Mine!

383 23 19
                                    


9


K

etika Ji Nim hampir sampai di titik akan kehilangan kesedaraanya. Terdengar bunyi sesuatu yang jatuh ke dalam air dengan sangat kuat.

Lalu sebuah lengan yang kuat merengkuhnya dan mengangkat tubuhnya ke permukaan air.

Tubuh lemahnya di baringkan ke atas lantai di tepi kolam tadi. Lalu dia merasa seperti perutnya di tekan dengan sangat kuat.

Tetapi itu tidak berjaya mengeluarkan air daripada perutnya.

"Palli bangun!!"

Suara cemas ini?

Kali ini dia merasai kepalanya sedikit diangkat lalu sesuatu yang hangat menyentuh lembut bibir dinginnya yang terbuka.

Dan bibir hangat itu menyalurkan hembusan nafas ke dalam mulutnya.

"Kau tak boleh mati lagi sial!!"

Suara takut ini?

Kali ini dia merasai dadanya pulak yang di tekan dengan kuat.

"Bangun!! Palii!!"

Ini,

Adalah suara cemas Park Ji Min.

Suara yang hampir membunuhnya tadi.

Tapi kenapa?

Tangan kuat itu terus menekan perutnya dan akhirnya aliran air kolam keluar daripada mulut Ji Nim.

Ji Nim memuntahkan banyak air dan terbatuk-batuk kesakitan. Paru-parunya terasa sangat sakit dan juga pedih.

Kenapa?

Kenapa Devil itu menolongnya?

Tangan sasa Ji Min masih lagi menekan perut Ji Nim sehingga seluruh cairan air itu keluar.

"Baguslah kau dah sedar"

Kedua mata Ji Nim mulai memberat. Kesedarannya makin menghilang.

"Cepat panggil Dokter!"

Ji Nim tak faham. Kenapa Devil itu menyelamatkan dirinya?

Kenapa Devil itu tak biarkan sahaja dia mati?

Kenapa?

××××××××××××××××××××××××××××××

Ji Min keluar daripada bilik air dengan masih menyimpan kemarahannya lagi. Pakaiannya yang basah kuyup telah di gantikan dengan yang baru. Dan juga rambutnya yang masih basah di biarkan sahaja tanpa ada niat untuk mengeringkannya.

Ji Min mengalihkan pandangannya ke sudut kamar. Yoongi yang berdiri di sana dengan bekas-bekas pukulan yang masih kelihatan di wajahnya dan ada juga pembalut kain putih yang menbalut dahinya serta kesan torehan di pipi putih Yoongi yang sudah di tutupi dengan kain putih petak.

"Macam mana keadaan dia?" Tanya Ji Min dengan nada dingin.

"Dokter masih lagi merawatnya. Paru-parunya kemasukan banyak air dan…"

Yoongi menghentikan seketika kata-katanya lalu memandang ke wajah Ji Min.

"Dan Tuan Muda tidak apa-apa?  Sanggup terjun daripada tingkat atas demi untuk menyelamatkan dia"

Ji Min membalas pandangan Yoongi dengan tajam. Dia pun berjalan menghampiri Yoongi yang masih lagi berdiri dengan setia di sudut kamar.

"Tadinya aku berniat untuk membunuhnya"

DevilTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang