'Mampukah aku hidup dengan dia kat sini ? Aku tak boleh tengok muka dia kat sini. Aku tak tenteram.'
Aku semakin tak selesa. Kak Shima bakal tinggal bersama kami. Kini Fahmie dah ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kak Shima jadi warden kami.
"Comelnya anak Kak Shima."
"Hehe. Terina kasih. Perancangan Allah semuanya hebat-hebat belaka."
Aku tak mampu berbual dengan Kak Shima. Aku tak kuat. Dan aku tak nak bagitahu dia yang aku ada di sini.
.....................
Ketika aku hendak pergi ke tandas,aku terserempak dengan Fahmie.
"Assalamualaikum,ke mana lagi awak nak lari ? Saya kenal awak NorAdila. Tak payah menyorok lagi."
"Waalaikumussalam. Kalau kenal baguslah. Tak payah sibuk kacau hidup saya. Saya rimas."
"Saya tahu saya salah. Justeru itu,saya datang jumpa awak ni untuk..."
Aku tak tunggu lama. Aku berlalu pergi. Aku malas nak dengar apa yang dia ingin perkatakan. Aku buat macam mana dia buat dekat aku dulu.
.....................
"Adila,Ustaz Fahmie panggil anti di pejabat mudir." Kata Nurin.
Aku tak pedulikan panggilan itu. Aku tak pergi pun jumpa Fahmie. Aku malas nak hadap dia.
Di kelas...
"Adila,tadi ana panggil anti. Kenapa tak datang ?"
Fahmie tanya dikhalayak ramai. Aku tunduk sahaja. Tak ada mood nak balas.
Aku biarkan soalannya berlalu begitu sahaja. Keras kepala yang aku tunjukkan menjadi buah mulut junior-junior ku. Sedikit pun aku tak peduli.
......................
Asrama menjadi kecoh pagi ini. Kak Shima tergelincir di tangga asrama,kepalanya terhentak di tangga. Mengalir darah di dahinya. Mulutnya berbuih.
Melihatkan kejadian itu,anak-anak Kak Shima menangis tak henti-henti. Kesian mereka. Mereka yang masih tak faham apa-apa,terpaksa hadapi ujian berat begitu.
Ustazah Fatimah arahkan aku ikut Fahmie ke hospital. Aku disuruh menjaga anak-anak Fahmie dan Kak Shima.
.........................
Di hospital...
Aku menenangkan Haris dan Aisyah. Aku pujuk mereka. Dan akhirnya mereka tertidur di pangkuan ku. Sungguh pilu hatiku melihatkan keadaan mereka.
Fahmie,dari tadi mundar-mandir depan bilik bedah. Doktor kata,kepala Kak Shima ada darah beku. Jadi,pembedahan perlu dilakukan segera sebelum merebak.
"Sabarlah. Ada hikmah disebalik ujian ini. Allah nak uji kesabaran awak. Awak kena redha."
Aku ambil keputusan untuk bersuara. Aku nak tenangkan Fahmie. Simpati melihat keadaan dia memuncak dalam diri ku. Tak sanggup aku melihat derita dan air matanya.
15 minit kemudian...
Seorang doktor lelaki keluar dari bilik bedah. Fahmie tiada,kerana dia ke surau untuk bersolat.
"Bagaimana keadaan Kak Shima doktor ?"
"Alhamdulillah,pembedahan itu diberi kemudahan oleh Allah. Tetapi,Kak Shima masih koma kerana,hentakan di kepalanya terlalu kuat."
"Alhamdulillah. Terima Kasih doktor."
Aku angkat Aisyah dan aku letakkan di sofa yang terdapat dalam bilik bedah tersebut. Kemudian,aku angkat Haris dan aku ribanya.
Aifa_
YOU ARE READING
Mampukah Aku??? [Complete ✔]
RomanceMampukah Aku??? Boleh baca cerita niii. Saya tak pandai nak buat sinopsis so baca jelah. cerita pendek jeee. Rajin² lah tangan utk vote