5

12 0 0
                                    

Ini lah lumrah kehidupan manusia . Saat kau katakan kau tak percaya kan dia , saat itu jugalah akan hadir rasa kepercayaan kau pada dia dan kali ini lebih dari yang biasa . Aku termenung tengok tv bersama ibu . Telefon aku berbunyi menyebabkan lamunan aku terhenti . Di situ aku dapat mesej dari sahabat aku dari tadika lagi .

'Haufau , awak dengan Hazziq okay '

Aku melihat mesej tu , masuk kali ini dah dekat 10 orang tanya aku soalan yang sama dan jawapan aku adalah 'okay' tapi kali ni berbeda . Tiba-tiba rasa sebak hadir dalam diri .

"Ibu , adik naik bilik jap eh .. nak rehat " ibu hanya mengangguk sahaja dan memerhatikan aku naik ke atas .

Masuk sahaja ke dalam bilik , terus air mata aku jatuh dengan laju . Tiada tanda langsung untuk berhenti .  Biasanya sekejap saja aku akan berhenti menangis ,, tetapi  kali ini susah pula untuk berhenti . Aku terus membuka telefon aku dan membalas mesej Athirah .

'Tak , kita tak okay ... sakit thirah .. sakit sangat' Allah jujur aku pada saat itu .

'Haufa ,, awak kenapa , cuba cerita dekat kita ' tak sampai seminit aku dapat mesej daripada Athirah dan aku ceritakan kesemua masalah aku pada dia . Adalah rasa sedikit tenang hadir dalam diri aku . Rasa seperti semuanya telah aku luahkan .

'Haufa , act , kita ada mesej dengan Hazziq .. dia pun ada cerita dengan kita n kita tanya dia , dia suka awak lagi ke tak ?"

Aku baca mesej athirah , mana mungkin dia suka aku kalau hati dia dah ada dekat perempuan lain . Mana mungkin hatinya masih pada aku . Aku tersenyum hambar

'Habistu dia jawab apa ? Mesti dia jawab tak kan ?'

'No , dia cakap dia masih suka awak , tapi dia nak belajar . Dia nak tumpukan pada SPM , so dia nak stop dulu semua ni . Dia tak ada niat pun nak sakitkan hati awak '

'Entahlah athirah kita tak tau nak percaya dia ke tak '  tawar , hati aku sudah cukup tawar untuk dia .

Hati , kuat lah kau . Air mata , berhentilah dari mengalir , kau selalu tak macam ni . Adakah kerana selama ni aku simpan kau dah  akhirnya kau mengalir keluar juga ? Allah , sembuhkan lah hati ini . Kau berilah aku petunjuk , sama ada aku perlu percayakan orang yang bernama Hazziq itu atau pun tidak .

Cinta kerana lillahitaalaWhere stories live. Discover now