Aku mula rasa takut apabila telefon aku berbunyi . Allah andai segala andaian aku sebelum benar , apa yang harus aku lakukan . Adakah patut aku maafkan dia ? Nak diikutkan aku sudah terasa ada banyak perubahan pada Hazziq . Tapi aku selalu menafikannya . Walaupun kawan kawan aku selalu menanyakan soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya .
........................................................................
"Haufa , awak dengan Hazziq okay ke ? Dia ada perempuan lain ke ? Kita tenga ok dia macam rapat semacam je dengan seorang perempuan ni . Siap balas-balas komen lagi ." Aku dengar apa yang kawan aku cakap . Aku hanya tersenyum , sambil mengatakan yang aku tidak tahu .
..........................................................................
Aku gagahkan diri aku untuk membaca mesej yang dihantar oleh Hazziq . Aku tak tahu reaksi apa yang aku harus berikan apabila melihat mesej itu . Belajar ? Alasan belajar ? Aku muak dengan alasan belajar . Dulu aku pernah bercouple dan kami putus sebab alasan belajar . Selepas seminggu , aku dapat tahu lelaki itu ada perempuan lain . Untuk kali kedua , aku kena dengar alasan belajar . Alasan yang sama tapi dari orang yang berbeza .
"oh , okay saya faham . terima kasih sebab dah terangkan dekat saya . kita kawan okay ?" Hanya itu yang dapat aku balas . oh , baik sangat ke aku ni . Senang senang je nak terima alasan orang ?
"saya minta maaf kalau sakitkan hati awak ."
"eh , x pelah saya faham .. asalkan awak dah terangkan pada saya . saya percaya awak "
Mesej kami terhenti di situ . Untuk kesekian kalinya air mata aku jatuh tapi kali ini hanya setitis sahaja yang keluar . Pelikkan ? Lepas tu , aku terus tersenyum dan mengambil wuduk terus solat isya' dan baca Al-Quran .
Sebelum aku tidur , tiba tiba terdetik di hati aku " awak , saya percayakan awak . Tolong jangan hilangkan kepercayaan saya terhadap awak . Saya mohon sangat . Saya tak tahu saya boleh maafkan awak atau tak kalau saya dapat tahu awak bohong saya ."
Terus aku pejamkan mata. Aku cuba untuk melenakan tidurku . Walaupun hati aku terlalu sakit untuk hari ini .
...............................................
keesokan harinya ,
"Ibu jom pergi Harris , adik nak beli buku lah . Dah lama ada tak baca buku ."Aku cuba untuk menjalankan hari hari aku seperti biasa .Aku cuba untuk berlagak okay seperti biasa . Ya , memang hobi aku , kalau hati aku tengah sakit aku akan beli buku untuk baca . Tapi malangnya , ibu tak nak keluar . Katanya penat .
Aku terus mengambil telefon aku , dan buka instagram , wechat , whatsapp dan sewaktu dengannya . Update momment seperti biasa , buat story , balas mesej orang dan lain lain . Aku buat seperti tak ada apa yang berlaku . Tapi tu semua tak bertahan lama . Hati aku rasa sakit sangat bila aku ternampak status Hazziq dengan perempuan tu .
Ya Allah , ujian apa lagi ni . Kenapa aku perlu nampak status ni ? Kenapa ? Sungguh aku cakap hati aku berkecai , tapi dalam lubuk hati aku kata ' no Haufa , diaorang just kawan . Kau lupa ke Hazziq cakap dia nak belajar , jadi tak mungkin dia dengan perempuan tu .'
Ketenangan yang aku alami tak lama . Aku tak boleh tahan rasa sakit tu . Mujur sudah masuk waktu Zuhur . Aku terus mengambil wuduk dan sembahyang . Selepas doa , air mata aku menitis laju . Aku pegang dadaku .
" Ya Allah , kenapa sakit sangat ni ? Perlu ke aku percaya dia Ya Allah ? Perlu ke aku bersangka baik dengannya ? Perlu lagi ke ada rasa sayang aku padanya ?" Aku menangis teresak esak . Tiada tanda sedikit pun untuk berhenti .
Agak - agak apa kau rasa , bila kau nampak semua tu ? Dengan besoknya kau sekolah , dan kau nak kena menghadap lagi muka dia dengan perempuan tu .