T

12 3 0
                                    

PADA suatu pagi yang indah , burung burung pun berkicauan . Aku yang terlungkap di atas katil terasa malas pula hendak bangun . Biasalah hujung minggu dan bendera jepun aku sedang berkibar . So , aku memang terlajak tidur habis sampai pukul 10 pagi baru terjaga . Nikmat tidur oh !

Setelah bangun dan mandi , aku bersarapan simple sambil melayan kartun . Pepagi hujung minggu macamni memang banyak sungguh lah kartun yang ditayang .

Ah terasa malas pulak nak keluar namun terpaksa memandangkan peti ais dalam rumah aku ni sudah seperti nyawa nyawa ikan kerana hampir kosong barangan basah dan seangkatan dengannya .

So aku mengambil keputusan untuk membasuh kereta dululah sebelum berangkat ke shopping mall pada pukul 12 tengahari . Sekali lunch dekat sana .

Sorang sorang aje aku pergi . Biasalah orang lonely . Pfttt ...

Pagar rumah aku biarkan terbuka memandangkan harini hari cuti , so ramai lah jiran dan anak anak diorang melepak ke kawasan kejiranan mereka . Meriah lah sikit .

Aku meneruskan menyental tayar kereta sambil mendengar lagu yang dipasang oleh ipod . Hang nak jerit ka hape ka memang kirim salam lah sebab telingaku disumbat earphone . Dahtu aku pasang volume out habis pulak tu . Haih , tak sayang telinga betul aku nih !

Tetiba aku terperasankan sebuah lori besar berhenti di depan pagar rumah aku . Eh apehal pulak dahni ?

Aku menutup lagu kemudian berjalan mendekati lori tersebut lalu meninjau tinjau melihat isi belakang lori itu setelah dibuka pintu .

Oh , ada orang pindah . Sebelah rumah aku pulak tu !

Sebenarnya , sebelah kiri rumah teres aku ni memang kosong pun sejak lima bulan lepas . Owner dulunya merupakan sebuah keluarga berbangsa cina iaitu uncle sam . Well diorang ni boleh dikatakan ramah jugaklah . Tapi , tidak lama kemudian uncle sam dapat naik pangkat dan terpaksa dipindahkan ke amerika syarikat . Sebab itulah mereka pindah dan rumah tersebut terus kosong tidak berpenghuni . Uih , untung bebenor depa .

Aku malas nak ambik port melihat pekerja yang mungkin diupah untuk memunggah barang pindahan terus berlalu menyambung mencuci Axiaku .

Alah , nanti nantilah aku sapa . Lagipun jiran sebelah rumah aje .






○●○●○


Suasana Amanjaya Point agak meriah apabila dipasang muzik dan suara suara sumbang penjual mempromote barang barang jualan mereka dengan menggunakan mikrofon . Terus aku naik ke tingkat atas menuju ke Subway apabila perut aku bergendang sakan . Biasalah waktu lunch kan .

Harini selera aku cenderung ke arah makanan yang ringan ringan aje berbanding makanan berat . As usual like nasik . Lagipun , biasalah nak jaga badan . Eceh !

Setelah pesanan sampai , aku memegang dulang dan mencari tempat yang agak tersorok untuk melahap sandwich subway dengan hati yang tenang . Bukan apa , aku agak rimaslah bila mata mata durjana lelaki asyik pandang pandang dekat aku .

Taulah aku ni lawa pun . Ish !

Selepas membaca bismilah dan doa makan terus aku 'NGAP' dengan penuh nikmat . Sambil sambil itu jemariku sibuk menscroll melihat instagram .

Sebaik sahaja mataku memandang hadapan , sekali lagi sandwich yang aku kunyah hampir tersembur dan tercekik . Oh menn ... dia lagi ?

Cepat cepat aku menyedut straw minuman bagi melegakan kesengsaran aku yang hampir tercekik .

Dia tersenyum dan dengan tidak malunya menarik kerusi lalu duduk berhadapan aku .

The Lepat Pisang (lovestory)Where stories live. Discover now