Sayang

45 2 2
                                    

"Sayang" panggil Mila manja. "Ya" jawab suaminya tanpa berpaling ke arah Mila. "Tolong buatkan Mila kopi,haus laa" suruh Mila.

Sejak Mila sarat mengandung 6 bulan ini,suaminya sangat manjakan dirinya. Terasa dilayan bagai puteri. Tanpa banyak alasan suaminya terus keluar dari bilik untuk membuat kopi buat isterinya yang tercinta.

Sedang dia melayan facebook tiba-tiba dia dapat mesej daripada seseorang. Wajahnya yang seronok tadi terus pucat 100%.

Sayang
Sorry awak,ayang balik lambat sikit. Bos ayang ini jahat sangat suruh ayang stayback. Dalam pukul 11 ayang balik. Jaga baby kita ye. Muah 💕

Hampir hilang daya genggaman Mila selepas mendapat meseh tersebut. Siapa lelaki yang dia suruh buat kopi tadi.

Tiba-tiba derapan kaki ke biliknya makin kuat,Mila bersembunyi disebalik selimut. Badannya menggeletar. Habis basah lencun badannya.

Selimutnya ditarik, Mila ternampak suatu susuk tubuh yang tidak berupa dan busuk. Dan banyak daging-daging yang tertanggal isinya pada wajah 'manusia' yang dianggap suaminya. Dia pengsan di tempat kejadian.

Selepas dia sedar,dia dikejutkan dengan kehilangan bayi dari dalam kandungannya. Tanpa gugur tanpa sebarang pendarahan tapi bayinya boleh hilang begitu sahaja.

👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻

Ceritera Misteri & ParanormalWhere stories live. Discover now