Mampukah aku? 10

105 3 0
                                    



Majlis pernikahan ku berjalan lancar. Aku baru sahaja diijab kabulkan dengan Muhammad Fitri bin Ahmad Hanbali. Kini,aku bergelar isteri. Mampukah aku ?

          .......................

Dalam kesibukan orang ramai mengambil gambar aku,dari kejauhan aku melihat,suamiku menghampiri ku. Aku seram sejuk. Wajahnya seperti yang ku lihat dalam istikharahku. Ye,memang dialah orangnya.

Dia duduk dihadapanku,bisiknya di telinga ku ,

"Assalamualaikum bidadari istikharahku."

Aku jawab salamnya didalam hati.Aku terpana. Mukaku merah menahan malu. Air mata ku mengalir membasahi pipi.

Dia selak sehelai kain di wajahku,dikucup lembut dahiku. Dilapnya air mataku dengan jari jemarinya. Dipegangnya ubun-ubunku disertakan doa. Aku tertunduk lesu. Aku gapai tangannya dan dibawa kemulut,tangan yang bakal menjadi imamku aku kucup.

Ya Allah.
Dulu kau ambil seorang yang hebat dari hidupku.
Bagiku,aku kehilangan yang terbaik,
Rupanya,janji kau maha hebatnya,
Ternyata,kau ambil yang baik,
Lalu kau gantikan dengan yang terbaik.
Sungguh aku menghargainya Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah..

          ...........................

Aku berdiri di samping dia,suamiku. Digenggam erat tanganku. Aku selesa dengan maksud genggaman itu.

Tetamu yang hadir terlalu ramai. Aku berdiri di muka pintu,menyambut tetamu. Ketika aku sibuk melayan tetamu,aku terperasan seseorang yang aku rindui. Shah. Dialah orangnya. Akhirnya,aku dapat bersua muka dengannya lagi.

Shah menapak menuju kearahku,diiringi seorang lelaki,seorang wanita dan dua kanak-kanak. Aku tak dapat memastikan siapa pemilik wajah di belakang Shah.

"Shah,aku rindukan kau."

Air mataku mengalir deras. Aku peluk Shah sekuat hati ku. Aku lepaskan rindu yang aku tahan selama ini. Aku cium tangan dan pipinya. Allahu,sebaknya.

Shah,kemudiannya menghulurkan tangannya pada suamiku,dan dikucupnya tangan suamiku. Aku terkejut,aku tak faham apa yang berlaku sekarang ini. Aku pandang muka Shah meminta penjelasan.

"Dila,suamikau ni adalah Abang sulung aku. Dan dia ni kakak aku." Terang Shah.

Aku pandang wanita yang ditunjukkan oleh Shah,mashaAllah.

"Kak Shima !!!"

Allah. Hebatnya perancangan Allah. Akhirnya aku dipertemukan kembali dengan mereka semua. Allahurabbi.

-tamat-

Mampukah Aku??? [Complete ✔]Where stories live. Discover now