Hidup si Babun

23 5 7
                                    

Ingat lagi tak si babun yang dihalau dari kampungnya?

Ini merupakan kisah setelah dia dihalau dan pindah ke Lautan Hindi.

Babun memandang ke arah keluarganya yang sedang bermandi-manda di lautan itu.

Manakala dia pula sedang berada di atas sebuah bot yang menempatkan mereka sekeluarga.

Pada hakikatnya, babun tidak mengenali siapakah keluarganya.

Kerana semuanya nampak sama.

Mungkin babun lain diberikan keistimewaan untuk mengenali keluarga mereka.

Namun tidak pada babun.

Hmm... Sadlife babun, sadlife...

Berbalik kepada kisah hidup si babun setelah berpindah bersama keluarganya,

Babun merindui rakannya itu setengah mati,

Tapi setengah sahaja, sebab setengah lagi masih hidup.

Selepas seminggu di lautan itu, babun jatuh sakit.

Dia jatuh sakit kerana terlalu merindui rakannya,

Pada hakikatnya, dia jatuh sakit kerana lupa membawa bekalan makanan untuk dirinya sendiri.

Pada perspektif monyet lain, babun jatuh sakit kerana tidak pernah mandi di lautan itu.

Hal ini menjadi perhatian para saintis dan penyelidik dan seluruh dunia.

Ada yang mempercayai bahawa kematian si babun adalah disebabkan air dalam badannya kurang.

Babun mengalami dehydration kerana tidak pernah mandi dan tidak pernah makan.

Kajian lain juga mengatakan bahawa babun mati kerana ada babun betina lain yang mengoratnya.

Babun mati terkejut kerana kejutan budaya yang langsung tidak diketahui apa kejutannya.

Walau apapun, kematian si babun telah menjadi suatu masalah dunia yang sangat besar.

Kejadian itu berlarutan selama 100 tahun.

Berikutan kejadian itu, Kota Rome dan Kota Parit di Lautan hindi telah dibina.

Keluarga si babun juga telah dipindahkan ke Laut merah.

Sekian sahaja berita tentang kematian si babun,

Terima kasih.

My Dumb WorldWhere stories live. Discover now