Fizikall

23 4 2
                                    

Manusia nih ada pelbagai jenis, pelbagai kemahuan, pelbagai persepsi.

Ada yang berguna, ada yang macam lahanat, ada yang bermotivasi dan berinovasi lagi positif dan menarik.

The point is, tak semua benda yang dirancang akan diperoleh dengan mudah. Hm macam tak relate pun kan? Whatever.

Sampai satu tahap yang merangsang sel yang lain untuk berhubung, seseorang insan tuh akan automatically change to something new, different, and eccentric, no matter what kind of lifestyle will be adapt before or after that.

"Let's just do something naughty.."

Jasad dan minda yang tidak sepatutnya bersentuhan ditemukan menandakan moment-moment jahiliah sedang dilaksanakan.

That's just how human is. Easily adapt and influence with negative things. Makin dilarang makin dibuat. Makin ditegah makin seronok untuk dilakukan.

Manusia.

"Weyh kenapa aq tengok dia tu selalu duduk seorang je eh? Dia tak ada kawan ke?"

"Dia memang macam tuh lah kau tak tahu ke? Tak ada orang pun nak approach dia."

"Tapi kenapa? Aq tengok dia tak gaya budak jahat pun."

"Lahh yang kau curious sangat kau pergi lah tanya dia. Yang sibuk tanya aq pahal? Mana aq tahu haih"

Manusia. Keinginan dan curiga harus dipuaskan.

Berbeza dengan insan yang duduk berseorangan memerhati gelagat manusia di persekitaran padang sekolah yang tak berapa nak bersih tuh. Dengan tudung putih yang menutupi hampir separuh wajah kecilnya, bersama riak wajah yang tak dapat dilihat dek lipatan tudung yang tidak ditarik kebelakang, tiada siapa dapat melihat wajah si gadis sekiranya dia tidak menoleh.

Sengaja. Sebab? Dirinya tidak se-curiga seperti manusia dan insan yang lain. Dia tak kisah. Dia tak peduli. Dirinya yang keseorangan tidak cuba dicari perhatian daripada insan keliling.

Waktu di sekolah dihabiskan lagak budak sekolah rendah biasa. Nothing out of ordinary. Since dia start sekolah tadika lagi.

Kaki melangkah masuk ke dalam kawasan yang sangat dikenali. Baju sekolah masih belum ditukar. Jasad berhenti di tengah laluan di antara dapur dan ruang tamu. Entah kenapa di laluan tuh dia memilih untuk duduk, membuka stokin hitam putih typical school kids nowadays di kaki bersaiz 5 nya itu.

"..."

Stokin ditenung tanpa dibuka. Jari-jemari masih di hujung stokin.

Tis.

Sekali.

Dua kali.

Tiga kali.

Pipi nya basah buat kali ke empat dan seterusnya dek cecair jernih deras yang mengalir membasahi  pipinya secara tiba-tiba.

Perasaan sebak menujah secara berleluasa di pelusuk jiwa raga. Sedih, kecewa, geram, marah. Segalanya terhambur keluar melalui derasan air mata bersama tangisan yang tiada suara.

Tipu. Dia tipu. Tipu yang dia tak kisah. Tipu yang dia langsung tak sunyi. Tipu yang dia tak curiga. Sebab dia juga manusia. Dia juga insan. Insan yang mempunyai perasaan seperti makhluk yang lain.

Even pokok yang banyak daunnya apabila dicabut daunnya oleh manusia tak berperikemanusiaan akan sakit dan mengadu kepada Penciptanya supaya manusia yang melakukan perbuatan tak bermoral tuh ditimpa balasan yang setimpal.

Nampak simple but we just don't know how complex it can be.

Kaki yang melangkah keluar daripada bilik utama terhenti apabila dirasakan hairan melihat keberadaan anaknya di tengah laluan yang tidak sepatutnya manusia berada di situ memandangkan di situ tidak lah terletak sofa atau kerusi yang patut dikatakan sesuai untuk diduduki.

ImpresiWhere stories live. Discover now