Jatuh

7 0 0
                                    

Marwan P.O.V


Andai melupakan semudah ABC,
Tidak lah aq sakit seperti ini.
Tidak.

Even though I am not the one she prefer, she told me the effort is what that matter. 

Setiap hari aq cuba meluangkan masa untuk dia, bertanya khabar, memberi perhatian, I mean, bukan itu ke yang perempuan mahukan? Sebuah perhatian.

Aq tak cerah, tak tinggi, tak sado, tak seperti yang diidamkan oleh si dia. Tapi aq kuat bekerja. Untuk siapa? Masa hadapan aq dan dia juga. At least itu apa yang aq fikir dan mahukan.

Dia kata aq dan dia hanyalah kawan. 'Kawan sampai kahwin'. Itu kan maksud dia?

I mean, semua orang pun bermula dengan status seorang kawan. Then happily ever after. Kan?

Pertemuan pertama aq dan dia bukanlah cliche' seperti orang lain. Aq nak dia, so aq kena beranikan diri. Aq jumpa family dia sekali, bukan ke itu bermaksud aq memang nak serious dengan dia?

Adakah masih tak cukup?

Aq jenis berkawan memang kenal family sekali, even ex aq yang dulu, aq masih contact parents dia orang sekali sekala bertanya khabar. Tak baik putus silaturahim even we have nothing to do dengan anaknya lagi.

As saudara sesama Islam, that is just an ordinary thing to do kan?

Okay aq nak tanya. Pada pendapat kau orang, if kita dah tak ada apa-apa dengan anaknya, even anaknya dah kahwin, wajar tak kita contact parents nya just for asking their condition is?

Is it proper, or not?

Aq, entahlah. Aq tak rasa itu benda salah. Aq bukan rogol anak orang pun. Just a text would not hurt anybody I think.

Birthday dia, yes. Hari istimewa dia. Sepanjang hidup aq yang sekarang, aq memang tak ada komitmen hutang. Semua aq dah langsaikan beberapa tahun lalu. Setakat bagi parents aq setiap bulan tuh aq tak rasa heavy pun.

Aq pun jenis lelaki yang bukan kaki shopping. Online banking pun aq tak ada so shopping Shopee or Lazada memang tak tersenarai dalam bucket list hidup aq. Kuno? Maybe kau boleh consider aq kuno, kalau itu yang kau fikir.

In short, aq tak kata aq kaya. Aq cuma tak ada komitmen. So setakat belikan hadiah mewah untuk dia setahun sekali, memang aq tak kisah.

Eh tak, bukan dia minta. Dia tak pernah minta apa-apa daripada aq. Very well-behaved girl, sebab tuh aq suka dia. Aq cuma nak gembirakan dia. One of the way aq appreciate kehadiran dia dalam hidup aq.

Even kita orang jarang contact, aq sentiasa menanti dan merindui dirinya. Jarang contact? Yes. We used to be close. I mean, on-the-phone everyday, whatsapp tak pernah lupa, always reply to each other, aq sempat merasa semua kebahagiaan sementara tuh.

Aq tak tahu dia sedar atau tak sedar atau pura-pura tak sedar tentang perasaan aq terhadapnya. Aq nak halalkan dia. Orang kata kalau nak anaknya, pikat parents nya dulu. So aq confess dekat parents nya tentang perasaan murni aq.

Little did I knew, kebahagiaan sementara aq terhenti selepas detik itu.

Esoknya dia beritahu, dia nak stop contact aq. 


  

ImpresiWhere stories live. Discover now