Hari aku berlalu seperti biasa , tiada apa yang terlalu istimewa . Seperti pelajar - pelajar yang lain , aku hadapi hari hari aku sebagai pelajar tingkatan 5 .
Trial Spm dah lepas , alhamdulillah result aku biasa je 5 A . Banyaklah juga tu . Sebab biasanya aku 2 atau 1 A je . Aku dah buktikan dekat semua orang yang aku boleh buat .
"Zatun , macam mana result awak ?" Hazziq tegur aku dari belakang . Terkejut aku dibuatnya . Aku pandang belakang aku .
"Ha ,, okay je . Alhamdulillah . Awak macam mana ?" Agak tergagap lah aku bercakap dengan dia sebab dah lama sangat aku tak berkomunikasi dengan Hazziq . Sejak dari kes dulu lagi .
"Alhamdulillah okay juga .. eh result kita sama eh ..5 A , jodoh ke apa ni " e'eh mamat ni lawak apa yang dia buat ni . Jodoh jodoh pulak .
"Alamak semut banyak lah kat sini " aku balas apa yang dia bagitau .
Akhirnya kami berdua tergelak . Ah , lupa bagitau . Masa ni kitaorang dekat tempat tunggu bas yang kat dalam sekolah tu . Aku tak tahu kenapa , tapi kitaorang tiba tiba macam rapat pulak .
Bercerita dari A to Z benda yang tak penting , lepastu tiba tiba gelak . Ya Allah hari ni lah hari yang paling gembira yang aku pernah aku alami . Ibu aku sudah sampai , jadi aku minta izin untuk pergi dahulu .
"Haufa , cakap dengan ibu awak . Saya cop awak dulu . Saya suka awak lagi tau " Hazziq tiba tiba cakap begitu pada aku masa aku dah jalan agak jauh sikit dari dia . Aku tersenyum .
"Ada - ada je dia ni lah .. tumbuk kang " aku ketawa lagi . Aku masuk ke dalam kereta , dengan senyum yang melebar . Ibu tengokkan saja aku . Lepastu , ibu cubit aku . Aku pandang ibu , menunjukkan reaksi sakit . Dengan selamba ibu terus bawa kereta terus pergi .