Seminggu sahaja waktu yang Lia ada untuk melakukan preparation ke France.
Lia pov.
Aku letak mana ek, buku nota aku ? Haaa .. itu dia .Aku menyelak helaian buku tersebut sehingga tulisan yang dicari aku jumpa. Helaian tersebut memaparkan Checklist Barangan Untuk Fly . Aku bergerak ke katil dan duduk atas tilam empuk tersebut.
Aku mengambil pen yang terselit di tepi buku itu . Satu demi satu kotak ku pangkah.
Hmmm, berapa helai baju nak bawa, ek ?Aku rasa beberapa helai dah cukup. Nanti, aku shopping lerr kat sana..
Besssttnyaaaa!!! Aaahhhh!! Nak shopping dekat Gallery Lafayette !!! Ye ye !! Hehe .
Tak sabar pulak aku nak berjalan jauh.
Aku tersengih-sengih seorang diri dalam bilik.
Jap. Semalam aku ada shopping shawl kan dgn hijab instant kan ? Dekat mana ek aku letak ? Mak Munah dah masukkan ke dalam bagasi agaknya .
Apa lagi ek ? Hmm , aku rasa dah takde apa-apa kut .
*****"""*****
Mak Munah yang merupakan housemaid membantu meng'pack' barangan tersebut . Lia sudah menganggap wanita itu sebagai neneknya sendiri .
Wajarlah , Mak Munah membesarkan Lia dan memberi didikan agama kepadanya . Lia mengenal erti kasih sayang daripada wanita tua itu, jika tidak dia akan kekal sebagai seorang manusia yang tidak berperasaan seperti cengkerang kosong . Almaklumlah , mama Lia hanya sibuk mengejar harta dunia .
"Lia sayang , Mak Munah dah packkan apa yang patut dan tambahkan barangan yang mungkin awak akan perlukan nanti . Awak ada perlukan apa-apa lagi ke? "
" Thanks Mak Munah . Takde apa-apa dah rasanya . Lagipun , kalau Lia perlukan sesuatu, Lia suruh PA mama postkan . "
" Lia , Mak Munah rasa nak ikut awak ke airport. Mak Munah sebenarnya kesian kat Lia . Takde siapa pun yang teman awak kat sana nanti . "
" Mak Munah , tak pe . Kalau Mak Munah ikut , Lia akan lagi sedih semasa nak berlepas nanti . Lia akan rasa beraaaatt sangat hati nak pergi . Jangan risau , okay ? Lia kan kuat macam harimau . Aumm . hahahahaha"
Mak Munah ketawa kecil . Tubuh kecil itu ditarik ke pelukannya .
" Mak Munah tahu anak kecik Mak Munah ni kuat. "
" Mana ada kecik . Lia dah besarlah. Hmm, sebesar anak gajah . Hehe ." ujar Lia dengan nada seperti kanak-kanak yang tidak puas hati .
Pipi lembut gadis itu dicubit .
" Ouch !! Mak Munah , sakitlah. Bwekk, tak nak kawan . Nak mandi . Bye ! " Lia bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke bilik air .
Mak Munah hanya menggelengkan kepala melihat telatah kebudak-budakan anak gadis itu.
********
Siang berganti malam , hari berganti hari , hari dinanti telah pun tiba .
Lia sedang berdiri di hadapan cermin . Tangan asyik membetulkan shawl hitam yang dipakai .
" Okehh , cantik dah ."
Lia mengambil beg sandang biru gelap yang terletak di atas katil .
' My lovely bed , I will miss you . ' Lia meng'caress' lembut tilam itu.
" Bye bye , my room . "
Lia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melangkah keluar .
Mak Munah sedang berdiri di hadapan pintu keluar . Langkah kaki terasa berat pabila Lia memandang wajah muram wanita itu .
