Mampukah Aku? 4

63 1 0
                                    

Selesai urusan di pejabat. Aku terus memandu keretaku menuju ke kampus Shah. Aku nak jumpa dengan dia. Mungkin untuk kali terakhir.

"Dila,sampai hati kau kan. Kenapa tak bincang dengan aku dulu ?"

"Aku minta maaf Shah. Ini keputusan muktamad aku. Aku tak boleh belajar kat sini lagi. Aku tiada mood."

"Aku tahu sebab apa kau nak pergi dari sini. Aku faham keadaan kau. Dila,tolong janji dengan aku yang kau akan jenguk aku kat sini."

"Aku tak boleh nak janji Shah. Aku takut aku mungkiri janji. In shaa Allah kalau panjang umur,aku jenguk kau."

"Hurm. Aku sayang kau Dila."

"Aku pun sayang kau. Nanti,kau tolong sampaikan salam aku pada Fahmie. Cakap kat dia,aku minta maaf sebab menganggu hidup dia selama ini."

Aku dan Shah menangis. Aku tahu Fahmie sedang memerhatikan kami. Aku tak pedulikan itu semua. Aku bersalaman dan mencium pipi Shah. Dan aku terus menaiki kereta,lalu memecut meninggalkan kampus dengan linangan air mata.

          .....................

Kini,hampir sebulan aku tinggalkan Universiti. Bermacam-macam mesej yang aku terima. Semua aku tak balas. Termasuk mesej dari Fahmie dan Shah. Aku patahkan sim kad aku buang dalam tong sampah.

Aku baring atsa katil. Kejadian 7 bulan lepas betul-betul mengusik perasaan aku. Aku tak boleh lupakan kejadian tu.

7 bulan lepas...

"Dila,ada orang excident."

"Hah ! Siapa ?"

Aku berlari pergi ke tempat kejadian. Alangkah terkejutnya aku melihat orang yang dimaksudkan oleh Shah.

Aku iring kak Shima sehingga ke hospital. Kepalanya penuh darah dan tangannya mungkin patah. Sedih aku melihat keadaannya.

Aku duduk di ruang menunggu,aku tunggu keputusan doktor. Aku tak tahu macam mana nak hubungi ahli keluarga Kak Shima,sebab aku tak kenal.

5 minit kemudian...

Doktor masih tak keluar. Aku makin tak keruan. Makin risau aku. Tiba-tiba Fahmie sampai dengan beberapa orang kawannya.

"Awak buat apa kat sini ?"

"Kau tanya aku buat apa kat sini ? Aku nak tengok tunang aku lah. Faham ??"

Terkejut aku dengan tengkingan dan kenyataan Fahmie. Aku terduduk. Malunya aku ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Orang ramai pandang aku.
Aku tunduk. Dan Fahmie sambung kata-katanya,

"Ni semua kau punya pasal. Kau penyebab Shima jadi macam ni. Kalau bukan kerana dia nak jumpa kau,dia tak akan jadi macam ni."

Fahmie terus-terusan menuduhku. Dia menangis. Aku berlalu meninggalkan hospital dengan deraian air mata. Kenapa Fahmie sanggup tuduh aku ?

          .....................

Peristiwa 7 bulan lepas betul-betul menyakitkan hati aku. Aku rasa seperti ingin bunuh diri apabila terkenangkan peristiwa itu. Aku tertidur dengan linangan air mata. Aku harap,bangun sahaja dari tidur,aku boleh lupakan semua itu.

Namun,harapan ku itu hanya sia-sia. Aku masih teringat peristiwa itu. Tak cukup dengan tengkingan di hospital,dia menghantar mesej-mesej tuduhan pada aku,sehingga jiwaku terseksa. Hilang fokusku pada pelajaran. Betapa bencinya Fahmie pada ku.








Aifa_aimuni
24/05/2017
Cerpen mampukah aku?

Mampukah Aku??? [Complete ✔]Where stories live. Discover now