"Hai kawan." Tegur seseorang, aku memandang sekeliling. Aish, tengah malam pun nak kacau ke?
Aku menumpukan perhatian semula di seterika. Baju aku gosok dengan hemah, usai habis menyerika aku menutup suis lalu mengangkat kaki ke katil.
“Kau abai aku?" Soal suara halus itu. Aku tau dia ialah si makhluk yang mainkan Spirit Of The Coin selepas Syakira blah.
“Ain?" Panggilnya lagi. Aku menutup mata, ketika itu mereka semua sudah tidur. Aku menghela nafas panjang, mata aku sudah tidak boleh lelap.
"Ain~" Serunya. Aku cuba untuk lelap, akhirnya tertidur juga.
Di mindanya penuh dengan soalan. Soalan KBAT Pendidikan Islam, soalan kuiz sejarah, soalan ujian matematik, soalan akhirat, soalan makhluk halus itu, hmm senang kata, semua soalan la ada dalam otak dia.
_____
Pagi itu, mereka berebut untuk mandi di tandas dorm perempuan. Ya la, semua pakat bangun 'lambat'.“Woi! Pala hang aih! Cepat sikit!” Teriak seorang senior kepada membernya.
“Sabaq la.” Katanya sambil membuka pintu bilik air.
“Cepat la! Kau ingat sekolah ni bapak kau punya?" Jerit seorang lagi. Haih nama pun tandas, mesti la ramai kan.
“Ain, aku ada port boek.” Cadang Hani yang menunggu giliran di belakang Ain.
“Port apa?” Soal Ain, Madu di belakang juga turut serta.
“Hah? Apa dia?" Soal Madu dengan dahi yang berkerut. Maklumla stress yang teramat.
“Port mandi.” Jawab Kin di depan Ain.
Hani memandang Kin membawa maksud yang sama. Kuasa telepati mereka berdua menyatukan kami semua.
“Jom.” Ajak Hani dan Kin.
Aku pandang hairan, hish kalau lambat aku tak tau la.
“Tadaaa!”
“WAK LU!”
“HANG GILA KA SYAITAN?”
“HANG NAK MATI KA WOI!"
Pelbagai lagi carutan yang diberikan oleh Hawa dan Arin yang muncul dari mana entah.
“Port boek ah ni.” Ujar Hani sambil tersenyum sinis.
“Tangki ayaq.” Kin menyambung ayat Hani dengan selamba.
“Mandi ja la.” Hani tersenyum sinis, Kin memulakan langkah untuk masuk.
“Tangki ni mana ada orang guna kan?” Soal Hani kepada Kin. Kin hanya mengangguk bersetuju.
Aku memandang jam tangan berwarna merah hati di tangan. Oh, tidak!
Tanpa rasa was-was dan ragu-ragu malahan syak wasangka, aku menyertai mereka. Mereka yang lain turut menyertai aktiviti jahat kami selepas melihat aku masuk.
Ketika mandi dengan perasaan berdebar, kami memulakan perbualan.
“Sekali saja eh aku buat benda jahat ni.” Aku berkata dengan nada riak.
Jangan riak ya anak-anak. #DoneDakwah
“Eleh, main Spirit of The Coin lek ja.” Kata-kata Arin membuat kami terkedu.
Kawasan tangki ni dah la gelap, dia tak tau ke sekarang pukul 5:25?
Oh ya, kami memang kena bangun awal. Nak Subuh katanya.
“Woi Arin!” Hawa menerajang kaki Arin tanpa rasa takut.
“Apa? Betoi pa?” Jawab Arin dengan nada selamba.
Ppak! Ppak! Ppak!
“Hampa dengaq dak bunyi?” Bisik Kin perlahan.
Kami yang lain hanya mengangguk. Dia mengangkat jari telunjuknya lalu diletakkan di mulutnya.
Ppak! Ppak! Ppak!
“Sial, aku tau ni bunyi apa.” Hani memandang aku tajam.
“Dalam kiraan 1...2...3..” Hani dan Kin keluar serentak. Madu apa kurangnya turut mengambil kasut lalu cau.
“Wait, jangan kata...” Aku mula berasa tidak sedap hati.
“Pengawas!!” Bisik Hawa dan Arin lalu melarikan diri.
Ah, aku nak tunggu apa lagi. Cabut dulu!
_____________
“Phew.” Mereka menghela nafas berat. Baru 'merentas desa' katanya.
“Hang ah ni!” Marah Madu kepada Arin.
“Apa aku pulak?” Soal Arin dengan muka menyampah.
Aku turut tergelak melihat telatah mereka. Ketawa aku terhenti apabila aku melihat satu kelibat lembaga berjalan ke arah hadapan aku.
“Weh.” Panggil aku kepada mereka.
Mereka turut terkedu.
YOU ARE READING
PERJANJIAN (HIATUS HAHAHA)
EspiritualAku budak kelas belakang, berumur 13 tahun dan tak tahu langsung pasal agama. Sebab? Ibu bapa aku dah lama tinggalkan aku dekat rumah anak yatim. Dekat rumah anak yatim, aku tidak mahu ambil peduli tentang agama. Bukan salah mereka, salah aku untuk...