Date

55 4 0
                                    

"Awak kat mana nih? Da sejam lebih saya tunggu. Bila nak sampai? " - Aliff

"Ada masalah sikit dengan bas. Jap eh. Harap-harap cepat sikitlah bas nih. Sorry tau" - Ria

~.~.~

Okay first and foremost, aq tak suka dia. Siapa dia? Well dia adalah orang yang suka aq. Dia lah insan caring yang selalu teman aq kalau aq dalam kesusahan. Termasuklah tetiba belanja aq kredit prepaid topup time aq kata aq tak ada kredit nak call sesiapa. Ya, Aliff orang nya.

As I said, aq tak suka dia. Sebabnya? Sebab dia bukan taste aq. Jujur aq cakap. Tapi dia baik. Sangat baik. Dia care pasal family dia, kenkawan dia, aq pun termasuk dalam list tuh. Macam mana dia suka aq? Well Aliff cakap aq baik. Sesuai jadi isteri solehah. Susah nak jumpa girl macam aq zaman sekarang. Itu berdasarkan opinion dia. Aq tak cakap apa-apa okay.

Then one fine day, Aliff call aq. Dia ajak jumpa. Aq tak nak. Sebenarnya ini bukan pertama kali dia ajak aq keluar untuk jumpa dia. Kalau nak dikira, tak terkira weyh. Kenapa aq tolak? Sebab aq tak nak tambah dosa. Aq tak lah baik mana. And that's why aq cakap aq tak nak TAMBAH DOSA. Please lah. Susah nak dapat pahala zaman sekarang nih. Memacam dugaan. Sabar je lah.

Aliff tak putus asa tau. Dalam seminggu tuh beberapa kali dia call aq. Ya aq tau aq bagi harapan dekat dia. Tapi serious, aq tak sampai hati. Dia betul-betul sayang aq, aq tahu tuh. And selain tambah dosa kalau aq jumpa dia, aq takut aq tambah harapan dekat dia. Aq tahu aq tak nak dekat dia and yet aq nak bagi lagi harapan dekat dia? No way.

Tapi aq tak sampai hati. Then aq decide yang aq nak jumpa dia. But aq dah niat awal-awal and aq dah beritahu dia awal-awal yang this date is for the first and the last. No more after this. Aliff bersetuju and kitorang pun deal tarikh and tempat yang sesuai.

Aq tak beritahu parents aq. Tapi aq tak jumpa dia seorang. Aq minta kawan aq teman. Aliff pun bawa buddy dia. Kitorang jumpa dekat mall near by my study place sebab memang tempat tuh sahaja yang aq rasa secure.

Aq tak sangka dia setuju dengan cadangan aq pada mulanya. Why? Sebab Aliff tak pernah pergi mall yang aq decide nih. Dia tak secure dengan tempat yang dia tak biasa pergi. Tapi dia tetap setuju. Sebab aq yang minta. He had no choice. It's now or never. Lagipun dia kan sayang aq? Pfft.

Tiba hari kejadian, aq pakai biasa-biasa je. Seluar slack hitam bersama kemeja modern (which not really a kemeja) with tudung bawal berwarna jingga. Aliff tunggu aq dekat Food Court mall tuh. Aq lewat satu jam setengah. Semua salah bas haha. Tapi tak apa. Aliff sanggup tunggu. Aq dah beritahu awal-awal bas ada problem tapi dia tetap nak jumpa so okay, aq teruskan.

Aq malu sebenarnya. Segan, nervous, curious semua ada. Sebab aq tak pernah jumpa dia. Niat aq cuma nak balas balik semua kebaikan yang dia bagi dekat aq selama nih. Just that. And no more after this. Aq ingat dengan date nih berakhir, maka berakhir hubungan aq dengan dia.

Then dipendek kan cerita, aq nampak dua orang lelaki. Seorang pendek, seorang tinggi. Seorang berseluar panjang, seorang berseluar pendek. Turns out Aliff yang pendek tuh hehe. Dia pun curious mana satu aq masa pandang sesama sendiri tuh. Sebab aq bersama kawan aq waktu tuh remember?

