pokok pisang

5 0 0
                                    

Pada malam itu seperti biasa, Zainah (bukan nama sebenar) dia pergi ke dusun durian yang agak hampir dengan rumahnya bersama suaminya Nasir. (Ianya lebih kepada hutan, sebenarnya)

Sepanjang musim durian ini, bukan setakat durian dirosakkan oleh haiwan malah dicuri oleh anak-anak kampung itu juga pun ada. Maklumlah harga durian sekarang ini bukan melambung tingginya.

Zainah meneruskan pencarian dengan lampu suluh di tangannya. Suaminya pula mencari di sudut lain pula.

Sedang Zainah menyuluh mencari durian, dia tersuluh akan satu pokok pisang yang berada 50 meter depannya. Disitu bukan hanya ada pokok pisang malah sekujur tubuh berambut panjang beserta ber'uniform lengkap' putih didepannya.

Lampu suluh dibalingnya,Zainah terduduk dan menjerit memanggil suaminya "Sir, Sir". Suaminya datang dengan laju kearahnya bersama parang ditangan.

"Kenapa Nah? Siapa Nah?" tanya Nasir yang cemas. Zainah hanya mampu mengurut dada kerana terkejut dengan kehadiran 'orang' yang tak dijemput.

Keesokan harinya, Zainah dan suami pergi ke pokok pisang dimana sekujur tubuh itu berdiri. Nasir tekad untuk menebang pokok pisang itu.

Dengan 2 kali libas pada batang pokok pisang itu, akhirnya pokok itu sudah ditebang. Namun hairannya, kenapa pokok itu mengalirkan darah?

Ceritera Misteri & ParanormalWhere stories live. Discover now