L

24 5 0
                                    

" ALANG woi bila hang nak khawin , hah ?"

Aku sudah menjeling  biji mataku ke atas tanda menyampah dengan soalan yang boleh dikatakan asyik berkali-kali  ditanya aje bila time aku balik kampung . Aeishh !

Kalau diikutkan , boleh juling dah biji mata aku ni bila kerap sangat menjeling macamni . Gulai yang sudah dimasak ditutup api .

" mak .. tolonglah bagi alang sikit aje masa lagi . Alang nak membina ekonomi negara bagi stabil dulu , barulah alang kawin . Hesy mak ni .." aku merungut dekat mak .

Bila masuk aje part khawin ni , mulalah aku nak membebel macam mak nenek . Terasa menyampah pula bila bab khawin sering dipersoalkan oleh mak aku .

Along dengan angah dah khawin kan . Sampai beranak pinak dah family diorang . Along dah ada empat orang dah cahaya mata dia . Tambah-tambah lagi  angah . Hah angah lagilah sakan , tujuh orang sekaligus dia bagi . Kembar empat dengan kembar tiga .

Takkan cucu mak tak cukup lagi kut ?

" amboi , alang pikir alang tu najib ke sampai nak kena membina ekonomi negara bagai . Cakap tu tak serupa bikin kalah abang jib !" mak dah mula nak menyindir aku .

Aku hanya mendiamkan diri . Malas nak berbalah dengan mak . Karang tak pasal-pasal dapat dosa kering pulak .

" alang sedarlah .. umur alang tu dah lanjut . Umur yang dah wajib khawin dah anak oii ." Sambung mak lagi . Pisau ditangannya sedang beraksi memotong bawang . Kemudian mak menyeka tubir matanya yang berair akibat perih jus bawang terpercik semasa memotong bawang tadi . Hesy, makcik bawang betul !

" umur lanjut ape nyee makk .. alang baru 24 tahun . Kalau lanjut pun 40 tahun tu haa siap pakej menopaus macam mak ." kutuk aku dengan geram .

Hah ambik ! 'Seketul' aku bidas . Dah orang cakap taknak tu taknak la . Duh main paksa paksa pulak ! Aku istighfar dalam hati . Nak sejukkan diri yang tengah hangat apabila ditanya soalan-soalan yang bikin aku berapi je bila dengar.

Eyy kalau diikutkan hati , nak aje aku cekik cekik mak aku sampai pengsan . Tapi bila pikir balik, kang aku kene sumpah pulak dengan mak sebab jadi si tanggang. Huishh, mintak simpang !

" hei , sapa kata mak dah menopaus ? Mulut hang ni alang , kalau boleh jahit dah lama mak jahit . Biar bagi alang bisu . Cakap ikut sedap mulut aje !"

Mak sudah bangun dari bersila . Kemudian dia beralih ke singki untuk membasuh bawang besar dan bendi untuk dimasak .

" please la mak . Alang tak ready lagilah nak berumahtangga bagai . Serius tak ready ! Kasi lah alang kaya sikit ke , barulah ada feel nak khawin ." Aku memujuk mak . Pujukan aku ni harus disertai dengan rengekan manja yang mengada-ngada bagi mak cair. Haa, kalau dia berubah hati maknanya aku ni dikira champion memujuk jugak la di kalangan abang-abang aku ni. hehe..

Wanita dihadapan aku ini bukan boleh dibuat main . Kalau dia kata A , maka A lahh kena ikut . Pantang sangat kalau ada yang tak dengar cakap , hah makan cubitan ketamlah jawabnya .

Teringat pulak zaman kanak kanak dedulu . Paling buas dekat kampung ni kami tiga beradik lah ! Aku , along dengan angah time tu tengah buat operasi mencuri buah mata kucing dekat depan rumah ketua kampung .

Punyalah terliur kami bertiga bila nampak buah dekat atas pokok tu seakan melambai lambai aje memanggil kami untuk ditpetik . Memang tak tunggu dah . Mintak izin pun tidak terus along dengan angah panjat pokok tersebut dan aku dibawah menjadi tukang kutip buah mata kucing .

Bila mak dapat tahu aje kami senyap senyap curik buah mata kucing milik ketua kampung , laju aje mak kejar kami keliling kampung sambil bawak parang sebab perangai kami bertiga memalukan mak . Sadis sia ! Ala normal lah tu, kecik-kecik tau ape ?

The Lepat Pisang (lovestory)Where stories live. Discover now