CHAPTER 02

9.7K 397 4
                                    

LELAKI-LELAKI itu semakin hampir dengan kereta itu. Kasya sudah tidak keruan. Dia ingin menangis. Ketakutan.

"Ouh, sebelum aku lupa, kalau kau tak boleh bayar sedikitpun dari hutang tu, bukan kau je aku cari, dengan abang kau sekali aku cari," ucap lelaki itu secara tiba-tiba.

Melihatkan seakan peluang ada di depan mata,  Kasya cuba untuk melarikan diri dari kereta itu. Dia bersembunyi di sebalik tong sampah besar yang berada di belakang kereta itu.

Beberapa minit kemudian, kereta itu akhirnya meluncur laju meninggalkan kawasan itu. Kawasan itu kembali sunyi. Dengan langkah yang perlahan, Kasya menuju ke arah lelaki itu. Semakin dekat semakin kuat degupan jantungnya. Keringat mula membasahi dahi dan seluruh tubuhnya.

Lelaki itu tidak bergerak langsung. Kasya semakin hampir dan akhirnya dia sampai di bahagian kepala lelaki itu. Tubuhnya dibongkokkan sedikit. Rambutnya yang terjurai disingkap di celah telingnya.

"Encik?" Panggil Kasya perlahan.

Sesekali matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Takut kalau-kalau samseng tadi datang kembali. Kasya memutuskan untuk duduk mencangkung setelah tiada siapa di situ. Tubuh lelaki itu lengkap berpakaian tshirt hitam dan seluar track hitam. Wajahnya terlindung dengan rambutnya yang berserabai. Kasya cuba memberanikan diri. Menyelak helaian rambut yang menutupi wajah lelaki itu. Dan saat itu, hatinya mula terpaut akan wajah itu.

MATANYA dibuka perlahan. Terasa sakit dibahagian kepalanya. Matanya ditutup dan dibuka sekali lagi. Kabur. Sekali lagi, matanya ditutup dengan lebih lama sebelum dia membukanya kembali. Dahinya berkerut seribu menahan sakit. Terasa pedih di bibir, begitu juga dengan tubuhnya. Sakit dan lenguh.

Rafique melihat sekeliling. Tempat yang asing. Yang menjadi tatapannya sekarang hanyalah siling putih. Di manakah dia?Tangannya meraba kepalanya. Berbalut. Kemudian tangannya meraba pula di bahagian pipi kirinya. Sakit!

Rafique melihat lagi sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada satu susuk tubuh yang sedang tidur di sebelahnya. Satu figura yang sedang lena dibuai mimpi di sebelahnya. Kedengaran dengkuran halus dari gadis itu. 

Apa yang berlaku? Adakah dia berada di hospital? Rafique cuba untuk mengingati kejadian tadi namun kepalanya pusing.

Rafique cuba untuk bangun tanpa ingin menggerakkan gadis itu namun, secara tidak sengaja sikunya menyentuh kepala gadis tersebut. Pergerakannya terhenti seketika tatkala perempuan itu mengangkat wajahnya. Dengan mata yang masih sepet, gadis itu memandang ke arah Rafique.

"Eh, encik dah sedar." Gadis itu bersuara lalu menggosok matanya.

"Siapa awak?" Masih dalam posisi yang sama, Rafique bertanya.

"Maaf. Saya Kasya. Kasya Amira. Saya yang bawa encik datang sini."

"Ouh, saya ada kat mana sekarang?" Soal Rafique.

"Kat hospital. Saya call ambulance tadi," Kasya menjawab persoalan Rafique sebelum menjeda seketika. Matanya melihat ke arah Rafique yang tidak lekang daripada memandang air yang berada di atas meja.

"Encik nak air ke?" Soalnya.

Rafique tersentak. " Eh, tak payah panggil saya encik. Panggil je saya Rafique. Boleh tolong hulurkan air tu?" Pinta Rafique, lembut.

