Peluang

167 5 0
                                    

Aq tak tahu kenapa sampai sekarang aq tak boleh move on dengan dia. Bukan nya aq cinta mati dekat dia pun. Dia?

~.~.~

Riz. Aq kenal dia through sosial media nowadays. Aq pun masa tuh di alam remaja lagi. Masih bodoh. Sifat nak mencuba segalanya, haa masa itu lah aq start segala benda yang aq tak sepatutnya buat.

15 tahun. Umur aq time aq first time buat Facebook. Haha masa tuh popular gila beb zaman Fb nih. Sana sini Fb. Hampir semua orang cakap pasal Fb kat sekolah aq. Sengal betul. Aq yang naik menyampah asyik orang minta nama Fb aq lah, suruh buat lah, sedangkan aq tak ada pun apa nama binatang media sosial nih.

Akhir tahun. Akhirnya aq buat Fb. Itupun sebab nak rasa and nak tahu feeling dak-dak NOOB baru nak up nih. Aq baik weyh time tuh. Tak kisah korang percaya ke tak tapi aq time tuh cakap perkataan "bodoh" pun tak pernah. Suci giler beb.

Request. Aq terima request kenkawan sekolah aq pada mulanya. Fb tuh pun bukan kepunyaan aq seorang, share dengan siblings aq kott.

Tahun baru. Aq mula rasa selesa dengan kisah muka buku nih. Tapi aq tak puas. Aq tak boleh buat apa yang aq nak dengan Fb yang dipenuhi kawan sekolah aq. Aq tak nak dorang kenal aq.

Akaun baru. Aq suka dengan pembaharuan nih. Akaun Fb aq yang baru, aq boleh buat apa sahaja yang aq suka. Tak ada siapa kenal aq. Aq mula add and request entah siapa-siapa yang aq jumpa. Tak kira bangsa, agama, rupa. Entah mamat minah mana aq sambar add request approved semua aq pun tak tahu macam mana aq boleh hilang akal macam tuh sekali.

Riz. Aq jumpa dia dalam Fb baru nih. Dia tak handsome pun. Tapi tak jugak hodoh. Gila kau hodoh lari aq. Haha dia Melayu. Sama macam aq. Daripada banyak-banyak orang yang aq jumpa. Aq speaking semuanya. Iyelah dah memacam bangsa agama semua mana dorang tahu Malay. Tapi dengan Riz aq selesa. Sebab utama? Dia Melayu.

Form 4. Umur aq start kenal dia. 3 tahun lebih aq berkawan dengan dia. When i said "berkawan" means lebih daripada kawan. Tapi kitorang tak pernah jumpa. Chat or call melalui handphone je. Parents memasing tak tahu pun.

Jahat. Aq mula jahat bila kawan dengan dia. Technically aq tak kata dia jahat. Aq yang bengap tak pandai jaga diri. Dia dah memang macam tuh. Aq kenal dia siapa. Aq tahu dia siapa. Aq sayang dia, dia sayang aq. Malah kitorang fikirkan perkahwinan bersama.

Jauh. Kitorang tak boleh bersama sebab kitorang jauh. Jauh tempat. Bukan senang relationship jarak jauh. Aq dah beritahu parents aq mengenai dia. Diorang tak suka. Dan aq tahu sebabnya. Tapi aq tak boleh fight. Sebab aq seorang. And deep down, aq tahu aq memang tak akan dan tak boleh bersama dia.

Elak. Sejak dari tuh aq elak Riz. Aq block account dia. Aq block segala media sosial dia. Aq block contact dia. Aq delete segalanya pasal dia. Aq nak move on. Aq minta maaf. Aq dah beritahu Riz aq tak boleh bersama dia. Aq reject dia dalam hidup aq.

Whatsapp. Melalui applikasi tuh aq contact dia balik. Aq tak tahan. Aq tak move on. Aq cari dia balik. Aq unblock. Try to be nice with him back. And aq declare yang aq nak couple dengan dia. Aq nak serious. Aq tak kisah apa parents aq nak cakap. Turns out dia reject. Riz reject aq.

