Part 11: polis

21 1 0
                                    

Lia dan Shana tiba di hadapan balai polis. Hanya kelihatan suatu pagar besar yang dikelilingi tembok yang tinggi.

'Wuish, hebat betul balai polis ni. Aku baru tengok luar, kalau dalam macam mana la pulak.' bisik Lia dalam hati. Ketakutan mula bergayut di sudut hatinya. Debar jantung Lia memukul dada. Shana yang perasan akan perubahan riak wajah Lia menghadiahkan senyuman kepadanya. Senyumannya melapangkan dada lantas melapangkan jiwa Lia.

Shana menekan loceng interpol. Ada suara kedengaran melalui interpol tersebut. Shana menerangkan keadaan yang berlaku sebelum mereka dibenarkan masuk. Pintu pagar automatik dibuka sedikit. Hanya memuatkan seorang sahaja untuk lalu. Mereka mengatur langkah masuk dan berjumpa dengan pegawai bertugas. Ramah sungguh pegawai wanita itu.Beliau meminta semua maklumat diri seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Kemudian, dia meminta salinan visa dan passport.

Lia memandang Shana dan Shana juga melakukan perkara yang sama. Mereka saling bertukar pandangan. Lia kemudian menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai salinan bersamanya pada ketika itu tetapi gambar passport dan visa ada di galeri telefonnya. Pegawai itu mengangguk tanda faham. Beliau menerangkan bahawa Lia perlu membawa sekurang-kurangnya satu salinan passport atau visa sebelum membuat laporan. Mereka hanya dapat melaksanakan laporan kecurian sahaja

Mereka diarahkan menunggu beberapa ketika sebelum dipanggil sekali lagi. Tunggu punya tunggu, nama Lia dipanggil setelah satu jam. Mereka mengikut polis tersebut ke biliknya dan mereka berbincang secara privasi di situ. Satu surat kecurian dikeluarkan. Namun begitu, Lia perlu datang semula untuk membuat laporan kehilangan passport. Polis tersebut juga memesan agar dia datang pada hari minggu, kerana pihak kedutaan tidak berurusan pada hari sabtu dan ahad, oleh itu urusan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada hari berkenaan.

●●●●●●●●

"So, esok dah start kelas. I ada kelas sampai pukul 6, memang I tak dapat temanlah. You ada kelas tak esok? Email daripada universiti dah dapat kan? Tak silap I esok, student first year start pukul 10 pagi kan?  "

"Aah !! Takpe saya pergi sorang."

"Betul ke ni?? Risau pulak I!!"

"Ok je, " Lia tersenyum ke arah Shana.

"Ok lah kalau you cakap macam tu. Lia, jom pergi makan. I belanja. You nak makan Kebab ke, restoran Malaysia ke, Thailand ke, Sushi ke, Makanan korea ke, french food ke.. You sebut je semua ada .. "

"It's okay. Saya tak lapar lah." ujar Lia. Dalam masa yang sama, perut Lia mengkhianatinya dengan berkeroncong. Merah padam muka Lia. Shana menahan gelak tapi hanya betahan 3 saat. Terburai habis gelak dia. Geram Lia dengan si budak Shana ni. Lia membuat muka merajuk.

Shana berhenti ketawa dan mendekati Lia yang sedang memandang ke arah lain. Dia mencubit pipi Lia kuat-kuat. Pipi yang merah akibat malu itu bertambah merah. Lia menjerit kesakitan. Geram. Dia mengejar Shana. Nak balas dendam. Shana melarikan diri apabila Lia cuba mengejarnya. Mereka bersikap seperti budak-budak yang sedang bermain 'aci-ligan'. Senyuman dan gelak tawa menghiasi wajah mereka. Lia mempercepatkan larian dan berjaya memegang tangan Shana, kuat, menyebabkan Shana hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk ke tanah.

Dia memandang Lia dengan muka sepuluh sen ditambah pula dengan mata yang dibesarkan membuatkan Lia tidak jadi nak balas dendam. Lia terduduk di sebelah Shana. Mereka bertentang mata dan tawa tercetus semula. Selang beberapa minit, mereka terdiam seketika.

"Tak sangka seseorang yang baru kenal Lia hanya untuk satu hari tetapi dapat membuatkan Lia dapat keluar dari cengkerangnya dengan mudah," lamun Lia. Setelah beberapa minit, Shana berdiri disusuli oleh Lia. Shana menarik tangan Lia ke sebuah restoran kebab di seberang jalan. Mereka menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum melintas. Shana asyik sahaja bercerita. Pokpek pokpek mulutnya.(?) Lia yang selalunya diam, memberi respons setiap kali Shana bercerita. Lia terasa sangat selesa apabila bersama Shana. Lia mengikut langkah Shana ke restoran tersebut

Sampai sahaja di restoran tersebut, Shana menolak pintu. Berjalan masuk sahaja, mereka dapat rasakan seperti berada di dunia lain. Kesejukan dan kedinginan di luar bertukar menjadi suam-suam kuku. Very comfortable. Mereka masuk ke dalam dan beratur di belakang dua orang manusia. Tiba giliran, Shana memesan dua galette kebab bersama Sos Algerian. Mereka duduk di tempat kosong di penjuru kedai. Asyik sahaja berbual-bual sampai tak ingat dunia. Dalam masa yang singkat, mereka menjadi sahabat baik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FREEDOM Where stories live. Discover now