TANDA PUTUS ASA
Hilang harapan yang menjadikan pertengkaran itu suatu kebencian dan bukan lagi kemarahan, ada tanda-tandanya.
“Emm, tak apalah. Dah awak cakap macam tu, saya terima sahajalah!”, kata si isteri semasa membalas cakap suami.
“Kalau tak kerana anak-anak, tak tahulah apa yang saya akan buat. Sebab kesiankan mereka sahajalah saya bertahan seperti ini”, balas si suami.
Kedua-dua ayat ini adalah ayat putus asa. Ayat yang sudah tidak terkandung di dalamnya sebarang harapan. Persamaan di antara kedua-dua ayat ini ialah suami dan isteri memberhentikan proses berbincang sebelum sampai kepada penyelesaian. Membiarkan krisis antara mereka terbantut dan menjadi sampah yang disapu ke bawah karpet!
Sesungguhnya tatkala seorang suami dan isteri tiba kepada perbalahan yang kritikal seperti ini, ingatlah suatu perkara…tanyalah dengan jujur dan ikhlas ke dalam diri masing-masing APAKAH TIADA LAGI CINTA? Kenangkan kembali saat-saat cincin disarung ke jari, tatkala bibir suami mengucup dahi isteri… apakah semua itu sudah tiada makna? Saat melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”, rasakan kembali perasaan hati tatkala menyebut nama wanita yang melengkapkan ayat itu…
Moga pertengkaran hanya sebuah kemarahan, dan bukan kebencian.
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya
Spirituale-Completed- Nikah kerana agama tiada jaminan bahagia berkekalan?😨 Baca dulu baru faham 👉Untuk yg dah kahwin dan bakal kahwin dan yg dah cukup umur je. 👉Yg belum cukup umur tu tunggu cukup umur dulu ye.