C

1.1K 53 3
                                    

ISHA'S P.O.V

"ISHA.... kau lah satu-satunya best friend aku yang aku ada, sahabat sejati sehidup semati. Handsomenya engkau harini, wangi lagi." Milah bersuara.

Budak bertuah yang ku gelarkan sahabat aku ni, kalau puji aku melambung sampai ke angkasa ni, mesti ada sesuatu yang dia nak sebenarnya dari aku. Tapi salah satunya bukan duitlah. Diapun tahu yang aku tak banyak duit sekarang ni. Hahaha. Sebenarnya tiap hari aku tak banyak duit. So dia akan minta apa-apa je yang bukan berkaitan dengan duit.

"Hmmmm. Kau nak apa? Tak payah nak puji sangat lah. Aku tahu kau nak sesuatu. Cakap!" demand ku pada milah.

"Hehehe, kau ahli nujum ke ? macam mana kau tahu aku nak something. Kau belajar dari pak belalang eh...?" canda milah.

"Takda masa aku nak belajar dari pak belalang. Lebih baik aku belajar untuk test construction economics je untuk minggu depan."

"Haaaa. Itulah yang aku nak cakap sebenarnya. Aku nak pinjam notes kau sebenarnya nak fotostet dan kerja tutorial untuk Construction technology. Hehe. Alaa, notes kau kan kemas dan senanglah aku nak faham and jawapan tutorial kau pun selalu betul. Tolonglah." Betul tak tekaan aku. Haha.

"Dah agak dah. Takda makna manusia zaman sekarang puji melabung tanpa ada niat lain, milah. Kejap!" aku mencari apa yang diminta oleh milah dalam beg sandang ku yang berjenama body glove. Beg ni dah lama jugaklah, sejak aku form 5 lagi. Ibu aku kasi time awal tahun form 5. Haha. Time tu aku happy giler dapat beg baru dari ibu. Aku jaga betul-betul beg tu. Alhamdulilah sampai sekarang masih lagi beg ni berjasa pada aku.

"Nah! Tapi jangan rosakkan tutorial aku tu. Kalau aku cek kertas aku tu rosak, aku nak kau tulis semula untuk aku. Faham tak?!" amaranku pada milah.

"Baik tuan Isha !" kata milah dengan kuat sambil berdiri dan membuat tabik hormat kat aku.

"Dah, pergi sana jangan nak menggila kat sini. Nanti ada juga van rumah sakit jiwa datang tangkap kau."

"Okaylah encik tak sakit jiwa, dahlah bye Isha and thanks untuk ni." Katanya sambil mengangkat buku dan kertas yang aku bagi tadi.

"Sama" balasku sepatah.

Alhamdulillah. Pergi jugak budak gila yang ku namakan sahabat tu. Bukan nya aku tak suka dengan kehadiran dia, tapi sometimes aku perlukan masa bersendirian. You know, masa untuk kita bebas sebentar dari masalah yang takdir dah ditentukaan kepadaa kita sejak kecil lagi. Aku kekadang memang suka masa aku bersendiri dengan duduk kat bangku taman sendiri sambil melihat pergerakan manusia di sekeliling kita. Kadang aku suka lepak di tempat yang sunyi sikit tapi masih boleh dapat melihat manusia dan melihat bintang di angkasa pada waktu malam.

These kinds of things actually make me very calm and well-together. Tetapi lain manusia lain perangai dan minat terhadap sesuatu. Ada yang lebih suka dengan kawan bergaul dan have fun bak kata orang putih You Only Live Once (YOLO). Ada yang minat nak buat body or having body goals, akan ke gym dan bersenam untuk melepaskan stress diri. Tapi tak kisah lah nak yang macam mana, as long as semua happy.

"WEHHHHHHH"

Rupanya kebahagiakan tak kekal lama. Adoooyai, siapa pulak nak kacau aku ni. Memang tak leh tengok aku ni bahagia sampai syurga ke.

"Hahahaha. Hai Isha. Best tak dapat suprise dari kita orang." Kata si penyakat kat kampus ni.

Memperkenalkan tukang sakat seluruh universiti Omar dan Ariff. Kembar yang dilahirkan dari lain ibu, lain bapa, lain keluarga, dan lain tarikh lahir. Hahah. Mereka berdua ni suka sangat menyakat semua umat manusia di dalam universiti ni. Sampai ke pensyarah sekali mereka sakatkan. Haha. Sometimes they are quite annoying but still suka tengok mereka sakat orang.

En. Bad Boy nak A ? (boyxboy)Where stories live. Discover now