Katak

12 6 6
                                    

Ingat lagi kisah Si Babun dan Si Pisang di mana Si Babun telah membawa Si Pisang belayar bbersamanya ke Lautan Hindi?

Ini merupakan kisah si Katak.

Si Katak merupakan Mangsa kejadian di mana dia dan si Pisang terpaksa terpisah.

Walaubagaimanapun,  Si Katak yang tidak rela terpisah telah mengikuti si Pisang dan si Babun belayar secara lompat-lompat.

Dalam pelayaran itu,  si Babun dan si Pisang tidak berada dalam masalah kerana bot yang mereka naiki tidak mengalami sebarang ancaman bahaya.

Malahan, Jabatan Meteorologi menyatakan

"Esok, siapa nak belayar bolehlah belayar kerana esok kami tidak bercadang untuk mengkaji keadaan cuaca di Lautan Hindi. "

Oleh itu, si Katak pun mengekori mereka berdua.

Dengan menaiki tempurung kelapa,

Dan seutas(?) Seikat(?) Atau seranting kayu,

Sebagai pengayuh.

Sampan atau bot atau lebih tepatnya tempurung kelapa itu telah dihempas diremuk dilanggar dipukul ombak kuat.

Bagi si katak,

Ombak tersebut pilih kasih,

Kerana hanya ingin menggedik dengan dirinya sahaja,

Almaklumlah, 

Dia kan hensem.

Memikirkan perkara itu,  si Katak duduk dengan menyilangkan kakinya di dalam tempurung kelapa tersebut,

Dan memakai cermin mata berwarna jingga,

Memakai losyen atau lebih tepatnya sun-block,

Dan meminum air kelapa,

Atas kecuaiannya itu,

Si Katak telah kehilangan jejak si Babun dan si Pisang,

Dia cuba untuk mencari jejak kaki mereka di dasar laut

Sayangnya,

Dia hanya terjumpa robot,

Dia kembali ke tempurung kelapanya,

Dan kembali ke tanah air dengan sedih,

Kerana tidak boleh berjumpa lagi dengan si Pisang.

Dalam diam,

Dia menyimpan dendam pada di Babun,

Dialah punca perpisahan si Katak dan si Pisang!

Oleh itu,

Dengan ilmu sivik yang dia ada,

Si Katak menghantar Virus Nata-De-Coco kepada si Babun.

Si Katak melompat keriangan apabila mendapat berita kematian si Babun semasa menonton rancangan CJ Wow Shop di TVhaiwan-haiwansedunia.

Namun, keriangan itu tidak berterusan,

Apabila dia mendapat mesej whatsapp,

Daripada si Pisang,

Bahawa dia akan bersemadi di dalam sebuah peti.

Si Katak yang kecewa terus mengurungkan diri di dalam tempurung kelapa.

Selepas 100 tahun,

Si Katak mendapat berita bahawa para penyelidik telah dapat 'membebaskan' si Pisang.

Si Katak yang bahagia melompat keriangan.

Lompat si katak lompat,

Lompat lah tinggi-tinggi,

Tiba-tiba tempurung kelapa si Katak tersebut dibuka,

Menampakkan beberapa ekor katak jantan yang memakai kot,

Dan bermata biru.

Si katak yang kehairanan bertanya

"Ribbit? "

Tiba-tiba katak-katak tersebut ketawa berguling-guling

Sebelum dilanggar oleh tayar.

Tayar basikal.

Basikal tiga roda.

Roda Bulat.

Bulatan titik.

Titik bulatan.

Bulatan besar,

Bulatan besar.

Ada kecil besar simpan di tengah,

Tarik kiri,

Tarik kanan,

Lurus ke bawah,

Dua piring dilukis biar seragam,

Si Katak terus mematikan ringtons telefonnya.

Dia kembali menutup tempurung kelapa itu,

Lalu berbaring di atas sofanya,

Sebelum membuka televisyen,

Sayangnya,

Televisyen tersebut memaparkan perkataan yang tidak dikenalinya,

"The story content have been updated. Please re-open the reader to continue. "

Si Katak menghumban remote controller ke arah televisyen itu

Akhirnya,

Televisyen itu meletup.

Katak-katak diluar tempurung kelapa itu hanya menggeleng apabila mendengar bunyi letupan di dalam rumah si Katak.

Mereka meletakkan tanda R.I.P di hadapan pintu rumah si Katak.

Para ibu-ibu katak hanya menggeleng dan mengatakan suatu pepatah yang agak terkenal di kalangan katak-katak.

Bagai Katak Bawah Tempurung.

My Dumb WorldWhere stories live. Discover now