Kasya mengangguk sebelum mencapai gelas yang berisi air putih lalu disuakan kepada Rafique. Dengan rakusnya, Rafique mencapai gelas tersebut lalu menghabiskannya dengan laju. Kasya hanya memerhati.


TIGA hari kemudian, Rafique sudahpun boleh keluar dari hospital. Lukanya masih belum sembuh sepenuhnya tetapi Alhamdulillah semakin beransur pulih. Dengan bantuan Kasya, semua pembiayaan bil hospital dan ubat, ditanggung oleh gadis itu.

"Saya hantarkan awak balik, ye?" Kasya bersuara sewaktu sedang mengemas barang Rafique walaupun barangnya itu hanyalah ubat-ubat yang diberi doktor serta beberapa helai baju.

"Eh, tak payahlah, cik Kasya," balas Rafique. Segan pula apabila Kasya terlalu baik kepadanya. Sudah cukup lah gadis itu membiayai kos rawatan di sini. Dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas kebaikan gadis ini.

"Ish, awak ni. Kan saya dah cakap, tak payah panggil saya cik Kasya, panggil je Kasya." Rafique hanya mengangguk.

"Tak payahlah cik, eh Kasya susah-susah nak hantarkan saya. Saya boleh balik sendiri. Kasya dah banyak bantu saya. Terima kasih." Rafique tidak mahu beralah.

"Awak ni, dah berapa kali awak ucap terima kasih." Kasya menatap mata Rafique tetapi hanya sementara apabila Rafique menundukkan wajahnya. Kasya menyimpul senyum.

"Jom." ajak Kasya setelah selesai mengemas barangan Rafique. Lelaki itu hanya mampu tersenyum.

SETELAH sampai di luar hospital, Kasya mengajak Rafique untuk makan terlebih dahulu. Perut pun dah berkeroncong minta diisi.

Setelah memesan makanan, Kasya memandang ke arah Rafique yang sedari tadi melihatnya. Senyuman manis dihadiahkan.

"Kenapa? " tanya Kasya.

Rafique menggeleng.

"Kenapa awak baik sangat dengan saya?" Tanya Rafique tiba-tiba.

"Kenapa? Awak tak selesa ke?" Soal Kasya kembali.

"Kita saling tak kenal. Tapi..." kata-kata Rafique dipotong laju.

"Kita kawan," ucap Kasya lalu tersenyum.

"Ka-kawan?" Soal Rafique dengan riak tidak percaya.

Kasya mengangguk laju. "Maaflah kalau kelakuan saya ni membuatkan awak tak selesa. I'm just excited. I don't know why," balas Kasya, cuba untuk kedengaran ceria.

"Kalau awak tak sudi pun, it's okay. Saya tak paksa," sambungnya lagi lalu tersenyum nipis.

Rafique menatap lama wajah Kasya sebelum turut tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

"Kita kawan," balas Rafique lalu menghadiahkan senyuman yang lebar.


SETELAH selesai makan, Kasya berhasrat untuk menghantar Rafique pulang. Tetapi, Rafique menolaknya. Dia tidak mahu menyusahkan Kasya lagi. Dia malu.

"It's okay. Saya boleh balik sendiri. By the way, terima kasih atas apa yang awak lakukan terhadap saya. Semoga kebaikan selalu hadir dalam hidup awak. Sekali lagi terima kasih. Saya harap kita jumpa lagi. Assalamualaikum," ucap Rafique sebelum melangkah meninggalkan Kasya.

"Waalaikumussalam," jawab Kasya perlahan seraya menghantar pemergian Rafique dengan pandangan sahaja.

"Saya pun harap kita dapat jumpa lagi!" laung Kasya sehingga menyebabkan Rafique berpaling. Lambaian diberikan kepada lelaki itu dan Rafique hanya tersenyum.

RAFIQUE AMSYAR ✔Where stories live. Discover now