Fizikal

39 4 2
                                    

Kelopak mata bertemakan corak hazel matanya dikerdipkan sekali, sambil melihat reaksi manusia-manusia yang tak reti bersyukur nih.

"Haih.. " sedikit keluhan dilepaskan apabila dia sedar yang dia diperhatikan oleh beberapa insan di keliling nya. 'Baik aq blah' desis hati yang tak berapa kecil tuh.

Sepanjang perjalanan Rania dari rumah ke luar, tak kira ke mana saja, dia akan di perhatikan. Bukan sekali, bukan dua kali, malah bukan lima kali nya.

Nak kata Rania nih berpakaian sendat? Dok ah.
Nak kata Rania nih free hair? Dok ah.

Elok je pakaian bersaiz M menutupi badan nya yang bersaiz S. Tak ada apa-apa yang sepatutnya patut di lihat.

Habis tuh apa doh? Well penyebab utama, Rania lawa.

Yesh Rania lawa, Rania cantik, Rania flawless. Even ruang pori wajahnya kelihatan cantik. Rania tahu dia cantik. Dia tahu dia cantik menarik dan tebabom. Tapi dia tak pernah anggap serious.

Kenapa? Sebab fizikal nya hanya sementara. Tak ramai tahu yang Rania bunuh ramai orang untuk kecantikan nih.

Ya, bunuh manusia-manusia berhati hitam di luar sana dan siat-siat otak diorang. Kunyah dan hadam segala isi sehingga lumat.

Biar hancur.
Biar lupus.
Biar hilang ditelan arus ketamakan dunia.

Technically memang itu aktiviti harian Rania. Memerhati gelagat manusia yang tak reti dan tak pandai bersyukur dengan nikmat yang sedia ada.

Rania pun-
"Hoi tak da otak ke?! " tengking seorang lelaki apabila badannya menemui suatu perlanggaran yang tak berapa nak kuat pun sebenarnya daripada hujung bahu kanan nya, walhal insan yang boleh digelarkan sebagai pemuda nih yang tak pandai tengok keliling apabila sibuk berbual di telefon bimbit bersaiz rectangle nya tuh.

Rania menoleh. Pemuda tersebut terpaku. Terdiam terkelu tak bersuara.

"Maaf-"
"Eh tak pa tak pa, saya yang salah tak tengok jalan tadi.. " pintas si pemuda berbaju belang sambil tersengih-sengih macam orang tak betul a.k.a gatal, miang atau seumpamanya.

Rania pantas menoleh. Berlalu pergi tanpa lengah lagi. Langkah kaki diteruskan.

"Weyh kau tau tak minah comot time Form 4 dulu?"

"yang mana ek? "

"alahh yang pendek-pendek, muka penuh jerawat pergh giler comot aq tengok. Dia tak annoyed ke dengan muka dia tu hah? "

"oh a'ah dia. Haa kenapa kau tetiba mention pasal dia? Dia makin hodoh ke sekarang? Haha"

"haha tak ar, sebab tadi ada promoter bagi flyers kat aq. Aq tak pandang pun, malas aq nak layan. Dah dia asyik hulur aq terpaksa ar ambik. Time aq tengok muka dia pergh terus teringat minah comot tuh. Sama siott..muka pecah macam tuh ada hati nak jadi promoter produk haha"

"haha kurang asam keping betul kau ni. Patut aq tengok kau terkebil-kebil tengok promoter tadi. Ingat kan kau dah jatuh hati kat muka hodoh dia hahahah"

"agak-agak lah weyh muka hodoh camtu siapa nak hairan hahahah"

Perbualan sepintas lalu yang didengari Rania tidak mengganggu pemikiran tenang nya ketika ini. Itulah contoh-contoh makhluk tak bersyukur. Khusyuk memperkatakan mengenai hal orang lain sedangkan diri sendiri pun bukan nya perfect. Tali kasut dahlah-

"Weyh weyhhh tali kasut aq tersekat kat elevator!"

"kepala hotak kau asal tak ikat tadi??"

"habis tuh macam mana ni weyhhh weyhh kaki aq tertarik sekali nihhh! "

Tali kasut dahlah- tak berikat.
Salah siapa? Tuhan balas cash. Salah Rania ke tak tegur mengenai tali kasut tak berikat dia? Atau salah Rania ke tak tegur diorang yang mengumpat tuh dosa?

Orang ramai mulai kerumun tempat kejadian. Rania teruskan melangkah. Dia tak ambil kisah dengan semua tuh. Dalam fikiran nya hanya tergambar bonda tercinta nya menunggu kepulangan diri nya.

'Kena cepat balik nih.. ' hati nya berkata-kata.

Penantian kan suatu penyeksaan?
Tak baik buat orang menunggu apatah lagi buat Tuhan menunggu taubat kau yang tak kunjung tiba.

Hidup sentiasa perlukan perubahan.



Siapa sangka minah pendek comot hodoh berjerawat dulu tuh adalah si cantik Rania sekarang?

ImpresiWhere stories live. Discover now