Part 7

102 5 0
                                    

MARAH VS BENCI

"Soalnya bagaimana, ustaz?" tanya seorang teman.

"Pisahkan antara MARAH dan BENCI," itu yang terdaya saya katakan.

Ya, jangan disembunyikan kemarahan. Suami berhak untuk marah kepada isteri. Isteri juga jangan simpan dan pendam marahnya terhadap suami. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi berdendam. Tetapi dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi kebencian. Janganlah dibenci isteri yang sedang mengamuk, atau suami yang sedang membatu.

"Bagaimana mahu dibezakan di antara MARAH dan BENCI?", soal sahabat saya ini lagi.

Syukur juga sesekali mendapat regu berbual tentang hal-hal sebegini.

"Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!", saya menyambung bicara.

Sungguh tipis beza di antara MARAH dan BENCI. Namun untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal diri. Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku? Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.

Aku Terima NikahnyaWhere stories live. Discover now