*Tiba Di Lapangan Terbang selepas 1 jam*
Habis sahaja penerbangan mereka walaupun tidaklah jauh mana pon, mereka terus dijemput oleh seorang wanita berpakaian casual.
"Assalamualaikum, Hai!. Ok biar saya perkenalkan dulu diri saya. Nama saya ialah Aleesa Sara. Panggil je Sara. Jadi, sayalah tour guide kamu semua. Segala perancangan sudah pun ditetapkan seperti dalam pamphlet ini." Jelas Sara sebagai tour guide mereka. Semua kelihatan sangat teruja dengan percutian mereka kali ini kerana buat pertama kalinya mereka bercuti bersama.
Selesai sahaja mereka berkenalan, Sara pon membawa mereka ke tempat penginapan yang telah pon ditempah. Dalam perjalanan mereka ke sana, Sara memperkenalkan Melaka secara ringkas sambil menunjukkan bangunan-bangunan yang berhampiran.
"Seperti yang kamu semua dapat lihat di sebelah sana, ia merupakan salah satu bangunan yang bersejarah di Kota Melaka ini. So jangan risau, kita akan ke sana esok pagi dalam pukul 10 am." Terang Sara kepada mereka. Masing-masing dengar dengan penuh minat kecuali Sor. Mana taknya, sejak mimpi buruknya semalam sukar untuknya tenang. Teringat-ingat pasal mimpinya itu sama ada betul ataupun hanya permainan tidur.
"Weyh, kau dah pahal? Senyap je dari tadi. Dengar ak Cik Sara tu cakap apa? " Tegur Ad yang pelik melihat gelagat Sor yang dari tadi asyik senyap sahaja.
"Huh?? Cakap ape?" Terpinga-pinga Sor yang tidak sedar apa yang dikatakan oleh Cik Sara. Tergelak rakan-rakannya yang lain dengan kebluran Sor.
"Ha tulah..termenung lagi..tahulah orang tu punye crush balik Johor. Takyahlah nak bad mood dude. Kita kan tengah happy nie..adumakk..hehe.." Sakat Shila sambil ketawa kecil dihujungnya. Geram Sor dibuatnya. Yang bagusnya, apa yang difikirkan oleh Sor tadi habis lesap. Hoho, pantang mention pasal crush, senyum sampai ketelinga.
Borak punya borak, sampai juga mereka akhirnya di tempat penginapan. Beg dan bagasi dibawa keluar dengan pertolongan pekerja di sana.
"Selamat Datang Ke Hotel Kayangan". Sambut Bell-Boy sambil tersenyum yang seperti sudah tahu akan kedatangan mereka di hotel tersebut. Mereka dibawa terus ke kaunter untuk pendaftaran.
Sor menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin kemudian melepaskannya dengan keluhan yang berat. Hatinya masih lagi tidak tenang memikirkan tentang mimpinya itu. Kakinya belum lagi menjejaki hotel tersebut. Hatinya tiba-tiba berdebar dan gelisah. Hairan rakannya yang lain dengan sikap Sor.
"Kau ni nak masuk ke atau nak tunggu kat luar sampai malam? Dorang dah masuk dah. Jom lah..janganlah sedih2..kita datang sini nak happy..kalau kau sedih macam ni..tak syok ah..jom?" Kata Farah.
"Hm..aku risau benda buruk jadi. Maybe perasaan aku je kowt..jom ah.." Balas Sor dengan nada yang rendah. Akhirnya Farah berjaya meyakinkan dia untuk masuk ke dalam.
Hotel Kayangan terletak betul-betul di di kawasan pedalaman. Kawasannya yang agak sunyi dan private. Kelilingnya terdapat hutan dan pokok-pokok yang mana menjadikan hotel tu lebih dingin dan sejuk suasananya.
"Hai..Selamat pagi dan selamat datang. Cik nak check in ke? Sila isi borang ni dulu". Jelas pekerja tersebut.
"Okey ..here you go." Kata Ain sambil menghulurkan borang tersebut.
"Okayy..Cik sila tanda tangan surat ini jika cik nak. Boleh baca dulu butir-butir yang ada" Terang pekerja itu lagi.
"Surat ape duh? Nak sign ke? Ikut kaulah kalau penting". Rose seperti tidak mengendahkan isi surat itu kerana terlalu panjang butirannya untuk dibaca. Dia hanya serahkan kepada Ain. Ain pon nak tak nak sahaja baca. Sudahlah bahasa inggeris. Jadi, dia beranggapan bahawa surat itu penting dan terus menandatangani tanpa membaca keseluruhan isi surat tersebut. 2 kunci bilik sudah diberikan. 1 bilik mempunyai 2 buah katil queen size. Barang-barang diangkut hingga ke bilik mereka iaitu di tingkat 8.
"Wahhh, nice ah bilik dia. Sape nak tidur bilik nie?" Tanya Kila dengan gembiranya.
Mereka mengagihkan bilik masing-masing. Kila, Rose, Farah dan Sor di bilik 811 dan Ain, Shila, Ad di bilik 813.
