Girls Meets Devil.

383 34 0
                                    

Episdoe 3

"Aku mahukan dia"

Kata-kata yang di ucapkan dengan nada yang malas tetapi masih boleh kendengaran unsur tenang. Tetapi hanya dengan kata-kata itu sahaja mampu membuatkan seluruh ruang Club itu yang bising dan memekakkan menjadi sunyi sepi seperti tiada penghuni. Bahkan bunyi muzik yang di mainkan turut di hentikan.

Manakala Ji Nim pulak merasakan semua tatapan mulai tertuju ke arah dirinya. Pada dirinya yang berdiri seperti patung dan asyik sibuk dengan fikirannya sendiri.

Dengan gugup Ji Nim cuba untuk menegakkan tubuhnya yang memang sudah tegar. Berserta dia juga berusaha untuk membalas ke setiap tatapan mata yang di berikan oleh orang lain. Dan akhirnya tatapan matanya terpaku pada kedua mata itu. Mata yang sedang memandangnya tajam seperti dia adalah barang berharga yang menjadi rebutan ramai.

Mata yang sepet. Tetapi mempunyai warna biji mata yang berwarna hitam. Menampakkan pandangan yang sangat tajam dan terlalu menakutkan. Sama seperti dirinya.

Iaitu Park Ji Min.

"Palli ke sana!! Tuan Muda memanggil kau!" Bisik seorang waitress yang berdiri di belakang Ji Nim.

Ji Nim sedikit menarik nafas dalamnya lalu menghembuskan dengan sangat perlahan untuk mententeramkan degupan jantungnya yang mulai berdegup kencang kerana sebentar lagi dia akan mulakan rancangannya.

Rancangan yang telah bersusah payah dia susun dengan sangat rapi.

"Okk! Show is begging" bisik Ji Nim di dalam hatinya.

Ji Nim pun mulai berjalan ke arah Ji Min yang masih lagi duduk di sofa dengan kaki yang sudah di silangkan. Berserta pandangan tajamnya yang masih tak berubah dan dilengkapi dengan ekspresi dinginnya yang di tujukan untuk Ji Nim.

"Ad…adakah…"

Ji Nim sedikit berdehem kerana suara yang terasa serak.

"Adakah Tuan Muda ingin di bawakan minuman?" Tanya Ji Nim dengan sebuah senyuman yang terukir di wajahnya.

Sebuah senyuman yang terpaksa. Sangat, sangat, sangat terpaksa.

Kerana ikutkan hati Ji Nim dia berasa sangat jijik untuk tersenyum di hadapan Devil ini. Walaupun hanya senyuman kecil sahaja.

Manakala Ji Min pulak melihat Ji Nim daripada bawah hingga ke atas untuk beberapa saat. Selepas itu baru dia menganggukkan kepalanya singkat.

"Bawakan satu minuman untuk aku! Macam biasa"

Ji Nim pun mengaturkan langkahnya ke arah meja minuman yang baru sahaja meletakkan Gelas Kaca khas milik Ji Min berserta sebotol Arak yang cukup mahal dan menjadi minuman kegemaran Ji Min sewaktu datang ke Club ini.

Lalu dengan langkah yang terasa sangat gugul. Ji Nim pun berjalan semula ke arah Ji Min yang duduk di Sofa dan meletakkan Gelas kaca berserta Botol Arak ke atas meja yang berada di hadapan Ji Min.

"Tuangkan" arah Ji Min seperti seorang Raja.

Ji Nim pun menuangkan air arak tersebut ke dalam Gelas kaca sehingga separuh. Tetapi dia sempat merasa kedua tangannya menjadi sangat gementar sewaktu melakukan perkara itu.

"Bertenang Ji Nim, lagi sikit…sedikit lagi…dan selepas itu dendam kau akan terbalas dengan nikmatnya…" pujuk Ji Nim pada dirinya.

"Jemput minum Tuan Muda" kata Ji Nim

"Semoga kau cepat minum dan mampos!" sambung Ji Nim di dalam hatinya pulak.

Tetapi nampaknya apa yang di harapkan oleh Ji Nim tidak dapat ditunaikan untuk waktu sekarang ini. Kerana Devil iti kelihatan langsung tidak tertarik untuk minumannya bahkan melihatnya sahaja tidak.

DevilWhere stories live. Discover now