Malam itu aku ke gerai milik Cik Na di dalam sekolah untuk membeli kacang kuda. Gerai tersebut terletak di tempat ruang rehat pelajar.
Semasa dalam perjalanan aku terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Cepat-cepat aku melangkah laju ke gerai.
"Cepat beli. Cikgu tengah buat rondaan tu!" Tegur pak cik guard, Pak Mat yang tengah melepak di gerai tersebut.
Aku menggangguk tanda terima kasih. Lalu, aku terasa seperti sinaran cahaya memancar pada muka aku.
"Hey! Kamu buat apa tu." Tegur seseorang.
"Be-beli kacang." Jawab aku.
"Eh Pak Mat?" Tegur hati aku.
"Gerai Cik Na dekat ruang rehat tu ke?" Soalnya membuat aku tidak sedap hati.
"Haah. Tadikan Pak Mat duduk situ. Buat tanya pulak." Aku tergelak kecil.
"Kamu merepek apa ni? Cik Na kan kat hospital. Beranak, isy isy, bak sini kacang yang kamu beli tu." Arah Pak Mat.
"Batu?"
"Pergi masuk asrama kamu." Arah Pak Mat.
Aku lari tak cukup tanah. Siapa yang tak berdebar. Asrama ni berhantu ke?
Aku tidur berselimutkan selimut bunga yang Ummi Fatimah aku beli. Siapa dia? Dia la ummi kat rumah anak yatim yang aku duduk dulu.
Tak tahu eh aku anak yatim? Meh aku cerita. Aku ni bukan la anak yatim tapi aku saja gelar diri aku anak yatim sebab apa? Sebab dari darjah satu dulu mak ayah aku dah tinggalkan aku dekat sana.
"Mak nak pi mana?" Soal aku cemas.
"Hang dok sini, jangan laqi na. Mak nak pi beli sayoq. Sat ja naa." ujar mak.
Kelihatan seorang wanita menungguku di pagar tempat tersebut.
"Assalammualaikum Ain~ ni ummi Fatimah." Sapa dia.
"Mak cik ni siapa?" Soal aku. Pandangan aku menghala ke arah ibuku yang memasuki kereta. Kelihatan ayah aku senyum sinis.
Ayah?
Kereta mereka mula bergerak lqju. Aku cuba berlari mengejar mereka tetapi badan aku di tahan oleh wanita tadi.
"Mak!! Ain nak mak!!" Tangisan aku semakin kuat.
"Ain benci ayah! Ain benci!" Aku melarikan diri ke jalan raya.
Bbang!
Aku ternampak kereta bertembung kereta di depan aku. Tak, bukan kereta mak dan ayah aku. Kereta orang lain....
Aku terkedu. Di saat aku memberanikan diri untuk tengok dari jauh. Aku ternampak lembaga hitam memandang tepat ke arah aku. Matanya merah pekat, rupanya.. tidak dapat aku gambarkan. Rupanya seperti ayah.
YOU ARE READING
PERJANJIAN (HIATUS HAHAHA)
SpiritualAku budak kelas belakang, berumur 13 tahun dan tak tahu langsung pasal agama. Sebab? Ibu bapa aku dah lama tinggalkan aku dekat rumah anak yatim. Dekat rumah anak yatim, aku tidak mahu ambil peduli tentang agama. Bukan salah mereka, salah aku untuk...