Mampukah Aku? 1

296 5 0
                                    

"Mie,sampai hati awak kan. Saya tunggu awak tau. Tapi,awak buat saya macam ni."

"Dila,please faham keadaan saya. Kan saya dah cakap,saya tak cintakan awak. Jangan paksa saya. Saya tak suka."

Argh !!!! Apa salah aku ? Kenapa kau bodohkan aku macam ini ?

          ..................

Aku tak mampu lagi nak hidup. Orang yang aku sayang,kononnya sayang aku juga sudah nyata tidak akan menerima aku lagi. Kenapa aku kena macam ni ? Adilkah Tuhan terhadap aku ?

"Dila,Allah uji kau kerana Allah sayang kau,dan Allah tahu kau mampu. Jangan seksa diri kau. Kerana seorang lelaki,kau sanggup seksa diri. Itu semua dosa tau."

"Aku tahu. Tapi,aku betul-betul sayangkan dia. Aku tak mampu nak nafikan perasaan ini. Aku tak pandang lelaki lain. Bagi aku,dia dah cukup sempurna."

"Itu kata kau. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari dia. Kau sabarlah. Ada hikmah disebaliknya."

Sedikit sebanyak hati aku terusik dengan nasihat Shah,sahabatku. Dia lah yang ada saat aku susah dan saat aku senang.

Ya Allah,sesungguhnya aku tak kuat nak hadapi semua ini. Aku mohon kau berikan aku kekuatan Ya Allah.

          .....................

Aku tilik diri aku dihadapan cermin besar di bilik aku. Aku mula pakai tudung,aku berjinak-jinak memakai baju yang longgar. Bukan kerana aku dah berubah,tetapi kerana aku nak tarik perhatian Fahmie. Aku nekad untuk dapatkan dia semula.

"Cantiknya kawan aku ni. Alhamdulillah."
Puji Shah

Aku tersenyum dengan pujian itu. Jauh di sudut hati ku,aku rasa serba salah kerana aku tipu Shah. Maafkan aku Shah.

Di kafe...

Mana Fahmie ni. Dah sejam aku tunggu,tak muncul-muncul lagi ni. Rimaslah.

Aku kerling jam di tangan.
' 2.30.. Pukul 3 aku ada kelas ni. Aduhai. Mana dia ni.'

Selang beberapa minit,aku terlihat Fahmie dan kawan-kawannya menuju ke arah kafe. Aku bangun untuk mengejar Fahmie. Namun,langkah ku terhenti apabila melihat dia duduk semeja dengan dua orang wanita yang memakai tudung labuh.

Aku terkesima. Siapakah wanita tu ?







Aifa_aimuni
14/05/2017
Cerpen Mampukah Aku???

Mampukah Aku??? [Complete ✔]Where stories live. Discover now