Part 4

17 0 0
                                    

Aku berjalan balik ke rumah . Harini ibu kata tak dapat nak ambil aku balik sekolah sebab dia kurang sihat . Jadi aku ambil keputusan untuk jalan kaki . Nasib sekolah dengan rumah ni dekat saja . Sebelum masuk ke rumah aku termenung sebentar . Memikirkan ayat apa yang aku perlu bagitau ibu yang aku kena tukar kelas ni .

Ada baiknya , ada buruknya aku kena pindah kelas ni . Baiknya , aku tak payah lagi nak menghadap muka Hazziq dengan Mira kat kelas yang buruknya aku boleh ke masuk dengan kelas baru tu . Dahlah naik form 5 baru cikgu tukarkan kelas . Kalau dari form 4 aku tak ada lah kisah sangat . Bukan tak ada kawan , ada cuma aku boleh ke terima perubahan yang gurunya lain mengajar tambahan pula , pelajaran diaorang dah lagi cepat dari aku . Tadi pun kelam kabut aku nak ikut diaorang punya belajar .


"Termenung apa tu dik ? Nak duduk kat luar je ke ? Kalau nak boleh ja , nanti ibu kunci pintu , awak tak payah masuk " Ibu memanggil aku dari dalam . Mungkin pelik agaknya anak dia yang seorang ni tak masuk lagi rumah dok tercegat kat depan pagar . Aku terus tersenyum melihat ibu , alamak kantoi pulak aku termenung .Tanpa buang masa ibu tolong aku bukakan pintu pagar .


"Assalamualaikum ibu " aku hadiahkan senyuman manis kepada ibu

"Waalaikumussalam , ni dah kenapa pulak tiba tiba senyum sampai ke telinga , mesti ada apa apa berlaku kat sekolah ni " Ibu mencuit aku tanda mengusik .

"Banyak benda jadi kat sekolah tadi bu " aku ambil tempat duduk di atas sofa manakala ibu duduk di bawah sambung melipat kain .


"cerita apa ? apa yang jadi ? awak nakal eh kat sekolah ?" Untuk kesekian kalinya ibu mengusik aku lagi .

"Eh mana ada . Anak ibu ni kan baik , mana ada nakal ."

"Dahtu ? kata macam macam macam jadi kat sekolah "

"Ni nak ceritalah ni , adik kena pindah kelas , cikgu suruh " Aku membetulkan posisi duduk aku .

"Hah pindah kelas ? kenapa ? Awak buat apa dik sampai kena pindah kelas ? Naik ke turun ?" Banyak betul soalan yang ibu bagi ni . Rasa macam kena siasat dengan polis pula .


"Ya Allah , satu satu lah bu kalau nak tanya pun " Aku memulakan cerita dari A sampailah Z dengan ibu . Ibu hanya bagi kata kata semangat . Dia kata ni ujian yang Allah bagi dekat aku , jadi aku tempuh dengan hati yang terbuka .


Seusai berbual dengan ibu , aku naik ke bilik dan tukar baju . Aku melihat telefon aku . Ada orang hantar wechat pada aku . Cepat saja tangan aku buka aplikasi tersebut . Maklumlah kalau ada benda penting yang nak disampaikan .


'Haufa awak marah saya?'

'Haufa kenapa awak cakap saya penipu ?'

"Haufa , kalau saya ada buat salah maafkan lah saya '


kesemuanya dari Hazziq . Allah , apa yang harus aku balas ni . Mulut aku ni pun tadi main lepas je ni kenapa ? haishh , kan dah aku kena fikir ayat nak balas apa .


'saya tak marah awak pun , awak lupakanlah apa yang saya cakap tadi . Saya emo sangat tadi , tu yang mulut ni main lepas je . Awak tak ada buat salah apa pun , saya dah maafkan awak'

mesej hipokrit yang aku bagi , aku tak nak hubungan 'kawan' antara aku dengan dia terputus hanya kerana aku jeles . Lagipun dia bukan lagi milik aku dan aku sendiri yang cakap dengan dia untuk jadi kawan .


'tolong jangan tipu saya'

'saya tak suka orang tipu saya'

haih ni lah kebihan Hazziq tau je bila aku tipu dia .


' saya tak tipu , betul awak tak ada salah apa pun '

Another hypocrite massage again Haufa , patutnya ni lah peluang kau bagitau dia . Kenapa baik sangat kau ni Haufa nak jaga hati orang sedangkan hati kau tak tejaga . sumpah seranah aku bagi dekat diri aku masa menghantar mesej tersebut sebelum aku tertidur.


Selepas puas aku lelapkan mata , aku buka lagi telefon aku untuk tengok apa yang Hazziq balas .

two hour ago

' betul ke ni ?'

'saya harap awak tak tipu'

Masyaallah lamanya aku tidur sampai dua jam . Macam tadi aku bagitau Hazziq yang aku tak tipu dia , sedangkan aku memang tipu dia .


Terdetik hati aku untuk buka momment wechat , nak tengok juga gossip gossip terkini , hilangkan luka yang ada tadi . Adui , Haufa , haufa . Tak ada kerja lain ke kau nak buat untuk tenangkan hati ?


Sedang ralit aku scroll skrin telefon aku ternampak momment Hazziq , dan seperti biasa lagi Mira ada balas komen . Rancak betul ya kamu berdua , siap bersawit sawit lagi dekat sini .Haritu kata putus sebab nak belajar lah apa lah , tapi hakikatnya dah ada perempuan lain . Aku apa lagi terus buat status wechat .


'Kau minta aku faham kau , tapi maaf aku rasa aku tak boleh nak faham kau . Melainkan kau cerita dekat aku dari A to Z untuk aku faham diri kau yang sekarang . Gelaran penipu memang layak untuk kau buat masa ni . I need your explanation right now . Tak perlu nak tanya tanya aku kenapa tapi terus bagi explanation kau . Sebelum aku betul betul hilang kepercayaan terhadap kau '


Tak sampai satu minit , aku terima mesej dari Hazziq , aik terasa ke bang ? Jahatnya aku ni . Haih , tapi siapa yang buat aku macam ni kalau bukan dia kan ?

'Haufa , jeles ke ?'

Dia tanya aku jeles ke ? Minta penumbuk mamat dengan aku . Aku biarkan mesej berlalu begitu saja , kan aku dah cakap aku nakkan penjelasan

'saya dengan dia kawan je , tak ada apa apa'

Hah , kawan ? Bang nak bohong pun agak agak lah . Aku biarkan lagi mesej berlalu

'jangalah macam ni'

lepas dua jam aku dapat lagi mesej dari Hazziq.

'tolonglah , saya tak kenal awak yang sekarang ni .'

kali ini aku balas mesej dia , tapi mungkin aku mengubah segalanya .


'Maaf , Haufa yang dulu tak sama dengan Haufa yang sekarang . Saya dah muak dengan penipuan awak . Awak dengan Zakrul sama je . Penipu , alasan belajar . Saya penat lah Hazziq . Saya cuba untuk percaya awak , tapi awak sia sia kan kepercayaan yang saya dah bagi dekat awak '

Cinta kerana lillahitaalaWhere stories live. Discover now