Lia tiba di hadapan Mak Munah . Dua insan itu saling berpandangan untuk beberapa saat. Tangan tua itu dicium . Kemudian, Lia memeluk erat tubuh itu dan mengusap-usap belakang wanita itu . Dua insan yang sepertinya sedang berada di dunia lain.
Tangisan dua insan kedengaran memecahkan suasana sepi rumah banglo tiga tingkat tersebut . Perpisahan yang amat memilukan .
' Hmm, entah bila lagi aku akan ketemu dengan Mak Munah' bisik
Lia di dalam hati."Jaga kesihatan ye , sayang . Mak Munah sentiasa mendoakan agar awak dipermudahkan segala urusan . Jangan lupakan Mak Munah tau !! " kata-kata yang diungkapkan oleh Mak Munah meruntun jiwa muda itu.
"Mak Munah , Lia janji Lia tak akan lupakan Mak Munah . Lia sayang sangat Mak Munah . Terima kasih atas segalanya yang Mak Munah telah berikan kat Lia. Halalkan semua makan minum , ilmu dan kasih sayang yang Mak Munah curahkan kat Lia. "
" Cik , dah sedia ke ? Kita kena bertolak dah ni. Nanti , lambat pulak sampai ke airport . " suara garau pemandu mencelah perbualan mereka.
Lia mencium pipi dan dahi Mak Munah sebelum bergerak ke kereta .
Lia melihat driver tersebut memasukkan sebiji luggage dan hand-luggage berwarna violet ke dalam bonet kereta. Lia membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam kereta tersebut . Lia mengesat sisa air mata yang dengan tisu . Hingus yang meleleh di hidung dibuang. Lia melihat wajah di cermin kecil miliknya.
' Okay, tak nampak teruk sangat . Senyum Lia .'
Kemudian , Lia membuka tingkap seluas-luasnya.
Wajah Mak Munah yang muram dan dibasahi dengan air mata ditatap dengan penuh kasih sayang .
Air mata yang hendak mengalir keluar ditahannya . Dia hendak kelihatan kuat di hadapan Mak Munah walaupun hakikatnya, sebentar tadi dia menangis teresak-esak dalam pelukan Mak Munah .Lia mencuba sedaya upaya hendak menghadiahkan senyuman terindah buat hati tua yang bersedih itu .
Lia mencapai smartphone yang berada di dalam bag sandang .
"Mak Munah, Mak Munah , senyum ! "
Klik .
" Ala Mak Munah, tengok gambar ni tak cantik la . Cuba Mak Munah senyum untuk Lia , pleeeaaasse. Satu lagi. Okay . " bicara Lia membuatkan wanita itu tersenyum . Mak Munah mengesat air mata di pipi yang berkedut itu dan cuba untuk tersenyum .
Klik .
"Haa, macam ni lah baru cantik . Lia akan simpan gambar ni buat kenangan . Time Lia rindu kat Mak Munah nanti , Lia akan tengok sepuas-puasnya " ujar Lia sambil menunjukkan gambar tersebut kepada Mak Munah.
" Cik , boleh kita bertolak sekarang ? Kita dah lambat dan saya risau jalan jam . " ujar pemandu tersebut . Lia mengangguk tanda setuju.
" Bye bye Mak Munah . I love you so much . "
Lia melambai-lambai ke arah wanita itu. Flying kiss dihadiahkan .
Kemudian, kereta tersebut meluncur laju keluar dari perkarangan banglo tersebut.
Hey guys ;)
Thanks for reading . Give any comments to me so I can improve my writing. Please vote if you like this story :)
YOU ARE READING
FREEDOM
RandomSeorang manusia yang berada di belakang pintu seperti tidak sabar-sabar mahu masuk melalui pintu yang berkunci tersebut. ' Eh , siapa tu ? Mak Munah ke? Hmmm, mustahil sebab Mak Munah dah balik pukul 4 tadi . Pak Mat? Mama dah pecat dia sebulan yang...