Yang tak best nya dia pandang aq atas bawah. Aq tak suka. Aq tak selesa. Aq beritahu Aliff aq tak suka dia pandang aq macam tuh. Dia faham dan akur. He said he just observe my appearances. Well whatever asal dia tak buat bukan-bukan sudah.

Aq perasan yang cara pandangan dia ke aq lain. Wei bukan pandangan pervert tuh. Pandangan kasih. Pandangan sayang. Yes aq nampak dalam mata dia. That moment, aq nampak yang dia betul-betul suka kan aq. Dia bahagia waktu tuh. Somehow aq rasa sedih. Sebab aq tak dapat balas pandangan yang sama dekat dia.

Okay guys ingat kawan aq lagi? Ya dia masih di sana. Tapi kawan Aliff dah blah awal-awal sebab dia ada urusan lain pula. Kawan aq? Ya aq kesian giler sebab dia nampak sangat awkward dalam situasi tuh. Speak of the devil, tetiba kawan kepada kawan aq datang tegur kawan aq. Then kawan aq minta diri nak teman kawan dia shopping dekat situ.

Susah payah aq halang dia sebab aq tak nak berdua dengan Aliff! Tapi memandangkan aq kesian dekat dia, well kalau she was there pun, dia awkward. So better I let her off to find some peace or a space to breath right? So dengan itu maka officially berdua lah aq dengan Aliff .

Krik krik. Aq diam. Sebab aq segan. Aq tak suka berdua dengan mana-mana lelaki who I barely know in person! Tapi Aliff pandai. Dia pandai buat aq tak awkward dengan situasi tuh. Dia buat aq ketawa. Dia tak pernah buat aq tak ketawa.

Aliff ajak aq jenjalan sekitar mall sebab dahlah itu first and last date, then nak habis kan waktu dekat food court je? Memang tak ar bro. Aq tak nak pada mulanya sebab aq tak nak terpisah dengan kawan aq yang mana kitorang janji nak jumpa dekat food court juga tak lama lepas tuh.

Tapi Aliff tak putus asa ajak aq jenjalan. "Jom ar Ria pls. Sekejap je lepas ni saya nak balik dah. Ade urusan lain. Jom? "

Bla bla bla masa terus berjalan. Dia asyik buat aq ketawa. Dia juga cuba untuk tak buat situasi tuh awkward sebab aq tak biasa dengan semua tuh. Aliff, dia lah first date aq. Lelaki pertama yang aq sudi keluar bersama. Itu pun niat aq untuk balas jasa baik dia selama nih.

1 jam berlalu. Date kitorang bukanlah dikira date actually. Aq anggap macam meeting je. Sebelum berpisah dia hulur something dekat aq. "Untuk apa? " Aq tanya.

"Balik naik bas kan? Ambik lah. Buat tambang. Saya belanja. Kan saya dah kata nak belanja awak. " Aq geleng. Aq tak ambil. Niat aq nak balas kebaikan dia. Termasuk duit topup prepaid sebelum nih. So kalau dia bagi lagi, tak terbalas tertunailah niat aq. Lagipun aq memang tak nak duit dia. Itu hak dia. Aq bukan sesiapa.

Aq tak nak susahkan dia. Cukuplah aq tak boleh balas perasaan dia, harapan dia, cukup.

Dia pergi. Aq pun pergi. Balik ke tempat memasing. Malam tuh sempat Aliff call aq. Dia berterima kasih. Aq lega hasrat aq dah tercapai. Aq dah balas kebaikan dia. Aq bagi dia kebahagiaan dalam masa 1 jam.

Lama kitorang tak contact. Walaupun sesekali Aliff call aq, aq tak angkat. Aq tak nak angkat. Aq tak nak bagi harapan. Sekali dah memadai.

Ada satu hari nih tetiba aq rasa nak angkat call dia. Itupun setelah beberapa minggu call dia aq biarkan. Button hijau ditekan. Telinga di tadah.

"Ria, jom kahwin dengan saya." - Aliff

ImpresiWhere stories live. Discover now