Riwayat Hidup si Pisang

21 5 0
                                    

Semasa pemindahan si Babun ke Lautan Hindi, pembaca berita mengatakan bahawa Babun tidak membawa sebarang bekalan makanan.

Namun, hakikatnya, pernyataan tersebut salah sama sekali, Babun sebenarnya membawa bekalan makanan iaitu sebiji pisang.

Ya, pisang.

Ya, sebiji.

Namun, Babun terlupa mengenainya. Babun telah mencari pisang tersebut di semua tempat namun tidak kejumpaan.

Hakikatnya,

Babun mengikat pisang tersebut pada seutas tali panjang,

Yang jatuh ke bawah bot.

Babun yang menyelam di bawah bot tersebut ternampak pisang itu,

Namun mereka tidak dapat mengambilnya,

Kerana asal sahaja mereka memegang pisang tersebut,

Pisang tersebut terus sahaja membelasah mereka dengan ilmu taekwando

Silat

Judo

Taichi

Boxing

Dan semua ilmu pertahanan diri,

Akhirnya babun-babun itu akur,

Pisang tersebut sudah ada pemiliknya.

Selepas kematian si Babun,

Pisang tersebut sedih lalu mengunci dirinya di dalam sebuah peti.

Selepas 100 tahun, pihak penyelidik antarabangsa masih belum menjumpai cara untuk membuka peti tersebut.

Akhirnya seorang pakar penyelidik bermimpi, pisang tersebut memberitahu cara untuk membuka peti tersebut.

Ahli keluarga pakar penyelidik tersebut berasa risau kerana penyelidik tersebut tidur selama 2 minggu.

Selepas pakar penyelidik itu bangun dari tidur, dia menceritakan mimpinya kepada ahli keluarganya.

Penceritaan tentang cara untuk membuka peti itu mengambil masa selama 3 minggu.

Akhirnya pakar penyelidik itu bertemu kembali dengan peti besi itu.

Perkara pertama yang dilakukannya adalah mengambil kapak besi yang telah reput pemegangnya,

Lalu menghayunkan kapak tersebut ke penutup peti itu,

Pakar penyelidik tersebut kagum akan kapak tersebut,

Kerana selepas menghayunkannya, kapak tersebut hilang dari pandangan mata.

Dia memandang ke hadapan,

Kelihatan seorang lelaki memandang kapak di lantai dengan pandangan hairan.

Pandangan tersebut menunjukkan satu persoalan, iaitu,

"Kenapa tuhan turunkan kapak ni di hadapan aku?"

Tanpa memperdulikan pandangan lelaki tersebut, pakar penyelidik itu terus pergi ke arah lubang yang terdapat di bahagian tepi lubang itu,

Dia memutarkan sesuatu ke dalam lubang tersebut lalu memutarkannya.

Peti tersebut terbuka lalu menampakkan si pisang yang telah mati mereput.

Roh si pisang tersenyum lalu terbang ke langit mengikuti burung-burung terbang di angkasa.

__

My Dumb WorldWhere stories live. Discover now