Bab 3

34 1 0
                                    

Kereta yang dipandu oleh Zulaikha di berhenti di R&R.

"Okay. Kita dah jauh dah lari daripada diorang harap harap lah diorang tak jumpa kita kan" zulaikha mengosok perlahan tengkuknya akibat keletihan.

"Aku pon harap macam tu lah Ika" mata aku melilau kawasan aku dan Zulaikha.

"Jom keluar. Kita makan. Aku lapar ni. Lagipom perjalanan kita jauh lagi. Terengganu kot."

Aku hanya mengangguk sekilas dan keluar dari perut kereta Gen-2 itu. Aku dan Zulaikha menuju ke arah kedai makan yang dalam R&R.

"Ily kau nak makan apa?"

"Apa apa je lah janji sedap"

Zulaikha memesan nasi goreng cina dua dan milo ais dua. Itu ialah kegemaran kami.

"Sampai dekat kampung aku kau nak buat apa kat sana nanti?" Zulaikha terus bertanya kepada aku.

"Aku plan nak tumpang rumah lama kau kat sana. Then nak cari kerja. Bla Bla Bla. Boleh tak?"

Aku mengangkat kening aku sebelah. Zulaikha aku nampak tersenyum lebar.

"Gila kau Ily tak boleh. Aku lagi suka! Aku pom dah muak dengan bandar tu. Dah la sesak" tersenyum gembira apabila Ilyana mahu tinggal di rumah lamanya.

Rumah itu peninggalan arwah ibubapanya. Sudah lama ditinggalkan begitu saja. Dia datang ke KL ni sebab nak mulakan hidup baru. Tapi tak sampai dua tahun. Dia sudah bosan. Rindu kampung halamannya semakin membuak.

Mujur dia berjumpa dengan Ilyana. Keluarganya agak pelik sedikit haha. Ok kembali ke topik Ilyana.

"Aku dah agak kau akan bagi"

"Woi! Gila tak bagi aku lama dah rindu kampung aku. Alang alang kau nak tinggal kat kampung aku. Kau buat je lah macam rumah kau sendiri Ily"

Makanan dan minuman yang dipesannya akhirnya sampai ke meja. Dua manusia itu terus melatah hingga licin.

Sampai saja dikereta Zulaikha memegang bahu aku. Kaki dia aku tengok terkepik kepik ni tak lain lah ni. Aku hanya diam dan mengangkat kening sebelah.

"Kau tunggu sini kejap. Ni kunci kereta aku nak gi toilet jap. Aku tak tahan lahhh!!"

Seusai menyerah kunci kereta Zulaikha terus pergi dan berlari. Aku hanya mengeleng perlahan dan masuk ke dalam perut kereta milik kawannya.

Telefon di dalam beg aku terus aku ambil. Dihidupkan handset. Aku terus menekan poswod dan muncul panggilan tak dijawab dari keluarga aku dan aku mengerutkan dahi. Ni nombor siapa pulak ni?.

Aku hanya abaikan saja. Terus aku membuka game sementara menunggu kawan rapatnya iaitu Zulaikha.

Aku menoleh ke arah jam tangan yang aku pakai sekarang.

"Mak oi. Lambat gila minah ni. Kencing ke berak tu yang lama sangat kat tandas?" Aku merungut perlahan sambil matanya melilau ke kawasan itu.

Pintu kereta di sebelah pemandu di buka. Terkejut aku.

"Hehe sorry lambat. Aku sakit perut la.. tadi rasa nak kencing je sekali sampai sana aku berak la pulak"

"No problem. Kau penat tak. Meh aku drive pulak?"

Ingat aku tak de lesen ke? Lepas aku spm terus aku ambil lesen kereta tau.

"Aku dah masuk dah kau baru tanya aku penat ke tak Ily." Zulaikha merengek perlahan sebijik budak.

"Lah kau tunggu ke aku tanya tadi?" Aku terus menyoal.

"Tak juga saja je. Memandangkan sekarang ni kita nak pergi kampung aku. Eloklah aku yang drive. Kalau kau yang drive. Hutan simpan mana pulak kau masuk nanti"

Aku menjeling sekilas dan ketawa. Memang pernah terjadi dulu. Aku nak pergi kampung Zulaikha tapi hutan simpang larangan mana entah aku masuk. Maybe hutan simpan bunga larangan? Bunga larangan?? Aku ni bunga apa?

Zulaikha terus memandu dengan tenang. Dan aku tiba tiba terlelap di seat sebelah pemandu. Dengkuran halus kedengan. Zulaikha memandang aku dan menggeleng perlahan. Dia terus fokus memandu. Radio diperlahankan supaya tidak menganggu Ilyana.

Segalanya Buatmu Kasih *slow Update*Where stories live. Discover now