Mampukah aku? 5

68 2 0
                                    




"Aurat kita sebagai wanita Islam ialah keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan muka. Jadi,kita kena pakai baju lengan panjang,pakai stokin. Dan tudung kita pula mestilah labuh menutup dada. Wanita islam pada hari ini,memang ramai yang pakai tudung,tetapi tidak menepati syarat yang dikehendaki syara'."
Terang Ustazah Fatimah.

"Ustazah,apa syarat tututp aurat yang menepati syara' ?" Tanyaku.

"Bagus soalan kamu. Tutup aurat yang menepati syara' ialah,dari segi tudung,mestilah labuh menutupi dada. Kemudian,tidak jarang. Kalau boleh,jangan pakai tudung yang warnanya terang,yang boleh membuatkan orang lain tertarik untuk melihat kita. Seterusnya......"

Itulah rutin harianku selepas berhenti belajar. Aku akan ke kuliah-kuliah di masjid-masjid yang berdekatan. Mama turut serta. Kata Mama,Mama rindu nak pergi dengan arwah nenek. Dulu ketika anak dara selalu pergi.

Aku ubah penampilan aku sedikit demi sedikit. Aku sudah minat berjubah dan bertudung labuh. Aku selesa dengan pakaian sebegitu.

          .....................

"Mama,cepatlah. Dila tak sabar ni."

"Amboi Dila,tak sabar nya dia. Comel anak Papa ni sekarang. Manis bertudung. Cantik sahaja. Redup mata memandang."

"Hish Papa ni. Baru tahu ke anak Papa ni comel dan cantik."

Aku gelak besar dengan Papa. Bahagianya aku tak terkata. Hari ini Mama ajak pergi shopping jubah. Aku nak beli jubah banyak-banyak,nak buat koleksi. Baju-baju aku yang tak tutup aurat semuanya aku dah letak dekat tong sampah. Selamat jalan !! Hahahahahhaha.

Aku tunggu Mama dalam kereta. Teruja punya pasal, aku berangan dalam kereta sorang-sorang.

          .....................

Aku berpegangan tangan dengan Mama. Manja sungguh. Aku masuk dalam sebuah kedai yang penuh dengan jubah wanita. Rambang mata aku dibuatnya.

Sedang syok-syok pilih jubah,aku terpandang sepasang suami isteri sedang memilih jubah juga. Sweet sangat pasangan tu. Apabila pasangan itu pusing dan aku nampak wajah mereka,jantung aku berdegup kencang.

Aku keluar dari kedai. Luka di hatiku kembali berdarah. Aku tak sanggup nak lihat kemesraan mereka. Jiwa aku terseksa. Aku tarik tangan Mama keluar dari kedai. Aku ajak dia pergi ke kedai lain.

'Kenapa dia mesti muncul di saat aku sedang bahagia tanpa dia.'







Aifa_aimuni
26/05/2017
Cerpen mampukah aku??

Mampukah Aku??? [Complete ✔]Where stories live. Discover now