SEPIAda kalanya, dalam kesibukan masing-masing kita dengan mudah menyebut, “no news is a good news." Kalau kemalangan, atau sakit, atau mati, adalah berita yang kedengaran. Tapi kalau tiada sebarang khabar berita, tentu sahaja semuanya seperti biasa. Hakikatnya tidak… bahkan saya jadi paranoid pula apabila ada kenalan yang tiba-tiba senyap. Menyepikan diri. Lama tidak kedengaran sebarang berita, tiba-tiba apa yang sampai ke telinga tidak enak pula.
Masalah rumahtangga…
Sakit membisingkan persekitaran. Kemalangan mencetuskan kegemparan. Kematian pasti mengucar kacirkan keadaan. Tetapi jika ada teman yang berdepan dengan konflik rumahtangga, ia musibah yang mengundang diam. Menghasilkan sepi… dan kehilangan teman seperti ini sungguh misteri.
Berwaspadalah dengan teman yang sepi, menghilangkan diri, di dalam sunyi.
Suatu ketika, saya telah nukilkan kerisauan saya terhadap fenomena konflik rumahtangga di kalangan aktivis agama. Ia menjadi taboo yang sulit untuk diperkatakan secara terbuka. Sulit kerana sukar dunia mahu menerima hakikat bahawa perkahwinan yang dibina jauh dari dosa, bermula dengan segala keelokan di jalan dakwah, boleh goyah dan sebahagiannya runtuh tidak bertangguh.
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya
Spiritual-Completed- Nikah kerana agama tiada jaminan bahagia berkekalan?😨 Baca dulu baru faham 👉Untuk yg dah kahwin dan bakal kahwin dan yg dah cukup umur je. 👉Yg belum cukup umur tu tunggu cukup umur dulu ye.