Hai semua ,
Sebelum kalian masuk ke dalam dunia fantasi yang saya hasilkan , saya perlu tekankan satu perkara .
Kalian mesti bezakan antara ini " ........." dan '..........'
Hahahaahah.
"........" bermaksud karakter tersebut bercakap kuat sama ada bermonolog luaran atau bersembang dengan seseorang
' ..... ' bermaksud karakter sedang bermonolog dalaman .
Selamat membaca !!!!!
Kilat memancar di dada langit. Menerangi alam buat beberapa ketika , langit menjadi gelap semula ibarat tiub lampu kalimantang menyala berkelip-kelip di ruangan yang gelap .
Lia mengintai ke luar jendela. Tampak titisan air mulai turun membasahi bumi.
Gelombang bunyi air hujan yang semakin mencurah-curah ke bumi bergema di gegendang telinga Lia.
Nikmat daripada Ar-Rahman yang patut disyukuri oleh setiap insan di muka bumi .
'Alhamdulillah , ya Rahman ya Rahim . Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat '
Doa yang sudah menjadi amalan sejak kecil apabila lluvia* turun ke bumi .
Udara sejuk dari penyaman udara yang bersuhu 16°C mendinginkan kamar bersaiz 6.5 meter persegi.
Kelopak mata Lia semakin lama semakin berat .
' Haish, waktu asar kut .Tak kan nak tido plak . Ustazah kan dah pesan tak elok tido time ni. Boleh jadi gila kut....'
Lia menepuk-nepuk pipinya yang chubby itu.Kemudian , dia mengurut belakang tengkuknya agar kembali segar .
Badan yang kecil itu disandarkan pada dua biji bantal empuk yang diletakkan dalam bentuk T terbalik di kepala katil . Lia kemudiannya mencapai novel , The Uglies dan menyambung semula membaca sisa novel yang masih berbaki separuh lagi .
' Huhu , sedihnya cerita ni..mentang-mentang la diorang ada duit , buat pembendahan plastik la , pakai produk kecantikan la, makan jamu la..pastu diorang hina orang yang huduh. ish2 , tak patut, tak patut . Semua manusia itu cantik dan kejadian setiapnya adalah sebaik-baik kejadian . Lihatlah siapa penciptanya , Yang Maha Sempurna kan ? ".
Samar-samar kedengaran bunyi tombol pintu dipusing-pusing dengan kasar menyebabkan Lia yang tengah asyik melayan novel memanggungkan kepala dan melihat ke arah pintu .
Seorang manusia yang berada di belakang pintu seperti tidak sabar-sabar mahu masuk melalui pintu yang berkunci tersebut.
' Eh , siapa tu ? Mak Munah ke? Hmmm, mustahil sebab Mak Munah dah balik pukul 4 tadi . Pak Mat? Mama dah pecat dia sebulan yang lepas.Burglar ?? Hahaha..Jangan merepek. Pak cik guard? Yeah , pak cik guard . "
Perlahan-lahan Lia turun dari katil dan bergerak ke pintu. Dia menggerakkan tangannya dan memegang tombol pintu bertujuan untuk membuka pintu kamar itu.
'Tapi, tapikan..kenapa pak cik guard nak masuk bilik aku ? Haish, peliknya..
Nak buka ke tak , buka ke tak?hmm."Lia melekapkan telinga kanan ke pintu . Hanya suara yang sangat perlahan kedengaran disebabkan oleh bunyi bising air hujan menenggelamkan suara pemilik yang berada di belakang kelopak pintu itu.
YOU ARE READING
FREEDOM
RandomSeorang manusia yang berada di belakang pintu seperti tidak sabar-sabar mahu masuk melalui pintu yang berkunci tersebut. ' Eh , siapa tu ? Mak Munah ke? Hmmm, mustahil sebab Mak Munah dah balik pukul 4 tadi . Pak Mat? Mama dah pecat dia sebulan yang...