B

1.3K 59 5
                                    

ISHA's POV

"Engkau gila ke !? kau tu perempuan, kau tahu tak?!" marahku pada milah.

Dia ni tak sedar diri betullah. Ada hati nak melawan orang lain. Milah ni nampak je ayu tapi dia ni kasar sebenarnya. Maklumlah gadis kampung yang jenis lasak. Kalau kat kampung, dialah raja segala kera. Terer habis weh panjat pokok. Aku yang tak pandai panjat pokok kat kampung tu. Kalau kami nak air kelapa dialah yang sanggup panjat pokok kelapa. Haha. Tapi kat sini dia kena paksa pakai pakaian kewanitaan sikit. Sambung dengan amarah aku pada budak ni.

"Gila apa nya? Dia yang langar kau, pastu dia nak marah kau kenapa? Mestilah aku marah." Dia pertahankan dirinya.

"Kau tak happy ke BFF kau protect kau?" dia kata sambil buat puppy eyes nya.

"Bukannya aku tak happy, tapi aku risau takut apa-apa terjadi kat kau."

"Aaaawwwww, sweetnya BFF aku niii."

"Dah lama dah aku ni sweet, baik, pandai, rajin kau je yang tak perasan."

"Eleh, perasaan kau je yang lebih. Hahhaha."

"Dahlah. Bila kita ni nak balik. Tadi kau janji kejap je." Aku bukannya taknak keluar dengan BFF aku yang gila ni tapi aku banyak lagi kerja nak buat. Aku nak balk sebab aku nak siapkan semua assignment secepat yang mungkin. Lagi-lagi kalau assignment tu dalam group. Bukan apa, sesetengah manusia ni pemalas na'auzubillah himinisyaiton nirojim. Hahaha... over pulak .. hahaha. Aku dah kena pada waktu semester satu dulu. Nasib baik masih ada masa untuk hantar assignment. Majoriti assignment tu aku yang lengkapkan. Dia orang bagi aku satu page je untuk assignment tu. Diaorang ingat ni sekolah menangah lagi ke. Matured lah sikit. Ayat dah lah tunggang langgang, carca marba, kesian pulak aku pada cikgu dia orang. Haha.

"Yelah yelah. Tak ada kesabaran lansung." Kata milah

"Says the one who wanted to kill a man." Balasku padanya.

"Malas nak layan. Aku call Amir jap nak suruh dia ambil kita kat sini."

Aku duduk kat kerusi yang disediakan di luar KFC untuk pelanggan yang makan di situ, tapi aku duduk je. Malas nak bazir duit lagi kat shopping mall ni. Lagipun aku lebih prefer Mc Donald berbanding KFC hahaha. Sebab air kat Mcd boleh di refill je haha. Sambil aku menanti sahabat baikku habis bercengkerama dibawah bulan purnama dengan pujaan hatinya menggunakan iphone sebagai penghubung, aku usha sikit lelaki yang lalu lalang kat shopping mall tu. Jam sekarang menunjukkan 9:10 malam. Tapi semakin ramai pulak manusia masuk dalam shopping mall. Midnight movie kot. Malas aku nak berprasangka buruk takde faedah. Ramai jugak lelaki handsome kat sini. Maklumlah shooping mall ni memang terkenal dengan pakaian bergaya. Kalau orang nak outing kat sini memang dia orang akan bergaya mengalahkan model dalam fashion show. Tapi aku still anggap diorang pandai berfesyen, kalau dibanding dengan aku yang hanya mengenakan seluar jeans longgar dan baju ku beli di pasar malam.

Sedang aku melihat or more to stalking orang kat luar shopping mall ni, aku terlihat orang yang aku langgar dalam tempat karaoke tadi. Dia berjalan keluar dari pintu utama shopping mall dengan perempuan yang sama aku tengok dengan dia dalam tempat karaoke tadi. Aku perhati wajah lelaki tadi dengan teliti sebab dalam tempat karaoke tadi aku hanya membawa padanganku kearah lantai. Dia memiliki rupa yang of course handsome gila habis. Haha. Dia berjalan menuju kearah tempat letak kereta beriringan sambil merangkul pinggang perempuan yang bersama dengannya. 'Oooo, straight rupanya.' Aku monolog. 'Mestilah dia straight takkanlah dia gay. Ada perempuan kot kat tepi.' Marahku pada diri. Aku lihat perempuan tu happy gila berjalan dengan lelaki tu. Mungkin dapat kot malam ni. Haha. Tapi lelaki tu buat muka selamba je, takde perasaan ke lelaki tu.

"HOI!" aku di kejutkan dengan suara sahabat yang kurang asam ku. Aku hirup udara untuk melegakan degupan jantungku.

"Sah kau ni gila sebenarnya. Tak boleh ke kau jadi manusia berhemah macam orang lain. Bagi salam cukuplah. Tak yah nak jerit kat telinga aku ni."

En. Bad Boy nak A ? (boyxboy)Where stories live. Discover now