Lia melangkah pantas ke bilik bacaan tersebut . Lima puluh anak tangga perlu ditempuh sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Almaklumlah , bilik Lia terletak di tingkat terbawah.Jarang-jarang sekali Lia naik ke atas . Sudah dua tahun ibu Lia jarang pulang ke rumah atas kesibukan bekerja.
' Hmm , seingat aku , kali terakhir aku naik , masa aku dapat result PMR dua tahun lepas. Sejak itu, mama jarang dah panggil aku naik atas. '
Satu demi satu anak tangga dipanjat . Sebuah frame yang sederhana besar tergantung di dinding dipandang sekilas.
' Rindunya detik-detik ini , saat bergambar time raya 10 tahun lepas.
Nostalgiknya .'Kemudian , Lia meneruskan langkahnya . Sekejap sahaja masa diambil untuk tiba ke tingkat atas .
"Haaahhh !! "
Lia melepaskan lelah apabila tiba ke anak tangga yang terakhir.
Jantung berdegup kencang.
******
Tetiba je , Lia imagineKan emoji darah merah kelam-kabut melaksanakan kerja-kerja pengangkutan oksigen dan glukosa ke port yang bernama tisu badan. Jantung yang ibarat pam mengepam dengan kelajuan maksimum ." Cepat !! Cepatttt!! "
"Tepi ! Weyhh ,, Tepi !!"
" Jangan halaang laluan "
"Woi !!"
" Aaahhhh " ke-baaaa boommm !!
Berlaku perlanggaran tanpa disangka oleh pekerja-pekerja comel syarikat pengangkutan BLOOD TRANSPORTATION SDN BHD.
"Hahaha"
*******
Lia menarik nafas sedalam-dalamnya
untuk memenuhi rongga peparu dengan oksigen secukupnya. Lia mengumpulkan semula tenaga untuk melangkah ke destinasi yang dituju.Langkah kaki diteruskan . Lia melintasi dua bilik kosong yang tidak berpenghuni oleh manusia tetapi kertas kerja yang bertimbun dan susunan buku yang rapi di beberapa rak .
Dup Dap Dup Dap .
' Nervousnya .Lia!! Tarik nafas ..... Ok , good girl ..... Now , lepas.'
Lia berkata-kata di dalam hati sambil melakukan apa yang diungkapkan oleh hati kecil itu.
Lia mencapai smartphone dari poket seluar dan melihat waktu yang terpapar di skrin .
'.. One minute left .'
Knock Knock . Lia mengetuk pintu bilik bacaan yang berwarna light brown dan terdapat satu plat dengan lima perkataan ELIZA terukir indah di atasnya.
"Masuk . " suara ibunya kedengaran dari dalam kamar itu.
Lia memulas tombol pintu dan berjalan masuk . Kelihatan wanita itu sedang duduk atas kerusi hitam empuk . Mata asyik memerhati kertas kerja yang terhidang di hadapannya.
' Workaholic , like usual...Mama , I'm here . Look at me !! Yuu huu !! ' hati kecil berbisik .
Ibunya mengangkat kepala dan memandang tepat ke arah dua biji mata Lia . Lia terkejut .
' Err, scarynya!! Mama macam dapat membaca fikiran aku . "
Wanita itu membuka mulut dan berbicara dengan nada yang serius .
" Next week , awak akan fly ke Perancis untuk sambung belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal . Selepas awak tamat pengajian , awak akan bekerja di syarikat mama . Faham ! "Tangan kanan Dato Eliza membuka membuka sebuah laci dan mengeluarkan satu fail kuning.
"Dalam ini , ada beberapa dokumen penting seperti Surat pendaftaran pengajian, maklumat tempat penginapan, kad bank, passport, visa, dan banyak lagi. "
" Baiklah mama . " ujar Lia perlahan sambil tersenyum tawar.
Dalam jauh di sudut hati , Lia mulai berbicara , ' Oh My God , apa semua ni !! Jap , Jap !! Okay tenang , Lia !! You are strong . Keep smiling ! "
Lia mengambil fail dan meminta izin untuk keluar dari kamar itu.
" You can get out , now "
Lia berjalan keluar tetapi langkahnya tertahan oleh suara wanita itu.
" Mama akan ke Singapore esok. Mama akan stay sana sebulan. Mama dah arahkan driver mama untuk hantar awak ke airport. "
Kepala dianggukkan dan Lia terus keluar . Pintu kamar itu ditutup .
Dada terasa sesak. Kesakitan yang sedang mencucuk-cucuk hati dirasai . Air mata jernih mengalir membasahi pipi .Lia berlari turun ke kamarnya sambil mengesat air mata dengan belakang tapak tangannya.
Lia tersadung di kaki meja dan tersebam beberapa meter dari kamarnya . " Ouch "
Sakit fizikal akibat terjatuh dipedulikan . Keperitan hatinya jauh lebih hebat .
Lia terus berdiri dan menuju ke biliknya . Lia memulas kasar tombol pintu dan menghempaskan badan ke katil . Lia menekupkan wajah ke bantal dan menangis sepuas hati . Mata bulat gadis itu sembap dan hidung kemerahan .
Kesedihan dan kepiluan di hati tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata . Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul .
" Kenapa dia kejam sangat ? Dia dah seminggu tak jumpa aku . Asyik sibuk , sibuk, sibuk !! Dah la takde kiss ke hug ke . Then , suka hati dia je nak hantar aku jauh dari Malaysia . Seronok la tu , kalau aku takde depan mata ..Dia tak perlu nak ambik tahu pasal aku !!!!! Arrrrggghhh !!! I hate her . " ujar Lia memecahkan kesunyian bilik.
Air mata sekali lagi mengalir turun .
" Betapa aku rindu nak peluk Mama , nak kiss dia , nak berkongsi cerita dengan dia macam..macam kengkawan aku yang lain . Hmm , what I need to do right now is listen to her. Maybe , kalau aku ada dekat sana, dia akan selalu call or even Skype . True !! I must go ."
Lia terlelap setelah lama merintih keseorangan .
Bunyi titisan air hujan semakin mengecil .Bunyi katak memanggil hujan masih kedengaran.
Tamaknya sang katak yang inginkan hujan terus turun membasahi bumi .
hey guys ,
Terima kasih kerana terus membaca . I love you all .
YOU ARE READING
FREEDOM
RandomSeorang manusia yang berada di belakang pintu seperti tidak sabar-sabar mahu masuk melalui pintu yang berkunci tersebut. ' Eh , siapa tu ? Mak Munah ke? Hmmm, mustahil sebab Mak Munah dah balik pukul 4 tadi . Pak Mat? Mama dah pecat dia sebulan yang...