Gentle

39 3 0
                                    

Aq patut approach dia dulu.
Ya, aq patut.
Sebab?

Aq kan gentleman.

~~~

Fahira. Dia gadis idaman aq. Sangat cantik. Sangat baik. Sangat memenuhi ciri-ciri seorang gadis yang aq harapkan.

Ya aq tahu dia tak perfect. Maybe bagi lelaki lain, Fahira seorang yang sangat pemalu. Tapi bagi aq, itu ciri-ciri yang perlu ada pada setiap gadis zaman serba canggih moden duniawi nih. Sifat pemalu tuh kan salah satu tanda kekuatan iman.

Ehh ya ke? Ah suka hati aq. Aq sayang dia. Mestilah aq puji dia. Ada ke orang yang sayang awek dia tapi still kutuk awek dia?

Apa? Ada? Itu lelaki taguna namanya.

Aq tak suka tengok Fahira approach lelaki lain. Aq tak suka tengok dia rapat dengan lelaki lain. Aq jealous. Aq tak nak. Aq tak nak Fahira pandang orang lain. Fahira aq punya. Haa kau yang pandang-pandang tuh. Pahal? Nak gaduh?

Meh sini kita PM tepi.

Apa-apa pun, aq yang selalu tegur dia. Fahira baik dengan aq. Dia tak pernah kasar dengan aq. Tapi kekadang aq wonder. Fahira suka aq ke? Fahira sayang aq ke? Memang dia layan aq, memang dia mesra dengan aq. Tapi mana tahu dia fake-kan diri dia selama nih sebab nak jaga hati sensitive aq nih kan?

Aq dah fikir masak-masak. Aq nak serious. Aq nak beritahu yang aq sayang dia.

.

Seminggu dah berlalu. Aq dah beritahu aq sayang dia. Fahira tak reply. Dia tak bagi respond. Aq takut. Takut dia benci aq. Takut aq akan kehilangan dia.

Oh, dah mati rupanya. Aq yang baling dia sampai patah.

Aq cuba hidupkan, tapi screen nya dah retak. Telefon pintar Fahira patah dua lepas aq baling ke lantai seminggu lepas. Sehari sebelum aq beritahu aq sayang dia. Patutlah, dia tak reply.

Ada-ada je aq nih.

Aq ingat nak belikan dia phone baru. Tapi nak jumpa dia pun susah. Dia kan gadis melayu terakhir. Aq kenal dia pun daripada family kawan aq. Diorang memang pesan yang Fahira tak rapat sangat dengan lelaki. Dia pemalu.

Aq faham. Aq tahu. Aq tahu dia pun sayang aq. Aq tak kisah. Tak kisah kalau dia tak nak serious. Sebab aq bukannya boleh paksa dia.

Fahira gadis yang berwawasan. Maksud aq, dia tak macam aq. Aq nakal. Suka berfoya-foya. Bukan di club, bukan di party, tapi di dalam otak aq sendiri.

Aq selalu bayangkan Fahira. Aq selalu fikir pasal dia. Aq tak nak. Aq tahu tuh tak patut. Tapi apa aq boleh buat? Aq kan manusia. Manusia kan insan yang lemah. Selalu terpesong.

Cehh, alasan.

Sejak phone dia rosak, aq tahu dia marah aq. Ya aq tahu salah aq. Aq bengang. Apakan daya, amarah menguasai diri.

Lalat tuh asyik hinggap dekat phone Fahira. Aq tak tahu apa masalah lalat tuh. Aq pukul, dia elak. Aq marah, dia tak pergi. Aq baling, dia mati.

Haa, kan senang.

Sekarang Fahira guna phone cikai. Kasihan Fahira. Maafkan aq, sayangku. Bukan salah aq, salah si mati tuh.

Sebulan dah berlalu, walaupun aq tahu Fahira dah tak marahkan aq, aq tak boleh move on.

Move on dari tak sayang kan dia.

Tapi aq kan gentle. Aq yang selalu approach dia. Dia tak kisah pun. Dia suka aq approach dia. Kitorang kan best friend.

Eh? 'Friend'?

Ya lah best friend je hubungan kitorang setakat nih. Tak boleh lebih.

Memanglah aq patut approach dia dulu.
Aq kan gentleman.

Tak kisah lah walaupun aq ni perempuan kan.

Ke aq patut tukar gender eh? Hm.

ImpresiWhere stories live. Discover now