3

13 0 0
                                    

Seminggu persekolahan berlalu , semuanya berlaku seperti biasa . Cuma perubahannya aku bukan lagi milik dia . Aku lalui hari aku seperti tidak ada apa apa yang berlaku begitu juga dia . Terkadang aku curi -curi pandang melihat dia .

"Haufa , cikgu Azie nak jumpa awak . Kat bilik kaunseling ." Aku disapa oleh rakan kelasku .

"Sekarang ke Mira ? Ada apa ? Kenapa kita kena panggil ?"

"Tak taulah , tapi macam ada hal penting . Awak pergi je lah ." Cara Mira bercakap memang kelihatan sangat penting .

Tanpa melengahkan lagi masa , aku cepat cepat pergi ke bilik kaunseling . Allah , masalah apa lah yang aku dah buat sampai kena panggil dengan cikgu kaunseling ni ?

Sampai saja di bilik kaunseling aku memberi salam , Cikgu Azie menyuruh aku duduk sementara tunggu dia menyusun dokumen dokumen pelajar . Setelah selesai kemas , Cikgu Azie duduk di sebelah aku .

"Haufa , awak kena pindah kelas . Saya masukkan awak ke kelas 5 PA 2 ." Tenang muka Cikgu Azie memberitahu aku . Tapi aku yang cuak . Kenapa aku perlu pindah kelas ? Keputusan periksa aku teruk sangat ke masa ujian haritu ? Apa salah aku ?

Melihatkan aku yang ingin bertanyakan banyak soalan kepada cikgu . Cikgu azie terlebih dahulu menerangkan kepada aku .

"Saya tahu mesti awak nak tanya kenapa awak kena pindah dari 5 PA 1 ke 5 PA 2 kan ?"

Aku hanya menunggu sahaja penjelasan yang akan keluar dari mulut cikgu .

"Kelas 5 PA 2 tak cukup pelajar , jadi saya kena tarik budak duduk kelas itu "

"Tapi kenapa saya cikgu ? Kenapa cikgu tarik saya ? Keputusan periksa  saya teruk sangat ke cikgu ?"

"Eh tak lah , awak tahukan kelas itu semua melayu , jadi saya terpaksa tarik awak turun "

"Tapi cikgu --"

"Awak boleh terus kemas barang awak dan masuk kelas 5 PA 2 , saya dah maklumkan pada guru kelas awak "

Air mata aku terus jatuh . Ujian apa lagi ni ? Apa yang aku nak cakap dengan ibu ? Apa perasaan ibu kalau dapat tahu aku kena turun kelas bawah hanya kerana nak penuhkan kelas sedangkan keputusan periksa aku elok saja.

Aku terus mengangkat kaki keluar dari bilik kaunseling . Cikgu Azie ada memanggil aku tapi aku tidak pedulikan suara Cikgu Azie . Sungguh sakit aku saat ini .

Masuk saja kelas aku terlihat Hazziq dengan Mira sedang ketawa bersama . Lagi hancur berderai hati aku . Aku masuk kelas terus kemas kemas barang aku . Mungkin Allah tak nak aku lagi terseksa duduk kelas ni tengok Hazziq dan Mira bersama .

"Haufa , cikgu cakap apa tadi ? Eh , kejap awak nangis ke ? " aku diamkan saja apa yang Mira cakap pada aku . Sesekali aku perasaan Hazziq ada pandang aku . Muka dia agak terkejut melihat aku yang tiba tiba menangis dan kemas barang seperti mahu pulang .

"Haufa , awak kenapa ni ? Okay tak ? " sekali lagi Mira tanyakan soalan yang sama .

"Kita okay , kita dah tak duduk kelas ni lagi dah . Kita kena pindah kelas .kita kena masuk kelas PA 2" itu yang keluar dari mulut aku .

"Kenapa ? Kenapa tiba tiba ?" Sekali Mira tanyakan soalan . Aku hanya mengangkat bahu tanda aku juga tidak tahu . Mira sudah pergi berjumpa kawannya yang lain kerana mereka panggil Mira .

Hazziq ada dihadapan aku menunjukkan reaksi supaya aku jeleskan lebih mendalam . Air mata aku jatuh lagi . Hazziq pergi dekat sikit dengan aku .

"Awak kenapa ni ? Okay tak ?" Lembut sapaannya . Ini merupakan pertama kali kami bercakap rapat rapat seperti ini . Selama ini kami hanya berbual di wechat atau whatsapp saja . Kalau di sekolah , kami tidak pernah berbual antara satu sama lain . Orang lain pun tak tahu hubungan kami kecuali rakan rakan terdekat saja .

"Awak penipu . Kata belajar ? Tapi apa ni ? Awak ada perempuan lain . Tak sampai seminggu Ziq , tak sampai seminggu awak dah ada orang lain " perlahan suara aku memberitahunya . Perit .Dia melihat aku .

"Saya tak pernah tipu awak , saya tak ada pun perempuan lain ." Dia memandangkan aku , mohon supaya aku faham dia .

Aku hanya diam , ramai yang mula mengerumuni aku . Aku kesat air mata aku yang tadinya jatuh seperti air terjun . Aku senyum melihat mereka .

Habis saja aku menjawab soalan dari rakan sekelas aku . Aku terus pergi ke kelas PA 2 . Aku perasan Hazziq hanya melihat aku . Dia masih lagi melihat aku dengan pandangan supaya aku faham dia .

"Macam mana saya nak faham awak , kalau awak tipu saya Hazziq ." Aku berkata dalam hati dan terus melajukan langkah aku pergi ke kelas baru .

Cinta kerana lillahitaalaWhere stories live. Discover now