Bahagian 10

20 3 0
                                    

"Korang ..okay ke nak tinggalkan dorang dua kat dalam bilik?" Soal Shila kerisauan.

Entah mengapa, hari itu tidak rasa seperti hari-hari sebelum ini. Kekurangan sahabat mereka seolah-olah kehilangan sesuatu yang berharga. Masing-masing menyimpan perasaan yang sama dan seperti ada sesuatu yang menghalang mereka untuk meluahkan. Perasaan yang tidak mampu digambarkan bagaimana sakitnya ketika kali terakhir mereka bertentang mata dengan sahabat mereka itu. Hati mereka terasa seperti diguris dan pilu setelah berjauhan walaupun pada hakikatnya hanyalah sementara sahaja.

Pagi itu, seperti biasa mereka akan menunggu Kak Sara di lobi hotel untuk jadual mereka. Entah mengapa, Kak Sara agaak lewat dari hari-hari sebelum ini.

Kebiasaannya, hotel itu sunyi sepi seperti tiada pengunjung mahupun penghuni tidak termasuk mereka bertujuh. Lainnya pada pagi itu, lobi hotel sarat dengan pengunjung. Pekerja-pekerja juga turut keluar masuk hotel menyambut pengunjung yang datang. Riuh suasana pada pagi itu. Tanda tanya yang selama ini bermain di fikiran mereka kini terjawab. Betullah seperti apa yang dikatakan bahawa hotel ini tidaklah seperti mereka fikirkan. Ada saja pengunjung yang menginap disini dan mungkin kebanyakkannya datang untuk kerja. Ini kerana, setiap hari lobi itu sentiasa kelihatan kosong dan sunyi. Jadi mereka berpendapat bahawa pengunjung yang lain lebih suka duduk di dalam bilik mereka.

"Lamanya siot Kak Sara ni. Tak datang-datang lagi. Dah pukul berapa ni. Aku dah lah cepat lapar. Nanti aku sambung makan kang, apa pulak orang cakap nampak orang sama je yang makan." Rungut Ain sambil mengusap-ngusap perutnya itu. Memang mereka sudah lali dengan sifat Ain yang hanya fikirkan makanan sahaja. Tengok sajalah perutnya yang membulat setiap kali makan.

"Peliklah hari ni. Korang tak pelik ke?" Soal Rose yang dari tadi asyik menyumbat earphone dalam telinga.
Mereka yang sibuk bermain telefon, berhenti seketika setelah mendengar kata-katanya.

Agak betul juga apa yang dikatakan Rose itu. Inilah yang difikirkan mereka.

"Kan..first, Ad tiba2 demam. Panas pulak. Sec, Kak Sara sampai skang x sampai. Dah nak sejam tunggu ni. Third, tiba2 ramai pulak orang datang hotel ni. Semalam tak ada pon". Bingung fikiran mereka.

"Kalau lambat sangat, aku malas ah. Baik aku rehat je kat bilik teman Ad tadi". Kata Farah sambil membelek tudungnya. Yang lain hanya mengangguk sahaja tanda setuju.

"Aku nak pegi toilet jap. Tudung macam haram. Weh Sor, teman aku jap". Sor bingkas bangun dan segera mengikut Ain.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tandas wanita. Sambil-sambil memegang tudungnya, bahu Ain dilanggar seorang wanita yang hampir sama tinggi dengannya dan memiliki wajah 10x lebih cantik darinya.

"Eh mak cik kau jatuh.." Itulah ayat pertama keluar dari mulutnya setelah berlanggar dengan wanita tersebut. Matanya terus memandang wanita itu dengan pandangan tajam. Sifat azali Ain yang memang tidak suka jika orang melanggarnya dan tidak reti memohon maaf. Wanita itu hanya menjeling dan terus berlalu pergi.

Pintu tandas ditolak kasar olehnya kerana geram dengan sikap wanita yang dijumpainya sebentar tadi. Sor faham akan perasaannya itu dan memujuk Ain untuk mengabaikan sahaja.

"Harap muka je cantik, tapi tak reti hormat orang ke cane? Aku sepak kaki dia..baru tahu. Acah je pakai heels. Poyo pulak. Harap biar dia jatuh bertubi2".

"Dah lah. Biar jelah dia".

Sambil membetulkan tudungnya, sambil itu juga dia menyumpah seranah dalam diam. Siapa tidak sakit hati dengan orang macam itu. Rupa lagi bagus dari perangai.

Sor menunggunya di luar. Tidak lama selepas itu, pintu dikuak dari luar. Matanya hanya melihat dari pantulan cermin gerangan yang memasuki tandas itu. Mungkinkah wanita itu tadi? Mungkin juga dia ingin memohon maaf?

Hotel Kayangan..Where stories live. Discover now