Ceramah

126 22 17
                                    

"Assalammualaikum, saya Ustaz Haqim. Paling penting saya bukan penyanyi ya walaupun muka saya macam Haqiem Rusli ."

Kami tergelak kecil. Open minded ustaz ni.

"Sebelum tu saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya, Muhammad Haqim Bin Muhammad Hussain. Saya berumur 41, sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata tiga lelaki dua perempuan. Siapa nak masuk meminang, pm tepi."

Kahkahkah.

"Alhamdulillah, ok mari kita mulakan topik kita."

Usai program tersebut, aku membuka langkah berani.

"Ustaz apa maksud syirik?" Soal aku ingin tahu.

Ustaz pandang aku sambil senyum.

"Syirik tu maksud dia perbuatan menyekutukan Allah dalam apa bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan." Terang Ustaz Haqim.

"Faham tak ni?" Soalnya meminta kepastian daripada aku.

Aku menggangguk tanda faham.

"Err kalau contoh main permainan papan tu dikira syirik tak?" Soal aku.

Ustaz menggangguk.

"Kenapa? Kamu pernah main ke?" Soalnya dengan nada bergurau. Aku menggeleng laju.

"Tak apa la. Ada apa-apa lagi tak soalan? Saya kena berjumpa dengan pengetua ni." Pinta Ustaz Haqim.

"Tak ada dah. Ustaz pergi la saya masuk kelas dulu." Seraya aku pergi meninggalkan ustaz.

Ustaz dari jauh menggeleng kepala sambil berkata sesuatu.

"Kenapa la ayah kamu nak serahkan benda tu, tetapi tak nak buang. Saya simpati dengan kamu, saya tak boleh buat apa."

Syafiza dan Huda melangkah masuk.

"Dia la orang yang kakak dan adik maksudkan." Ustaz hanya memandang penuh harapan.

"Insya Allah ayah akan usahakan." Katanya.

***

"Hai awucks." Ejek Fatin.

"Kau orang nak-- nak apa?" Soal aku ketakutan.

"Jumpa dekat tempat biasa, jangan lupa bawa duit." Pesan Mimi.

"Ba-baik."

Sesuatu memerhati aku dari belakang. Ketika mereka sibuk berjalan, kedengaran bunyi pasu pecah.

"Ahhh!!!" Jerit Fatin.

"Ohmygod Fatin!" Jerit Mimi terkejut. Orang sekeliling memandang mereka.

"Ya Allah kenapa ni?" Tegur Cikgu Ros yang dalam perjalanan ke kantin.

"Tak tau, pasu jatuh atas kepala dia." Tergagap-gagap Mimi berkata. Liya hanya terkesima melihat rakannya yang tidak sedarkan diri. Darah melimpah ruah di bajunya dan tudung. Liya menyelak tudung yang melindungi darah tersebut.

“Hah? Pisau??” Soal hatinya.

Liya memandang Mimi dengan membawa maksud hairan.

“Cik--cikgu... pisau..” Cikgu Ros memandang mereka dengan riak marah bercampur hairan.

“Kamu yang buat ke?” Tengkingnya.

“Takkan saya nak buat cikgu! Kawan saya ni!” Tengkingnya balik. Cikgu terkedu.

“Mana dia ambulans ni?!” Teriak Mimi dalam tangisan.

Aku memandang mereka dengan terkejut. Segera aku memandang seorang wanita baya 20-an dari jauh sambil tersenyum.

"Sya-syakira?" Soal aku terkejut. Aku segera melarikan diri ke kelas aku.

"Fatin kena baling pasu? Kena tikam?" Soal aku ketakutan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa, rakan kita dari kelas 5 Perdagangan telah kembali ke rahmatullah akibat kecelakaan yang tidak dapat dielak. Saya berharap sesiapa yang melakukannya berjumpa saya secara tidak terbuka untuk menutup aib."

"Saya mohon pihak sekolah mengubah setiap pasu yang ada di sekolah ini untuk mengelakkan trauma."

Aku jatuh terduduk. Dia yang buat?

____

Malam itu aku mengajak rakan-rakan aku yang lain berbincang dan aku menceritakan semua yang berlaku. Kami cuma perlu tau kisah yang sebenar.

"Kau.. ada benda nak kau. Dia nak jaga kau." Kata-kata Syafiza tempoh hari terngiang-ngiang di ingatan.

“Kau ingat lagi tak? Tadi kan hang cerita..." Kata Madu cuba merungkaikan misteri.

Syiling dengan pantasnya bergerak NO.

"Balik la. Nanti aku main la lagi, sekarang ada rondaan oleh kak senior."

"A.K.U.A.D.A.S.A.T.U.S.O.A.L.A.N."

"Apa dia soalan tu?"

"N.A.K.J.A.D.I.K.A.W.A.N.A.K.U.T.A.K?"

"Kalau jadi kawan kau apa yang aku dapat?"

"A.K.U.B.O.L.E.H.J.A.G.A.K.A.U."

"Ok la kalau macamtu. Aku nak."

"J.A.N.J.I.?"

"Ya janji."

"K.A.U.S.A.N.G.G.U.P.D.I.G.A.N.G.G.U.S.E.U.M.U.R.H.I.D.U.P?"

Tok! Tok!

Aku berlari meninggalkan permainan tersebut. Lalu, membuka pintu bilik. Kelihatan rakan aku di sini.

"Eh Kin? Hang buat apa sini? Kata tidoq dekat pss."

"So masatu la yang kau kena ganggu dengan 'Kin'?"

"Yes, kau.. ingat perkataan terakhir sebelum kau berlari pergi buka pintu?"

"Tak, aku tak sempat tengok."

"Aku rasa dia ada cakap sesuatu yang melibatkan perjanjian."

"Wait.. kenapa pula? Aku tak kata pun apa-apa."

"Kau lupa? Yang kau jadikan dia sebagai kawan kau?"

Ain terkedu.

Tak mungkin lah.

PERJANJIAN (HIATUS HAHAHA)Where stories live. Discover now