Seperti sesuatu yang diraguinya. Barang yang dipegang diletakkan dia atas meja. Terus sahaja dia menjatuhkan dirinya di atas tilam yang empuk.
Ain pula sibuk membersihkan dirinya. Yelah, dari laut kan..pasir sudah semestinya melekat-lekat dikakinya itu. Setelah itu, dia mengambil wudhuk untuk solat asar. Rasa resah gelisah menyelubungi dirinya. Usai solat, dia berdoa memohon agar tidak ada perkara yang buruk terjadi sepanjang percutian mereka di sini. Seketika itu, dia teringat tentang kata-kata makcik tersebut. Dia tertanya-tanya kenape makcik itu berkata sedemikian. Ianya berbunyi seperti amaran kepada mereka.
Rose yang sedang baring terbayang-bayang wajah makcik itu. Senyuman yang diberikan seperti ada sesuatu disebaliknya. Pelbagai persoalan bermain difikirannya ketika itu. Kepenatan tidak lagi menguasai dirinya. Tiba-tiba, terlintas difikirannya bagaimana makcik itu berada di depan bilik mereka. Ianya seperti sepantas kilat. Tidak sesuai dengan umurnya untuk bergerak selaju itu. Jarak antara lift dengan bilik mereka adalah selang sebanyak 7 buah bilik. Lagipun kali terakhir mereka toleh kebelakang memandang makcik itu adalah ketika pintu lift hampir tertutup. Hatinya berdegup kencang memikirkan hal itu. Lantas dia bangun dan segera membersihkan dirinya. Mungkin kerana dirinya yang masih tidak bersih memberi kesan kepada fikirannya.
"Barang? Eh..my sunglasses? Aku rasa aku simpan dalam beg tadi. Macam mane boleh jatuh pulak?" Sebaik sahaja Ain meletakkan kaca mata hitamnya kedalam beg, bungkusan kecil terjatuh ke lantai sehingga terkena pada kakinya. Perasaan hairan mula bertandang di fikirannya apabila memandang ke arah bungkusan tersebut.
"What the...eh? Sape punya nie? Rose ke? Takpelah tunggu dia habis mandi dulu". Katanya sambil membelek-belek bungkusan itu.
Setengah jam berlalu, akhirnya rakan mereka yang lain naik ke bilik.
"Yeo, assalamualaikummmm. Guyss?" - Farah
"Waalaikummussalam. Best ak gi kolam? Ramai?" - Ain
"Takk! Takde sape dowh..bosan lah ..orang kat hotel ni memang suka duduk bilik ke ape?" - Shila
"Srs ah? Dah tu buat apa je?" - Ain
"Rendam kaki then blah". - Ad
Ketika itu, mata Farah tertumpu tepat pada bungkusan kecil tersebut dan terus mengambilnya. Dia bertanyakan kepada Ain pemilik bungkusan itu, namun Ain hanya menjongketkan bahunya. Yang lain masih berdiam diri kerana penat.
"Maybe Rose punya kowt. Sebab tadi dalam lift ade aku, dia dengann sorang makcik cleaner ni. Barang kitorg tercicir and makcik tu pulangkan balik". Jelas Ain.
Tepat pada masanya, Rose keluar juga dari bilik air. Punyelah laah lama dia mandi. Semua mata memandang ke arahnya. Dia pon hairan dengan kelakuan mereka itu.
"Dah pehal korang nie? Pandang macam nak makan aku je?" Soal Rose sambil tersengih.
"Nie kau punye ke?"-Farah
"Wth is that? Noo..not mine.."-Rose
"Eh dah tu? Tadi makcik tu bagi spect ngan beg tu lah. Aku ingat kau punye". - Ain
Waktu itu, suasana tiba-tiba sahaja sunyi sepi. Yang lain hanya memandang mereka berdua kehairanan. Akhirnya, Farah membuat keputusan untuk membuka bungkusan tersebut.
"Kunci?" Hanya dengan satu perkataan sahaja membuatkan rakannya yang lain terpinga-pinga dengan isi bungkusan itu.
"Kunci sape nie? Antik bhai.." - Rose
"Maybe kunci makcik yang korang jumpe tadi kowt?" - Sor
"Takpelah..nanti aku bagi balik dekat makcik tu. Korang rehatlah, lepas maghrib nanti dinner kat bawah je au..ade coupon dorang bagi" Kata Ain dengan tenang seperti ianya bukanlah masalah besar. Rose juga cuba melupakan apa yang terjadi tadi.
Mereka hanya mengangguk tanda faham. Usai solat maghrib, mereka pon turun ke bawah untuk makan malam. Terkejut mereka apabila mendapati ramai pengunjung yang turut makan malam disitu. Lega sedikit mereka rasa setelah melihat pengunjung yang lain. Nampaknya, logik juga tekaan Shila yang mungkin mereka lebih suka berada di bilik masing-masing.
Makanan yang disediakan betul-betul membula selera mereka bertujuh. Pantang betul nampak makanan sedap-sedap, terus sahaja menterjahnya. Mereka sangat menikmati makanan yang terhidang. Ada juga yang menambah nasi buat kali keduanya.
Usai makan malam, mereka terus ke bilik untuk beristirehat. Maklumlah, esok pagi kena bangun awal.
"Night korang. Kitorang masuk dulu! Byee! Eh esok! Bangun awal.." - Shila
"Okay! Korang pon bangun awal. Nitee!!" - Farah
Hampir jam 11, Farah dan Kila belum lagi tidur. Rose dan Sor pula sudah pun dibuai mimpi mereka. Sambil-sambil Farah bermain telefon bimbitnya, tiba-tiba gambar yang tergantung di dinding bilik itu mencuri tumpuannya. Lantas dia bangun dan melihat gambar-gambar tersebut.
"Kau buat ape tu?" Soal Kila yang sedang khusyuk menonton drama korea.
"Ha? Takde papelah, just tengok-tengok gambar ni haaa..cantik pulak..macam dekat Gallery" Puji Farah terhadap gambar tersebut. Gambar yang dilihatnya merupakan sebuah gambar pasangan suami isteri. Masing-masing berpakaian mewah dan kelihatan anggun serta segak. Si suami tegap badannya manakala si isteri putih gebu orangnya. Memang seperti pinang dibelah dua.
Matanya kemudian beralih ke gambar yang bersebelahan dengan gambar tersebut. Ianya merupakan gambar seorang budak kecil yang comel. Pipinya kemerah-merahan, matanya yang bulat seakan lelaki di dalam gambar tadi dan mukanya yang putih seiras dengan wanita itu.
"Eee..cutenya budak nii..geramnya akuuuu.."- Farah
Ketika Farah memandang tepat pada matanya, dia seperti terpukau. Mata itu seperti memandang semula ke arahnya. Kemudian, cecair merah mula mengalir dari mata tersebut. Ianya seakan-akan menangis darah. Farah yang terpaku seketika terus sahaja kebelakang dan terduduk. Gelagatnya itu menimbulkan rasa hairan dalam diri Kila.
**BACA LAH LAGI KALAU NAK TAHU APA JADI..
****MAAF KALAU MEREPEK KE? IDK..JUST USE YOUR IMAGINATION YE READERS..
*****DON'T FORGET TO VOTE OKAY..SAYA NAK SUPPORT ..THANKS KERANA MEMAHAMI..
YOU ARE READING
Hotel Kayangan..
HorrorMengisahkan tentang 7 sahabat yang mana pada mulanya berhasrat untuk meluangkan masa mereka dengan bercuti yang mana akhirnya bertukar satu tragedi. "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya" ..mereka telah terperangkap di dalam sebuah hotel di m...