2My love is on fire
Now burn baby burn
buljangnan
My love is on fire
So don’t play with me boy
buljangnanSuasana yang bising menyebabkan Ji Nim mengeryitkan matanya. Dia sangat tidak suka dengan suasana yang ramai berserta menyesakkan seperti ini.
Ji Nim sangat merindukan biliknya, biliknya yang menenangkan, tempat di mana dia boleh duduk dan membaca buku sambil mendengarkan alunan muzik sayup-sayup.
Tetapi kali ini bunyi muzik ini sangat kuat. Sehingga mungkin boleh menyebabkan kedua telinga Ji Nim boleh mengeluarkan darah kerana terlampau bising. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia berjalan meninggalkan tempat menjijikkan ini yang di namakan Club.
Tetapi dia tidak boleh. Dia memang sangat tidak boleh. Kerana Devil itu! Devil itu akan datang sekejap lagi. Menurut maklumat yang dia dapat di tempat ini. Devil itu akan datang beberapa minit lagi.
Ji Nim pun cuba memperbaiki Skirtnya yang berwarna hitam sedondon dengan warna bajunya. Skirt yang sangat pendek sehingga boleh menampilkan paha putihnya. Skirt pendek yang menyebabkan dia berasa sangat tidak selesa.
Pakaian waitress ini sangat tidak selesa di tubuhnya. Kerana bajunya yang menampakkan belahan dadanya. Berserta cekak berbentuk telinga kucing yang di pakaikan di atas Kepalanya.
Ji Nim berasa seperti perlu menyamar menjadi orang lain. Tetapi bukankah itu memang tujuannya?
Ji Nim tidak mahu Devil itu mengenalinya. Walaupun hal itu tidak di takuti olehnya kerana dia memang pernah sekali bertemu dengan Devil tersebut. Hanya sekali sahaja dan sangat singkat.
Waktu itu Devil tersebut keluar daripada pejabat Appanya dan saat itu dia kebetulan keluar daripada Lif. Dan dia berjalan berselisihan dengan Devil tersebut.
Masa itu Ji Nim tidak berpakaian seperti ini. Dia memakai pakaian yang cukup besar berserta menutup seluruh tubuhnya. Bahkan waktu itu juga dia mengikat rambut hitamnya yang panjang diikat dua ke bawah. Berserta kaca mata tebal yang menghiasi wajahnya.
Dan Devil itu sempat mengerling ke arahnya sewaktu berselisih itu.
Tetapi kini tidak lagi sama seperti itu. Kerana sekarang dia sudah memotong rambutnya menjadi pendek sehingga menutup telinganya sahaja. Berserta di warnakan menjadi warna merah. Bahkan kedua matanya juga di pakaikan dengan kanta lekap berwarna biru muda menutupi warna asal matanya yang berwarna Coklat.
Ji Nim menundukkan kepalanya ke bawah. Cuba untuk tidak peduli dengan pandangan-pandangan nakal daripada Namja-Namja yang duduk berdekatan dengan mejanya.
Dia berasa dia benar-benar sudah berubah menjadi yeoja murahan atau pun pelacur di Club ini.
Suara bising daripada pintu masuk Club menyebabkan Ji Nim dengan cepat mengangkat wajahnya dan mengalihkan pandangannya ke arah pintu kaca Club. Kedua-dua matanya mulai mencari kelibat seseorang. Dan itu pun dia!! Devil itu telah berada di sana!
Kedatangan Devil itu menyebabkan keadaan di sekelilingnya menjadi kecoh. Bahkan Devil itu juga di jaga beberapa bodyguard yang berbadan besar. Dan tanpa sedar Ji Nim sedikit mendengus.
Mesti lah Devil itu di jaga kerana dia adalah seorang Namja yang sangat jahat dan suka menyakiti orang lain. Jadi Devil itu pasti mempunyai banyak sekali musuh yang ingin membunuhnya.
Berasa penasaran Ji Nim pun sedikit menjinjitkan kakinya, berusaha supaya dapat melihat dengan lebih jelas sosok Devil itu.
Itu dia!! Devil itu!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Devil
FanfictionDevil... Dia adalah Devil yang telah masuk ke dalam kisah indahku dan hancurkan kesemua kisah indah aku dengan mudah. Devil... Dia telah menculik aku. Devil... Dia mengurung aku di dalam rumah nerakanya, menyengkat kebebasan aku. Devil... Dia men...