Broken. Sakit giler weyh. Sakit sangat. Sepanjang ketiadaan aq rupanya Riz dah give up dengan aq. Dia yang move on. Bukan aq. Dia dah ada orang baru. Awek baru. Not actually yang baru but awek dia yang lama, ex dia datang balik. And dorang couple. Dan aq pulak baru menyemak datang cari dia time dia dah move on dengan aq.

Selfish. Aq yang salah. Aq buat dia menunggu. Bukan sekali sebenarnya. Aq terima dia then aq buang dia then aq terima balik then aq reject lagi. Many times. Sebab aq selfish. Aq nak dia tapi aq tahu aq tak boleh bersama dia. Tak akan boleh. Aq tahu aq tak akan bahagia tanpa restu parents aq. Sebab tuh aq tolak dia. But then bila aq rasa sunyi aq cari dia balik. As bila aq sedar balik yang aq tak boleh bersama dia, aq reject dia lagi.

Sabar. Riz banyak bersabar dengan aq. Kerenah aq. Kemanjaan aq. Ke-selfish-an aq. Everything. Dia selalu mengalah dengan aq. Iye aq sayang dia. Tapi itu dulu.

University. Masa yang berlalu begitu pantas sehingga hubungan kami pun berlalu pantas. Aq move on. After that broken moment, aq move on. Betul-betul move on. At least that's what I'm hoping for. Aq block and delete contact dia lagi. Aq tak nak fikir pasal dia. Plus aq terlalu sibuk dengan kehidupan university aq. Banyak benda nak study.

Serabut. Aq serabut dengan study aq sampai aq lupa dia. Betul-betul lupa. Aq bahagia. Aq kembali kepada Pencipta aq. Serious aq bahagia.

Berubah. Rupanya Riz dah tak macam dulu. Suatu hari aq tetiba terfikir pasal dia dan aq unblock contact dia. Aq call dia. Dia borak macam biasa dengan aq. Tapi aq perasan sesuatu. Dia cold dengan aq. Kebanyakan benda yang dia cakap buat aq annoying dengan dia.

Sakit. Aq sakit. Aq tak tahu kenapa. Aq dah move on. Tapi aq sakit dengan layanan dia terhadap aq. Dia buat aq annoying. Dia cold dengan aq.

Tanya. Aq tanya dia kenapa dia buat aq macam tuh. Haha lawak giler bila dia cakap dia dah heartless. Dia jadi macam tuh sebab aq selfish. Sebab aq bagi harapan then pijak-pijak harapan tuh macam sampah depan mata dia.

Seal. Jawapan dia bila aq tanya dia sayang aq ke tak. Dia sayang aq. Ya dia sayang aq. Masih lagi. Tapi dia seal perasaan tuh dalam-dalam sebab dia kenal aq. Dia tahu aq tak boleh bersama dia. Sebab Riz sayang aq, Riz seal aq.

Kawan. Tuh status aq dengan dia sekarang. Aq terima. Aq tak boleh buat apa-apa dengan keputusan tuh. Aq redha.

Call. Baru-baru nih aq call dia. Saja nak tanya khabar dia. Dah lama aq tak contact dia. Tapi setiap kali aq dengar suara dia, aq jadi lain. Aq manja. Aq jadi manja bila dengar suara dia. Dia tegur aq. Dia tergelak. Wow sungguh aq rindu suara gelak tawa dia. "Kenapa tetiba manja pulak nih?" Aq terdiam. Aq tak tahu nak jawab apa. Sebab aq tak pura-pura. Aq automatically manja bila dengan dia. That moment aq realize. Aq tak move on dengan dia.

Ina. Ina tak sepenuhnya move on dengan Riz. Apa patut Ina buat?

ImpresiWhere stories live. Discover now