"Cantik bhai view kat sini. Wuh..lauttt..woww.." - Ad
"Fuh, penat gila. Dah nak tengahari tho. Aku laparr." - Ain
"Arghh excited nya akuuuu! Sor aku tidur ngan kau!" - Kila
"Nanti kita gi laut nak? Lepas lunch.." - Farah
"Ha ah lah..ada laut..tanya dorang dulu. " - Rose
Mereka rehat seketika kerana kepenatan. Ada yang tidur, ada yang mandi dan ada berselfie. Teruja lah katakan. Setelah itu, mereka pon putuskan untuk makan tengahari di luar. Mereka hanya makan di kedai yang berdekatan sahaja. Usai makan, mereka bercadang untuk ke laut. Yelah, cuaca pon cantik. Ad macam biasa dengan kameranya ditangan.
"Sor, happylah sikit..." - Shila
"Tah Sor..tak best ah kau camnie.." - Kila
"Yelah..." - Sor
"Sor!!" Dushhh! Air laut di percikkan ke mukanya. Apa lagi, dia pon membalas lagi teruk. Habis basah seluar jeans Ain. Mereka pon berpandangan satu sama lain, dan terus ketawa. Akhirnya, terukir juga senyuman dibibir Sor. Hampir sejam mereka bermain air. Ad pula tidak habis-habis mengambil gambar mereka manakala Shila merecordkan video. Kenangan manis seperti ini tidak akan disia-siakannya.
Usai sahaja mereka bermain air dan menghirup udara segar, mereka pon terus ke hotel.
"Korang, jom gi kolam kejappp.." Rayu Shila. Kila dan Farah juga turut bersetuju dengan cadangannya.
"Okayy..tapi aku nak naik dulu..penat ah tadi..tengok nie habis basah seluar aku budak kecik ni buat..byee". Kata Ain sambil memberi pandangan tajam ke arah Sor. Rose juga ingin ke bilik kerana kepenatan.
"Kau nak kunci ke Rose?- Kila
"Takpe ah, aku masuk bilik Ain jelah. Byee.." - Rose
"Weyh, kau tak pelik ke? Hotel ni sunyi je sejak kita keluar makan. Tadi kita masuk pon still tak de sesape. Time daftar ramai orang." - Ain
"Yaaa!! Samelahh..aku pon perasan cuma nak jaga hati dorang..aku senyap jelah. Peliklahh weyh." - Rose
"Kau fikir ak ape aku fikir?"-Ain
"Ape?? Kau jangan buat aku takut dowhh. Dah lah kita dua je dalam lift ni" - Rose
"Dalam bilik nanti aku cakap".- Ain
Ain hanya berharap apa yang difikirkannya tidak benar sama sekali. Sudah lama dia dan rakannya mengimpikan untuk bercuti bersama. Risau buatnya jika mereka tersalah ambil langkah dalam keputusan mereka ini.
Sampai ditingkat 5, pintu lift mula terbuka. Yang peliknya, tiada siapa yang menunggu dan koridor pon sunyi sepi. Apa lagi, bercelaru lah fikiran mereka berdua. Cepat-cepat butang lift ditekan supaya ianya tutup. Malangnya, pintu lift tersebut ditahan sehingga menyebabkan ianya kembali terbuka luas. Reaksi masing-masing ketika itu sangat terkejut. Rose sudah mula memegang erat lengan Ain. Sesusuk tubuh segera memasuki lift tersebut. Ain dan Rose hanya mampu mendiamkan diri.
"Maaf ye dik. Makcik ade keje tadi. Tu lambat masuk lift. Adik berdua nie bercuti ke kat sini?" Tegur seorang makcik kepada mereka.
"Ha ah, kitorang cuti kat sini." Balas Ain yang berpura-pura tenang. Hairan mereka kerana usia makcik ini tidak sesuai dengan kerjanya.
"Owh..hotel ni sunyi sikit sebab tak ramai tahu hotel ni wujud. Yelah, dalam hutan an. Makcik nak nasihat sikit, nak pergi mana-mana dalam hotel ni, jangan sorang-sorang..pergi ramai-ramai ye." Terang Makcik tersebut sambil merenung mereka berdua.
Pintu lift pon terbuka dan segera mereka berdua keluar. Sempat lagi mereka toleh ke belakang. Makcik tersebut hanya memberi senyuman sinis kepada mereka. Cepat-cepat pintu bilik dibuka. Ketika pintu hampir ditutup, sesuatu menahan pintu tersebut. Mereka hanya memandang antara satu sama lain dan terpaku sementara.
*SIS INGIN MINTA MAAF SEBABG HAMPIR SEBULAN MAYBE TAK UPDATE APE2. SO HARAPNYA PART NIE KORANG SUKA.
** PART NIE BERBEZA SEBAB START DARI SINI SEMUANYA BERMULA. SO NAK TAHU APE JADI, KEEP ON READING YE...
***INSYAALLAH HARI NI PART 6 SIAP..
****BTW SILA VOTE YE ..🔥♥🌹
YOU ARE READING
Hotel Kayangan..
HorrorMengisahkan tentang 7 sahabat yang mana pada mulanya berhasrat untuk meluangkan masa mereka dengan bercuti yang mana akhirnya bertukar satu tragedi. "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya" ..mereka telah terperangkap di dalam sebuah hotel di m...