Pet.

403 37 1
                                    


Episod 4

Perjalanan ini terasa sangat menyeksakan dan juga panjang. Tubuh Ji Nim di campak dengan kasar di dalam bonet berserta di kunci dari luar.

Ji Nim cuba berusaha untuk menendang, menjerit atau meronta, tetapi semua itu tetap juga gagal dan akhirnya dia menjadi kelelahan dan kehilangan oksigen untuk bernafas.

Sedar bahawa ruang bonet kereta ini begitu sempit dan juga pengap dengan udara untuk bernafas yang makin nipis. Ji Nim mulai mendiamkan dirinya. Dia berusaha untuk menenangkan dirinya berserta jantungnya yang berdebar dengan kuat kerana perasaan takut dan gementar yang bersatu di dalam dirinya.

"Aku nak di bawa ke mana?" Tanyanya di dalam dirinya.

Terasa lama terkurung di dalam bonet sempit itu menyebabkan kedua-dua mata Ji Nim mulai memberat tanda mengantuk. Mungkin ini kesan kerana dia asyik memberontak tadi sehingga menyebabkan tenaganya banyak yang menghilang.

"Tak!! Aku tak boleh tidur!!"

Walaupun berkeras, tetapi akhirnya Ji Nim gagal juga. Tanpa sedar dia mulai terpejam dan akhirnya menyusul ke ruang mimpi.

Tanpa tahu apa yang bakal berlaku pada dirinya nanti.

  ××××××××××××××××××××××××××

"Ji Nim?"

Panggil satu suara yang menyebabkan Ji Nim perlahan-lahan menbuka kedua matanya.

"Shit!! Aku tertidur kaa!!?" Runtuknya di dalam hati.

Pintu bonet itu di buka sedikit sahaja dan hanya mencecahkan cahaya yang masuk melalui celah yang hanya di buka sedikit.

"Kim Ji Nim!"

Itu suara Ji Min! Dan Devil itu memanggil namanya. Jadi itu maknanya Ji Min memang sudah tahu mengenai penyamarannya.

Wajah Ji Nim mulai memucat.

"Aku akan membuka pintu bonet ini tapi kau mesti berjanji yang kau akan bersikap tenang seperti anak anjing dan tidak akan memberontak"

Ji Nim hanya mendiamkan dirinya.

"Kau jangan risau, kau sekarang berada di rumah aku. Dan aku nasihatkan supaya kau tidak memberontak atau pun cuba untuk melarikan diri kerana para Bodyguard aku ini sangat tidak ramah jadi lebih baik kau bersikap penurut dan tenang,  demi diri kau juga kerana mungkin Bodyguard aku akan melukai kau kalau kau bertindak sangat bodoh"

"Rumah Ji Min?" Pikir Ji Nim.

Ji Nim memejamkan kedua matanya frustrasi. Seingatnya maklumat yang dia ketahui mengenai rumah Ji Min adalah rumah Ji Min terletak di kawasan yang jauh daripada kesibukan bandar.

Bahkan rumah ini juga di pagar dengan pagar tinggi di sekelilingnya. Berserta di seluruh rumah itu juga di jaga dengan sangat ketat oleh Bodyguard yang bilangan cukup ramai. Bahkan di jaga di dalam atau pun di luar rumah.

Tiada siapa pon yang boleh masuk ke dalam atau pun keluar dari rumah ini tanpa sepengetahuan Ji Min.

"Shit!! Masalah baru pulak!"

"Bagaimana Ji Nim? Adakah kau berjanji akan bersikap baik dan aku akan mengeluarkan kau secara berperikemanusiaan! Atau kau tetap juga memilih untuk bertindak bodoh lalu mungkin memaksa aku untuk mengikat kau dan seterusnya mengurung kau di dalam guni dan mengheret kau masuk dengan cara yang sangat teruk"

Suara Ji Min daripada luar menyadarkan Ji Nim daripada lamunan panjangnya.

"Kenapa kau bawa aku ke rumah kau!!??"

DevilWhere stories live. Discover now