"Siapa perempuan kat kafe tu ?"
"Yang mana ?"
"Yang pakai tudung labuh tu."
"Ouh.. Kenapa awak nak tahu ?"
"Saja tanya. Kalau tak nak bagitahu tak pe lah."
Aku syak sesuatu. Mungkinkah perempuan itu kekasih baru Fahmie ? Siapa dia ? Tak pernah nampak pun.
Fahmie keluar dari dewan tanpa mengendahkan panggilanku. Aku sedih.
.....................
3 bulan kemudian...
Fahmie dah block aku. Kelibatnya di kawasan Universiti pun aku dah jarang nampak. Selalunya,petang-petang begini dia akan bermain futsal. Tapi,hampir 3 bulan aku tak nampak dia.
Mana dia pergi ? Nak kata dah habis belajar,tak logik pulak. Dia ada 2 sem lagi di sini.
"Assalamualaikum."
Aku terkejut dengan teguran tu. Aku berpaling dan menjawab salam.
"Waalaikumussalam."
"Ana tengok anti macam ada masalah. Termenung sahaja. Kalau tak keberatan,ceritalah,kalau ana mampu tolong,ana tolong anti."
"Maaf ya. Awak ni siapa ? Tak pernah nampak pun. Student sini ke ? Kos apa ?"
"Maaf,kerana tidak perkenalkan diri. Nama ana Hashimah. Panggil Shima sahaja. Ye ana student sini,ana ambil kos dakwah. Anti ?"
"Ouh,ana NorAdila pelajar tahun satu."
Shima ni lembut orangnya. Tak nampak cacat cela. Muka manis,putih,gebu body pun cantik. Everything perfectlah. Untung siapa yang jadi suaminya nanti.
Sejam aku duduk bercerita dengannya buatkan aku selesa. Aku banyak berdiam. Dia banyak beri nasihat. Aku mula percaya yang dia ini seorang yang baik. Banyak ilmu yang aku kutip daripadanya.
.....................
"Hai awak. Lama tak nampak awak. Awak pergi mana ? Saya rindu awak tau."
"Dila,kan saya dah pesan,jangan cari saya lagi. Saya rimaslah."
"Awak tahukan yang saya..."
Kata-kataku terhenti apabila melihat Fahmie terus pergi tanpa sebarang kata. Hati ku kembali terluka.
'Kalau ya pun nak pergi,cakaplah. Jangan jadikan aku macam orang bodoh kat sini.'
Bentakku dalam hati.Namun,itu semua tak pernah halang cinta aku. Aku tak akan putus asa. Aku akan dapatkan
dia walaupun dengan cara kotor.........................
"Dila,kau pergi mana. Lambatnya kau balik. Aku risau tau."
"Sorry beb. Lupa nak bagitahu kau. Aku duduk kat tasik tadi. Saja nak tenangkan hati."
"Apa kata kau solat,baca Al Quran,mungkin hati kau akan lebih tenang."
"In shaa Allah. Aku cuba. Thanks."
"Welcome dear."
Apa yang Shah cakap semua betul. Tapi,aku tak tahulah kenapa aku masih berkira untuk solat. Padahal,solat tu tak adalah susah sangat.
Aku sedar aku makin jauh dari Allah. Susah aku nak ubah sikap aku. Aku tak kuat.
Aifa_aimuni
15/05/2017
Cerpen Mampukah aku??
YOU ARE READING
Mampukah Aku??? [Complete ✔]
RomanceMampukah Aku??? Boleh baca cerita niii. Saya tak pandai nak buat sinopsis so baca jelah. cerita pendek jeee. Rajin² lah tangan utk vote