LUKA di bibir disentuh perlahan. Sakit. Walaupun dah kering tetapi, rasa sakitnya masih ada. Rafique mengeluh. Kepalanya disandarkan di kerusi. Kepalanya ligat berfikir. Tiba-tiba wajah Kasya muncul difikirannya. Kasya Amira binti Dato' Amir.
Cantik namanya, cantik juga orangnya. Rafique tersenyum seketika mengenangkan kebaikan yang diterima. Namun senyumannya mati apabila teringatkan masalah yang dihadapinya.
Sekarang, hanya tempoh selama satu bulan sahaja yang diberi Joe untuk dia langsaikan hutang abangnya. Masa semakin suntuk. Di mana dia hendak mencari duit sebanyak itu?
Rafique cuba untuk mengosongkan fikirannya. Kepalanya mulai pening. Memikirkan masalah yang dihadapi berpunca dari abangnya sendiri.
♛
JAM loceng berbunyi menandakan jam sudah menjangkau ke pukul 6.00 pagi. Dengan rasa malas menguasai diri, Rafique menggeliat. Ngantuk masih tersisa tetapi, dia mesti bangun.
Dengan malas, matanya cuba dibuka sepenuhnya. Perasaan malas dan mengantuk dibuang jauh-jauh. Akhirnya, dia berjaya keluar dariapada 'sangkar' kemalasan.
Dengan langkah perlahan, dia mengambil tuala yang tergantung lalu menuju ke bilik air.
Hampir 15 minit dia mandi, akhirnya dia keluar dengan hanya bertuala separas pinggang. Almari adalah lokasi yang dituju. Sehelai baju t-shirt putih dan seluar slek hitam dikeluarkan lalu dilemparkan di atas tilam. Dia harus solat terlebih dahulu.
Seusai solat subuh, Rafique bersiap-siap untuk ke kolej. Jam di tangan dilihat. Sudah pukul 6.58 pagi. Hari ini dia perlu awal ke kolej untuk melaporkan diri. Kelasnya pada hari ni bermula pada pukul 8 pagi. Setelah mengunci pintu, langkah mula diatur.
♛
SUDAH tiga hari dia menuntut di kolej ini. Tetapi, bayangan Kasya langsung tidak kelihatan. Setahunya, Kasya juga menuntut di kolej yang sama. Namun, tidak dia khabarkan. Rafique ingin sekali bertemu dengan gadis itu. Gadis yang baik budi pekertinya. Sekaligus telah menambat hatinya. Eh? Dah terpikat ke? Argh! Mengarut lah. Dia harus sedar siapa diri dia. Dia tidak layak hendak jatuh cinta kepada gadis seperti Kasya.
Keluh dilepaskan. Suasana di perpustakaan ini sungguh tenang. Sunyi. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja termasuknya. Dan salah seorang daripada pelajar tersebut adalah Kasya.
Eh?
Kasya?
Rafique melihat kembali ke arah kanannya. Dahinya berkerut. Adakah benar itu Kasya Amira?
Dengan debaran di dada, Rafique bangun lalu menuju ke arah gadis yang sedang khusyuk menelaah bahan bacaan, bersendirian.
"Assalamualaikum," tegur Rafique
Kasya yang sedang khusyuk membaca itu pantas mengangkat wajahnya sambil menjawab salam. Dia kelihatan sedikit terkejut.
"Rafique?" Kasya mengerutkan dahinya. Sebenarnya teruja apabila dapat melihat Rafique.
♛
"MAKNANYA, dah tiga hari lah awak kat sini? Laa tak pernah nampak pun," soal Kasya ketika berada di cafe bersama Rafique.Rafique hanya mengangguk. Comel sungguh wajah polos Kasya ketika ini. Rafique hanya menyimpul senyum di dalam hati.
"Awak baru semester satu, maknanya saya ni senior awak lah." Kasya ketawa di hujung bicaranya.
"Eh, kenapa? Kita kan sama umur. Lagipun saya lahir dulu dari awak."
"Eh, mana awak tahu awak lahir dulu dari saya? Saya lahir bulan 8, awak?"
"Saya bulan 7," balas Rafique lalu tersenyum bangga.
"Alah, awak tua dari saya sebulan je. Lagipun, saya dah semester 3," balas Kasya pula, tidak mahu mengalah.
Rafique terdiam. Kasya sudah mula menyimpul senyum.
"Hari ni adalah hari pertama kita berkawan," ucap Kasya tiba-tiba memecahkan sunyi antara mereka seraya menghirup air.
♛
"HARI ni hari keempat kita berkawan. Finally," Kasya bersuara sehingga menyebabkan Rafique berpaling kepadanya."Finally?" Soal Rafique, bingung.
"Finally, ada juga yang bertahan sehingga empat hari. Biasanya, hanya tiga hari je," balas Kasya, seraya menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
"Maksudnya?" Tanya Rafique lagi sambil memerhati raup sisi wajah manis gadis di sebelahnya. Rambutnya yang hitam pekat dan panjang separa dada berterbangan ditiup angin. Tahi lalat yang hanya sebesar butir pasir itu cantik terletak di bawah bibir sebelah kanan yang mungil itu. Sungguh cantik.
"Maksudnya, awak adalah insan pertama yang bertahan kawan dengan saya. Saya pasti awak ikhlas kawan dengan saya. Kalau sebelum ni, mereka kawan dengan saya hanya disebabkan harta yang saya miliki," terang Kasya panjang tanpa berpaling ke arah Rafique. Nadanya kedengaran sayu.
Rafique terdiam.
"Awak ada kelas lagi, tak?" Soal Kasya tiba-tiba setelah seketika mereka berdiam diri.
"Tak ada. Kenapa?" Tanya Rafique gelabah apabila mereka bertentangan mata. Dia lemah apabila sepasang mata itu melihatnya. Apatah lagi bertentangan.
"Jom, ke rumah saya. Saya nak kenalkan kawan baik saya dekat papa saya."
"Papa awak nak jumpa saya ke?"
"Tak lah. Saya nak kenalkan awak dengan dia. Boleh tak?" Tanya Kasya seraya mengangkat keningnya.
"Okay, boleh je," balas Rafique pendek.
YOU ARE READING
RAFIQUE AMSYAR ✔
Cerita Pendek♛ C O M P L E T E D ♛ Pengenalan yang singkat antara KASYA AMIRA dan RAFIQUE AMSYAR terjadi tanpa diduga sehingga terjalinnya satu ikatan persahabatan yang sudah lama Kasya idamkan. Dan akhirnya telah membenihkan rasa cinta antara mereka, namun tida...