E

27 4 5
                                    

PERJALANAN yang mengambil masa dalam kira kira 6 jam agak meletihkan . Yelah , dari Kedah mai KL boleh kebas punggung aku duduk lelama .

Akhirnya sampai jugak ke rumah sewa aku . Sebaik sahaja Axia aku masuk ke dalam halaman , pintu kereta dibuka lantas aku mengeliat sakan setelah memandu jauh sebelum mengambil bagasi mini dalam seat penumpang .

Aku sempat mengetext mak memaklumkan keberadaan aku sekarang . Memang wajib bagi aku memberitahu mak kalau aku selamat sampai ke sini . Yelah takut wanita itu risau .

hah , jangan lupa cari menantu dekat mak . Kalau tak , Halim jelah jadi laki alang .

Aku berdecit . Sempat lagi tu ! Malas mahu membalas lalu aku abaikan mesej merapu mak itu . Better aku masuk ke dalam rumah rehatkan otak . Tidur !

" azwa , awal pulak balik harini ."

Baru aje aku nak membuka kunci grill pintu , tetiba satu sapaan menerjah ke pendengaran aku . Aku menarik nafas sebelum menoleh lalu tersenyum memandang gerangan tersebut .

" ha'ah . Duty calls . Biasalah kerja dengan orang , akak ." Balasku ramah .

Kelihatan Kak Deen selaku jiran sebelah rumah yang kamceng dengan aku bila berborak pasal Bitiyies kini sedang sibuk melibas baju yang basah untuk dijemur di ampaian .

Kak Deen ni walaupun dah berumahtangga , perangai gilakan abang abang idola bermata sepet itu masih ada . Malah , suaminya Abang Ajim pun turut serta .

Kak Deen mengangguk faham .

" hah , kau mesti letihkan wa ? Ni akak ada buat ayam masak kicap favourite azwa . Nak akak cedokkan sikit ?" Pelawa Kak Deen membuatkan mataku serta merta bersinar ceria . Letih yang menguasai diri terus hilang dibawa angin .

" love too !" Aku sudah excited gegila . Uihh , dah berkurun aku tak rasa ayam masak kicap Kak Deen .

Kak Deen yang hilang dari pandangan sebentar tadi terus muncul dengan tupperware yang diisi ayam masak kicap ditangan .

" ehh sebelum tu ," Tanganku yang sudah berkira kira hendak mengambil tupperware di tangan Kak Deen terhenti seketika .

" kak deen nak sangat rasa lepat pisang kau azwa . Haha . Boleh kan ?"

Aku tersengih mendengar permintaan Kak Deen . Dah agak dah , ni mesti nak suruh aku switchkan ayam masak kicap dia ni dengan lepat pisang aku .

" okeh kak . No hal lah !" Aku mengambil bekas typperware ditangan Kak Deen kemudian berlalu membuka pintu rumah .

" petang karang azwa kasi balik tupperware akak dengan lepat pisang azwa . Thanks akak ! Azwa nak masuk mandi dulu . Bye !"

Seusai berkata sedemikian , cepat cepat aku menapak masuk ke dalam rumah dan segera menukar baju . Mandi belakang kira sebab godaan ayam masak kicap Kak Deen ni memang memgasyikkan .

Ish-ish , tak menyempat betul aku ni !

Sedang aku asyik menjamah nasik beralukkan masak kicap sambil menonton drama Hwarang , telefon aku pula berdering minta diangkat .

" hello , assalamualaikum . Ye mak ." Aku menjawab panggilan dari mak .

" hah waalaikumsalam . Alang tertinggal laptop dalam bilik ni . Alang sengaja tinggal ke acaner tu ?"

Seraya aku teringat . Ohgosh ! Tudia laa buat kerja last minute punya pasal sampai kertas kerja aku semua tertinggal dekat kampung .

Ayayayaya .. !

" halah halah .. mak , alang terlupa la nak bawak sekali . Macam mana ni ?" Aku agak risau tetapi nasib baik jugalah aku punya kertas kerja tu lambat lagi nak kena submit . Kalau tak memang sekarang aku pecut balik kedah .

The Lepat Pisang (lovestory)Where stories live. Discover now