1

32 0 0
                                    

     "Haufa ,, kita putus .. saya rasa awak tahu sebab apa .."

Aku bangun dari tidur petangku . Aku terasa ada yang memegang dahiku . Aku melihat muka orang itu , ohh kak mira rupanya . Aku tersenyum .

"Adik , adik demam ke ?" Soalan itu diajukan kepada aku . Aku merasa dahiku . Mata aku masih dalam mood tidur . Allah penatnya hari ni . Aku hanya menggeleng dan tanpa aku sedar aku sudah tidur kembali .

Tepat pukul 3 petang , aku tersedar lagi dari tidurku . Terus aku capai telefon aku , takut kalau ada yang mesej aku . Sebab aku tidur dari pukul 12 tengahari , penat sangat baru lepas balik dari sekolah , ada maulidurrasul . Semalam pula aku tidur di sekolah . Faham faham sajalah kalau tidur sekolah ni macam mana penat dia ..

Semasa aku ingin buka telefon , aku terlihat notification whatsapp . Hazziq sent you a message . Hati aku sudah berbunga bunga gembira . Sudah 3 hari aku menunggu mesej darinya .

Laju tangan aku membuka whatsapp . Tiba tiba , hati aku seperti di tusuk tusuk . Allah ujian apakah ini .

     "Haufa ,, kita putus .. saya rasa awak tahu sebab apa .."

Mesej itu aku baca berulangkali . Tangan aku menggigil . Tak tahu nak balas apa . Aku terus menukar posisi aku dari baring kepada duduk . Masyaallah kenapa tiba tiba saja ni ? Aku ada buat salah ke kat dia ? Dia dah ada perempuan lain ke ?

" maaf , tapi kalau boleh saya tau sebab apa ya ?  Kalau tak nak bagitau tak apa , saya faham . Tapi banyak benda yang saya fikir ni "aku terus bertanyakan kenapa .

Tolonglah ,, bagilah alasan apa pun , tapi jangan lah kau cakap yang kau ada perempuan lain . Air mata aku mengalir . Menunggu jawapan dari dia . Tak sampai 5 minit aku kesat air mata aku . Aku senyum . Aku berdiri .

' Allah kuatkan  aku '' terus aku buka pintu bilik dan turun ke bawah berjumpa ibu dan keluarga ku yang lain . Aku senyum melihat mereka seperti tak ada apa yang berlaku pada diri ku .

Cinta kerana lillahitaalaWhere stories live. Discover now