"Perubahan dalam segala hal adalah hal yang manis"
~Aristoteles~
Lia menghayun langkah perlahan ke jendela . Matanya menjeling ke arah jam dinding analog yang sedang tergantung kukuh .' Lagi sejam . '
Di hadapan jendela , tangan lembut itu diangkat menyentuh cermin tingkap .
'Sejuk' .
Secara automatik , Lia menghembuskan nafas ke cermin tingkap dan jari telunjuknya menjadi seperti pensil yang digunakan untuk menulis perkataan ' I LOVE YOU , MAMA '
'hahahaha , lama dah aku tak cakap empat perkataan keramat ni..Bila ek , aku cakap ?? Masa aku sekolah rendah kut ..Hmm , entahla aku tak ingat .'
Lia melihat jauh ke luar tingkap. Bukan kegelapan yang menghiasi mata Lia tapi bayangan waktu silam. Filem kenangan silam bersama ibunya dimainkan di layar mata Lia.
"Dato Jeffri , saya minta maaf sangat-sangat . Saya betul-betul minta maaf. Anak saya bersalah dalam hal ini .Lia minta maaf cepat. "Dato' Eliza menjeling ke arah Lia Dan mukanya nampak sangat Marah.
Lia melihat ibu kesayangan yang tidak pernah menundukkan kepala kepada sesiapa memohon maaf kepada Dato Jeffri .
Rasa kasihan dan bersalah terdetik di hati kecil kanak-kanak berusia 6 tahun itu.Tapi , disebabkan sikap kenaifan kanak-kanak itu dia mempertahankan dirinya tanpa berfikir panjang.
" Tak Nak . Lia tak salah, mama "
Panggg . Tamparan hinggap di pipi kecil itu menarik perhatian semua mata-mata yang berada di majlis tersebut.
"Siapa ajar awak jadi kurang ajar ? Anak tak guna!!"
Zahid tersenyum sinis melihat Lia dihukum oleh ibunya .
" Huhu , ma..ma !! Za..hid yang salah. Dia ca..kap ma..ma perempuan jahat.Di..diaa ca..a.akap Lia aaa..na.k luar nikah."
Wanita itu berbisik sesuatu ke cuping telinga kanak-kanak kecil itu membuatkan dia yang masih menangis terdiam.
sob sob
" Tipppuuu !! Hey , Kau tipu...Papa , Zahid tak pernah cakap perkara itu. Dia cemburu sebab Papa buat sambutan birthday zahid tapi diakan takde ayah ..."
"Zahid , diam ! " , suara garau tapi tegas Dato Jeffri kedengaran .
" Eliza , awak tak patut tampar anak awak..Biasalah budak-budak . Masih belum matang . Pergaduhan seperti ini sebenarnya biasa..Lia, uncle tak marah ok. Jangan sedih . "
Dato Jeffri memeluk tubuh kecil yang sedang menahan diri daripada menangis . Air mata masih turun membasahi pipi. Dato Jeffri berbisik perlahan
"Lia sayang , uncle percaya dekat awak . Uncle masak benar perangai anak laki uncle tu..Nanti uncle denda Zahid. Biar padan muka dia.."
"Hahahahahah..." hilai ketawa kanak-kanak itu kedengaran.
"Janji ?"
"Ye , uncle janji ." Dato Jeffri mengangkat tangan kanan seperti bersumpah..
" Dato saya minta maaf . Saya akan beri hukuman yang sewajarnya kepada anak saya .Saya minta diri dulu . "
YOU ARE READING
FREEDOM
RandomSeorang manusia yang berada di belakang pintu seperti tidak sabar-sabar mahu masuk melalui pintu yang berkunci tersebut. ' Eh , siapa tu ? Mak Munah ke? Hmmm, mustahil sebab Mak Munah dah balik pukul 4 tadi . Pak Mat? Mama dah pecat dia sebulan yang...